Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, July 08, 2015

IFTAR DI LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM | RAMADHAN 2015


IFTAR DI LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM  | RAMADHAN 2015  | Alhamdulillah, di beri kesempatan masa pada diri ini untuk berbuka di Laman Kayangan Shah Alam dengan menggunakan kupon yang ada ni. Rugi kalau tak tebus sebab memang syok berbuka kat sini. Ena ada review tempat ni sebelum ni dan you all boleh baca kat SINI

Kupon yang ada pada ena hanya untuk dua orang dewasa, satu kupon berharga RM69.00. Oleh itu,ena ajak partner foodhunter ena untuk berbuka di sini. Lagipun, tiada bayaran tambahan diperlukan, kami hanya datang bawa diri sahaja. Bila makan kat sini, dapat juga tenangkan diri tanpa memikirkan masalah yang ada di tempat kerja. Alhamdulillah.


BUFFET DI LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM


Ini merupakan kali kedua ena makan buffet di sini. Ena rasa makanan yang disediakan makin sedap cuma kuantitinya tak semeriah macam dulu ena datang review tempat ni. Maybe pada hari yang ena pergi ni, tak ramai yang datang berbuka. Hal ini sebab kalau nak datang berbuka di sini, you all kena buat tempahan terlebih dahulu. So, pihak mereka akan dapat buat anggaran apa semua.


Kalau nak buat tempahan, boleh KLIK SINI.


Mengenai buffet kat sini pula. Sejak ena buat review tempat ni sebelum bulan puasa ritu, ada makanan yang buat ena tercari-cari kat sini. Dengan kata lain, mengidam. Makanannya adalah sate, nasi serai plus daging masak hitam dan kambing golek. Perghhh, memang sedap weh!! Alhamdulillah, bersyukur sebab masa ena pergi berbuka kat sini, semua menu tu ada dihidangkan.


Sate ayam kat sini memang meleleh! Gemuk pulak tu. Puas makan. Kuah kacang pun sedap.

Pulut Mangga yang sedap. Pulut manis plus mangga yang masam manis, perfect combination.

Favourite partner ena, air laici kang. 

Ayam ni memang sedap, rangup dan isi ayamnya pun manis.

Pelbagai jenis air yang ada.

Kuih muih, banyak yang dah habis. Menandakan sedaplah tu. 

Popia Basah. Rugi tak rasa haritu akibat kekenyangan.

Rojak Buah. 

Pasembor, ena ambil tauhu goreng je. Yang lain tak ambil. Heeee.

Favourite ena, Nasi Serai. 

Last sekali, ena makan Laksa Penang pula. Nak makan Laksa Johor tapi perut dah sendat.


Berbaloi dengan harga yang dikenakan sebab makanan kat sini sedap, kebersihan pun memang tiptop, suasana makan kat sini pun memang feeling habis, tambahan pula ada orang nyanyi lagu raya secara live. You all nak duduk makan sampai habis terawih pun boleh tapi kalau nak pergi terawih dulu pun boleh sebab dekat je surau.



HUBUNGI UNTUK TEMPAHAN

Oleh itu, bagi mereka yang ingin membuat tempahan atau sebarang pertanyaan, you all bolehlah hubungi pihak mereka di:-


NO. TELEFON:
012-2533973 (For Booking)

Share

Other Article

IFTAR DI LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM | RAMADHAN 2015
4/ 5
Oleh

3 Comments

Tulis Comments
avatar
8.7.15

Memang meriah makanan yg ada. Dapat dokek den ni mmg boleh wat perut melotop...haha

Reply
avatar
8.7.15

meriah menu..tengok Ena makan satey macam teringin pulak..huhu

Reply
avatar
8.7.15

Uiii menggoda semua makanan tu :D

Reply