Saturday, July 11, 2015

BISKUT MAZOLA | KUIH RAYA KEGEMARAN



BISKUT MAZOLA | KUIH RAYA KEGEMARAN | Bila dah makin dewasa ni, ena ni dah tak berapa gemar makan kuih raya. Dulu masa kecil-kecil, jumpa je kuih raya mesti teruja semacam. Pergi rumah orang mesti cari kuih raya terlebih dahulu, lepas tu baru cari duit raya..ehhhh... Itu dulu la, sekarang ni dah tak dah. Kalau pergi beraya, ena lebih suka makan makanan yang berat seperti lemang, ketupat atau laksa. Kalau tak ada semua tu, ena akan cari kekacang atau kerepek.

Walaubagaimanapun, ada satu kuih raya ni memang ena suka sejak dari kecil lagi. Kuih raya tersebut adalah biskut mazola. Perghhh layan habis biskut mazola ni. Kalau jumpa kuih ni kat rumah orang, memang ena dah tak pandang kuih yang lain dah. Sampai habis satu balang ena balun. Sedap!

Ada juga orang panggil kuih ni biskut kacang sebab biskut mazola ini diperbuat daripada kacang tanah yang dikisar halus. Ena memang suka bab kekacang ni sebab tu ena jatuh hati biskut mazola. Setia dari kecil lagi. Hehehe.


RESEPI BISKUT MAZOLA

Berikut adalah resepi biskut mazola a.k.a biskut kacang yang ena google. Senang je nak buat rupanya. Nanti balik rumah nak try buat, hope tak hangus jelah. Hehehe. Jom kita buat sama-sama nak?? 



Bahan:-

2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Serbuk Kacang Tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus
1 Cawan Gula Halus
Minyak Jagung Daisy atau Minyak Mazola
1 Sudu Kecil Garam
1Biji Kuning Telur, untuk hiasan


Langkah-Langkah:-

1) Gaulkan tepung gandum, serbuk kacah tanah, gula halus dan garam hingga sebati. Masukkan 
     minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut dan mudah dibentuk.

2) Canai adunan setebal 1cm dan terapkan dengan acuan bulat.
3) Susun adunan dalam dulang yang disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
    Sapukan kuning telur di permukaan biskut tersebut.

4) Bakar biskut mazola pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga menjadi 
    kekuningan.


Bilangan:

24 keping biskut mazola




Share

Other Article

BISKUT MAZOLA | KUIH RAYA KEGEMARAN
4/ 5
Oleh

12 Comments

Comments
avatar
11.7.15

setiap tahun, memang mak saya buat biskut ni dulu. sedapp!

Reply
avatar
11.7.15

my favourite also! sama laa..kalau ada biskut mazola ni, tak pandang yg lain dah hehe

Reply
avatar
12.7.15

Eh eh! Cx tgh makan ni haa mazola mak baru buat td huhu.

Reply
avatar
12.7.15

Biskut lejen ni... Tapi payah nak cari dah la ni. Kalau Ina wat ni mesti sedap ni hehe

Reply
avatar
12.7.15

Tersangat suka biskut mazola ni. Kat kedai runcit ada jual sebiji 20sen. Kalau singgah mesti beli..

Reply
avatar
12.7.15

Tak tau pun biskut kacang ni namanya biskut mazola.. tp serius bila dah ngap satu mesti nak next.. tau2 habis sebalang..

Reply
avatar
12.7.15

sama la akak.. tak gemar sangat kuih raya suka makan makanan berat..

Reply
avatar
12.7.15

biskut ni pun time raya memang ada jgk...akk zaza rajin beli..

Reply
avatar
12.7.15

biskut ni pun time raya memang ada jgk...akk zaza rajin beli..

Reply
avatar
13.7.15

tak pandai lagi nak buat ni..huhu =__='

Reply
avatar
13.7.15

Akak memang suka biskut mazola. Tapi bab nak sangai kacang dan kisar halus tu ada malas sikit :)

Reply
avatar
21.7.15

favourite sangat2 biskut mazola ni.. tapi memang prefer buat sendiri kan.. kat kedai taw2 jelah kdg keras la kacang die tengit la

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)