Saturday, July 11, 2015

BETUL KE BAGUS VAPE NI PADA PEROKOK? | LUAHAN HATI



BETUL KE BAGUS VAPE NI PADA PEROKOK? | LUAHAN HATI | Apa yang ena dengar, vape ni bagus untuk perokok yang hendak berhenti merokok. Yeke? Ermm, betul ke tak kebenarannya, ena tak tahulah dan juga malas nak ambil tahu. Ena anti sedikit dengan asap asap ni. Di entri kali ini ena nak tekankan sedikit kelakuan penghisap vape dengan perokok yang sangat tak beradab dan tak prihatin terhadap orang sekeliling.

Nak dijadikan cerita, petang tadi ena dengan kawan se'universiti' dan se'ward' pergi berbuka puasa di Padang Majlis Perbandaraan Kuantan. Kami ke sini dengan niat untuk bersantai sambil melihat permandangan masjid yang tersergam indah serta mahu meringankan rasa penat yang ada kat kepala ni. Kami pun bentang lah tikar apa semua serta beli makanan kat bazaar yang ada kat situ. Duduk bersembang dan  menunggu waktu berbuka sahaja.




Azan Maghrib pun berkumandang. Tengah sedap makan bersama kawan-kawan, tetiba berkepul-kepul asap menghala ke muka kami. Baunya usah dicakaplah. Tak sampai sesuap dua nasi pun kami makan, dah kami kena hadap dan hidu asap yang banyak ni. Toleh kebelakang, rupa-rupanya ada group budak-budak lelaki betul-betul belakang kami sedang bersenang lenang hembus asap vape plus rokok tanpa mengira orang kiri kanan. Astagfirullah.

Kami dah jadi gelisah sebab asap tu semua membuatkan kami jadi sesak nafas. Kawan seorang lagi dah terbatuk-batuk. Tapi mereka yang biadab tu terus hisap dan sembur,  hisap dan sembur. Allahu! Bukan seorang je yang buat, boleh dikatakan semua orang dalam group tu sedang menghembus vape dan rokok. Memang mood ena jadi spoil terus. Baru nak bergembira berbuka di sini, sekali jadi macam ni.



So, bila difikirkan balik, betul ke bagus vape ni pada perokok?? Mana manner anda dan kehormatan anda terhadap orang sekeliling?? Bagus dari segi kesihatan je la kot tapi dari segi keperimanusiaan bagaimana pula??? Demi nak menunjuk-nunjuk yang anda pun ada vape tu, sampai lupa tentang keadaan orang sekeliling anda. Tak semua yang selesa dengan asap vape atau rokok yang anda hembus tu. Terutama anak-anak kecil orang lain. Tak terfikir ke tentang kesihatan mereka apabila apabila mereka sedut asap tu semua?? Bagaimana hati mereka, jantung mereka, paru paru mereka?? Tolonglah berfikir.

Ena tahu tak semua yang sebegini tapi ena nak nasihatkanlah, bila nak bervape ke nak merokok ke sila hormat hak orang lain terlebih dahulu. Tengok keadaan sekeliling bagaimana, sesuai ke tak kita nak lakukan aktiviti sedemikian. Orang lain nak makan nasi la, nak makan benda yang sedap sedap, tak mahupun makan asap asap anda tu. Kotor satu hal. Astagfirullah. 

Anda terasa?? Alhamdulillah. Apapun, ena memang tak suka orang sedemikian. Biadab namanya tu.  



Share

Other Article

BETUL KE BAGUS VAPE NI PADA PEROKOK? | LUAHAN HATI
4/ 5
Oleh

14 Comments

Comments
avatar
11.7.15

Bukan saja vape ina... Tapi perokok memang macam tu kurang kesedaran sivik

Reply
avatar
11.7.15

sama la kita, saya pun anti asap. kalau kena leh demam terus

Reply
avatar
11.7.15

Betul ke vape ni bagus untuk kesihatan? Tengok asap dia yg byk tu pun dah menakutkan..huhu. Saya pernah jumpe banting di 1 shopping mall yang buat iklan tentang vape.. Dia membuat comparison, vape lebih jimat, lebih menyihatkan dan 1001 list lagi lah yang best berbanding merokok.. Apapun, saya tetap tak setuju ianya bagus..

Reply
avatar
11.7.15

betul tu dear , y isap vape ni mcm menunjuk2 pun hado ! ape penting sangat ntah bnde2 mcm tu , kadang orang y merokok ni lebih sopan lagi dri y menghisap vape .

Reply
avatar
11.7.15

mrk nak hisap vape ke rokok ke , lantaklah kesihatan sendiri jaga tapi janganlah buat lagak tak hormat org mcm tu . kat tpt awam tu . agak2 lah klu nak bervape pun . carilah port yg x ganggu org lain ...

Reply
avatar
11.7.15

wah mcm meriah je makan kat atas padang macm tu.. geng blogger tak de buat ke ..?

Reply
avatar
11.7.15

INI penyakit sebenarnya..penyakit suka tiru gaya dan senang cakap bahasa senangnya ialah pak turut dan mak turut pon ada..... dah jadi trend baut ramai yg anti asap meluat... Kot nampak sikit nampak kebabagusnya boleh jadi penghalau nyamuk dan tak perlu fogging selalu. hurmm.

Reply
avatar
11.7.15

bagi kite, sama sahaja. Still sama sebab berasap. Nak isap pergilah jauh2kan. Ini tidak, duk hembus2 dekat dgn kite. ishhhhh, gerammm!

Reply
avatar
11.7.15

Sakit tekak hidu hembusan vape ini. Dalam bagunan pun hisap vape dengan alasan tidak bahaya seperti rokok tembakau. Bagi saya kuang sopan dan adap tidak menghormati yang tidak merokok.

Reply
avatar
11.7.15

sama la. nampak golongan macam ni mmg spoil mood terus

Reply
avatar
11.7.15

Ish.. memang tak patut.
saya kan kalu ikut hati nak je si perokok/ penghisap vipe ni pakai topi angkasawan tu.
Biar diorang yang sedut sorang-sorang asap tu.

- Didik Anak Pandai Baca -

Reply
avatar
12.7.15

lagi kurang manis klu yg duk mentekedarah vape tu wanita bertudung lol, btw blog ni feeling raya sgt, rase mcm esok raya plak masuk sini XD

Selamat Hari Raya in advance :)



Reply
avatar
13.7.15

tak betul bau asap rokok..boleh hilang mood kalau terbau apatah lagi berhadapan dengan si prokok kalau kat tempat awam..memang takde manner lansung. moga mereka sedar diri lah kan

Reply
avatar
24.7.15

Akak paling tak tahan diorang ni kalau dok ramai2 kat food court.
berkepul-kepul asapnya.
macam bertanding pula asap sape lagi hebat ;)

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)