Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, July 02, 2015

BERBUKA DENGAN SUSU SEGAR LEGEND | RAMADHAN 2015


BERBUKA DENGAN SUSU SEGAR LEGEND | RAMADHAN 2015 | Dah lama ena teringin nak minum susu segar legend ni lagi sekali ketika bulan puasa. Tengok rakan rakan di laman social asyik post pasal susu ni, terus hati ni membuak buak untuk pergi cari dan beli.

Alhamdulillah, semalam ena pergi ke bazar, kebetulan ada satu gerai ni menjual susu segar yang dikatakan legend ni. Tapi bentuk botolnya lain sedikit lah dari yang ena biasa minum dahulu.  Apa lagi, ena grab sampai 3 botol dan satu botol berharga RM2. Sedap dan tidak terlampau manis. Ena bedal tiga botol semalam ketika berbuka, terus perut jadi kenyang. Hahaha.

Susu segar ni dikata legend atas sebab benda ni dah lama ada dipasaran, sejak ena kecil lagi. Sama sahaja keadaan botol susu segar ni. Masa kecil-kecil dahulu, setiap hari ena pergi beli pada bulan puasa memandangkan ada jiran jual susu segar ni kat depan rumah dia. Berbotol-botol beli, punya suka benda ni. Tapi dulu murah je untuk satu botol, sekarang biasalah semua barang dah naik harga.

Bila minum susu ni, terkenang waktu zaman kanak-kanak riang dahulu ketika berbulan puasa. Serius, rindu sangat suasana masa tu. Andai kata masa boleh berputar kembali, nak patah balik pada masa tu.



TEMPAT BELI: 
Bazar Ramadhan Indera Mahkota Kuantan.


Share

Other Article

BERBUKA DENGAN SUSU SEGAR LEGEND | RAMADHAN 2015
4/ 5
Oleh

13 Comments

Tulis Comments
avatar
2.7.15

Sedapnya susu segar ni.. lama tak minum..

Reply
avatar
2.7.15

Hehehe. Sedap kan. Haritu mimi pun dah grab. Tapi time mimi beli tu tinggal dua perisa jagung dengan strawberri je. Coklat takde dah habis. Sadis. Nanti kena beli lagi ni.

Reply
avatar
2.7.15

Dulu waktu kecik selalu jugak minum susu legend ni. Tapi botol yang dalam gambar tu nampak macam lain la aina.

Anyway, jangan lupa join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

Reply
avatar
2.7.15

Wah.. memang best susu ni. Dulu masa duk Sg Petani Kedah memang suka beli kat kiosk depan pejabat haiwan

Reply
avatar
2.7.15

Well nak buat camne dah besar ni apa yang lepas sudah jd kenangan sahaja lah .. Yes susu ni mmg sedap .. Tp Hari tu ade tengok harga botol ni di Ipoh, Perak ,, Harga 1.50

Reply
avatar
2.7.15

Sedapnyaa :) Dayana suka susu!
Nak jemput Ena join Segmen Jom Buka Quran by Dayana

Reply
avatar
2.7.15

susu ni memang sedaplaaa. :)

Reply
avatar
2.7.15

sedapnya minum susu legend ni..minum sejuk² sedap!

Reply
avatar
3.7.15

sis baru ni kenal susu legend ... heheheee

Reply
avatar
3.7.15

ni bukan ke yg macam ada jual kat sekolah tu?? heheh.. ada masa masa tertentu je org tu datang kat dalam sekolah jual susu ni.. tapi rasa dia memang sedap..

Reply
avatar
3.7.15

Wow...mmg legend ni...lamenye tk minum...

Reply
avatar
4.7.15

Memang legend betul susu ni... Zaman akak kecik2 dulu pon dah ada.. Suka beli.. hehe..
RosmizaAli.Com™

Reply
avatar
31.8.15

Cmne nk oder..wasap sya 0132312127

Reply