Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, June 15, 2015

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI | KILIM GEOFOREST PARK


TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI | KILIM GEOFOREST PARK | Pada hari berikutnya, ena dan family pergi naik boat sambil menikmati ciptaan Allah di Kilim Geoforest Park, Langkawi. Puas sangat bercuti kali ni sebab semua tempat pergi sangat best dan cuaca pun sangat menenangkan.


Sepanjang naik boat di sini, you all akan berjumpa pelbagai jenis pokok bakau seperti bakau kurap dan bakau minyak. Pokok jenis lain pun ada tapi kemudi boat tu tak tekankan sangat nama tumbuhan yang lain. Memang best kalau pergi kat sini, you all dapat menikmati permandangan yang redup, berangin dan menghijau. Siapa yang suka akan nature life, you all pasti suka melawat tempat sedemikian.


KILIM GEOFOREST PARK

Di sini ena nak share serba sedikit yang ena tahu mengenai Kilim Geoforest Park. Tempat ini terbentuk daripada batu kapur yang paling tua di Malaysia iaitu Setul Formation. Tempat ini juga terdiri daripada pelbagai bentuk serta jenis bukit bukau dan pulau. You all akan merentasi tempat ini sambil menikmati permandangan yang indah daripada ukiran alam semula jadi ini.

Anak buah ena try kemudi boat. Cari pengalaman.

Pulau tu nampak macam bentuk kasut. Cantik! Maaf tak tahu apa nama pulau tu.

Pulau Langkawi terdiri daripada 99 buah anak pulau yang lain. Tudiaaa, banyak sungguh kann! Sebab itu ramai pelancong asing datang ke mari, banyak keunikan yang ada kat Langkawi ni. Tambahan pula, permandangan kat sini pun cantik dan indah. Kenapalah ena masa kecil dulu tak menikmati keindahan kat sini sebab ena selalu juga datang kat sini dulu. Sekarang baru terasa keindahan Pulau Langkawi.




Kalau you all nak naik boat, you all boleh ke Jeti Kilim untuk mendapatkan perkhidmatan dari pihak yang bertanggungjawab. Bayaran mengikut pakej jam, ikutlah berlama lama yang you all nak. Dalam pakej ni, you all boleh melawat beberapa tempat yang menarik seperti Gua Kelawar, bagi helang makan dan Gua Buaya. Ena pun berkesempatan untuk melawat tempat tempat sedemikian.




PENGALAMAN MENARIK DI KILIM GEOFOREST PARK

1) Gua Kelawar

Gua Kelawar terletak di Sungai Kilim dan berhampiran dengan Jeti Kilim. Gua ini menempatkan lebih daripada 1000 ekor kelawar yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti Kelawar Serangga dan Kelawar Bunga. Masa ena pergi ni, memang nampak kelawar kelawar tengah chillax chillax kat dinding gua ni.



Harga masuk ke gua ini, satu orang RM1 sahaja. Nak sewa lampu suluh boleh tapi harga ena tak pasti berapa  tapi tak mahal la. Tapi saranan ena, baik you all sewa lampu suluh sebab kalau tak you all agak sukar nak nampak kelawar yang ada dalam gua ni. Lagipun keadaan dalam gua ni agak gelap dankena jalan slow slow kalau tak mahu sebarang kecelakaan berlaku.

Kelawar and le geng.

Stalactite dan stalagmite dalam gua ni. Mula lah teringat bab Geografi masa menengah rendah dulu.

Kat sini bukan sekadar Batman je ada, Monkeyman pun ada. Hahahah. Dia akan ikut you all kalau you all bawa makanan. So nasihat ena, jangan bawa makanan atau minuman ke dalam gua ni sebab masa ena pergi ni ada kecelakaan berlaku. Bukan monyet tu yang buat, tapi ada lady ni yang terlampau gabra dan takut,  sampai dia campak anak dia jatuh ke lantai. Monyet tu nak makanan kat tangan lady tu je. Apa lagi, meraung la budak tu.


Footbridge, kiri kanan ada pokok bakau.

Stalactite ni membengkok sebab mencari cahaya matahari untuk process photosynthesis.
Baru lepas keluar dari Gua Kelawar.
   
Ketam Labah-Labah. Orang tu cakap kalau ketam ni ketip kita, kita boleh mati.


2) Eagle Feeding

Seterusnya, kami dibawa ke satu tempat kawasan di mana burung helang berterbangan di situ. Memang banyak burung helang yang ada, kebanyakkannya adalah jenis helang perang. Seketul dua baru nampak helang laut yang berwarna kelabu.




Kemudi boat tu akan lempar daging daging ayam ke dalam laut ni dan tak lama lepas tu nampaklah helang helang menyambar ayam tersebut. Tapi kita kena duduk jauh sedikitlah, pemalu helang helang kat sini. Hehehe. Nice view ever.





3) Gua Buaya

Selepas tengok burung helang, kami ke Gua Buaya pula. Kemudi tu cakap, dah tak ada buaya kat dalam gua tu, pada masa dahulu je ada. Tapi tak tahu la pula mana pergi semua buaya tu. Maybe ada kat dalam air kot. Wallahualam.




Kat sini you all boleh bagi makan kepada ikan yang ada dalam laut ni. Nanti kemudi boat tu bagi roti kepada you all. Ena pun mengambil kesempatan ini untuk beri makan kat ikan ikan di situ. Tak payah campak roti tu di dalam air, kalau kita sua tangan dari sampan tu, ikan ikan tu akan melompat. Best sangat. Ena ada video tapi ena akan letak dalam entri yang lain.



Itu sahaja perkongsian daripada ena. InshaAllah nantikan entri seterusnya mengenai holiday ena kali ini. So, kepada mereka yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai Kilim Geoforest Park, you all boleh rujuk pada laman web di bawah ini.



WEBSITE:

FACEBOOK:



Share

Other Article

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI | KILIM GEOFOREST PARK
4/ 5
Oleh

11 Comments

Tulis Comments
avatar
15.6.15

bestnya lahai, lama tak pergi langkawi, orang kedah saja..hehe

Reply
avatar
15.6.15

memang kawasan helang rupanya langkawi ni.. cantinyaa permandangan kat situ.. macam mimin ada kat situ jee

Reply
avatar
16.6.15

amboi , kasut dia maintain cantik ... ala2 model gitu posingnya ... mmg nice tpt tu . keindahan alam semulajadi ...

Reply
avatar
16.6.15

sesuai bawak bdk kecik x tmpat cmni..=) tringin nk p tp tula ank kecik lagi...

Reply
avatar
16.6.15

bestnye.. teringin nak masuk gua tu. will go there soon insyaAllah.

Reply
avatar
16.6.15

Subhanallah cantiknya pemandangan di situ. Bila la akak nak sampai ni hehe .... teringin nak jejak kaki ke sana :D

Reply
avatar
16.6.15

bestnya view kat sini..dulu pergi langkawi tak berkesempatan nak singgah sini..itupun tak puas explore langkawi lagi

Reply
avatar
19.6.15

masa ni akk pergi siap buat macam titanic..hahaha

Reply
avatar
10.8.15

Pernah ke Gua Kelawar je dulu2 masa bujang2 pi geng budak2 UUM, sekarang rasa nak pi Kilim, seronok tgk permandangan indah ena di sana...tgk mcm mana suami nak ke tak nak sebab risau budak tecik tu gayat naik bot hehehhe

Reply
avatar
11.8.16

nak tanye kadar bayaran macamana yer ?

Reply