Sunday, June 14, 2015

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI | BIRD PARADISE WILDLIFE PARK


TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI | BIRD PARADISE WILDLIFE PARK | Alhamdulillah, setelah sekian lama tak merepek kat blog ni dan hari ini diberi kesempatan untuk update beberapa entri kalau termampu. Baru-baru ini ena pergi holiday di Langkawi dengan family ena yang tersayang. So as blogger, macam biasa, ena nak sharekan kepada you all beberapa tempat menarik yang ena pergi di sini tapi tak semua tempatlah.


Ena stay di Langkawi selama 3 hari demi mengelakkan sebarang cukai yang bakal dikenakan. Ni adalah salah satu tips. Then, pada hari pertama jejak kaki di Langkawi, aktiviti kami adalah pergi shopping sampai lebam terlebih dahulu. Hari kedua dan ketiga baru pergi melawat tempat yang menarik seperti yang telah dirancang oleh abang ena. Mesti ada perancangan nak datang kemari, kalau tak jadi terpinga pinga nanti. So, tempat pertama ena pergi adalah Bird Paradise Wildlife Park


BIRD PARADISE WILDLIFE PARK LANGKAWI

Bird Paradise Wildlife Park atau lebih dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park menempatkan pelbagai jenis haiwan liar mahupun haiwan domestik yang boleh diberi makan dan dipegang oleh kita. Bagi pencinta alam seperti ena ni, tempat sebegini adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Tak sia-sia datang kemari. 




Bird Paradise Wildlife Park ini diuruskan oleh pihak Wildlife Planet Sdn Bhd. Pada mulanya, tempat ini diberi nama Langkawi Bird Paradise pada tahun 2002. Disebabkan beberapa faktor, nama tempat ini ditukar kepada Langkawi Wildlife Park pada tahun 2006. So digabungkan jadi Bird Paradise Wildlife Park Langkawi. Yeahhh.

Bird Paradise Wildlife Park terletak di (bagi yang tak tahu, boleh wazekan sahaja alamat dibawah ni tapi kalau nak lebih mudah sewa pemandu pelancong. Duit kena keluar lebih la) :-



BIRD PARADISE WILDLIFE PARK
Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah
07000 Langkawi,
Kedah


Selain itu, tempat ini jugak terletak di ranking 18 daripada 25 zoo yang terpilih di Asia Traveller Choice pada tahun 2014. Memang layak tempat ini mendapat anugerah sedemikian. 




KENANGAN KETIKA DI BIRD PARADISE WILDLIFE PARK

1) Bird Feeding

Disini you all boleh mendekatkan diri dengan burung burung yang ada seperti flamigo, merak putih, merah biasa, parrot, nuri dan pelbagai lagilah. Jinak pun jinak, sebab kat kita ada makanan. Hehehe. Kalau tak ada makanan, jangan haraplah burung kat sini nak datang dekat dengan kita. Bak kata pepatah jinak jinak burung merpati gittew. 
















2) Hedgehog Feeding

Selalunya dapat perati dari jauh je landak ni. Tapi kat sini you all boleh bagi dia makan dengan  makanan kacang panjang. Nanti dia panjat kat dinding kaca tu untuk ambil makanan kat tangan kita. Ena tak berani nak pegang atau sentuh landak yang besar ni. Takut dengan duri kat badan dia, yela landak ni bukan biasa dengan kita. Nanti tak memasal karang jadi arwah. Hewhewhew. Dengan orang yang dah dia biasa, maybe okaylah kot.




Hedgehog yang kecil molek tu pun ada kat bahagian sangkar arnab tapi semua pakat pakat tengah tidur. Ena nak pegang mulalah asyik terkejut dan alamatnya jari ku tersusuk duri yang ada kat badan dia. Bertuah.


3) Bunny Feeding

Masa kat kandang arnab, makanan yang ada dah habis lah pula. Tak dapat nak hand feed arnab arnab kat sini. Apapun, memang banyak sungguh arnab yang ada kat dalam kandang ni. Ada yang bersaiz besar, ada yang bersaiz kecil. Yang paling penting kesemuanya sangat comel. Kyyyyaaaaa. Apapun, yang paling best you all boleh pegang dan duduk berjam jam dalam kadang arnab ni sambil rehatkan badan. 

Tepi kandang ni ada cafe. Kalau you all dah penat, boleh singgah di cafe tersebut sebelum meneruskan perjalanan. Ada aiskrim, ada air, ada kudap kudap. Pilih pilih.





4) Haiwan Lain Yang You All Boleh Tengok 

Ada juga haiwan yang you all tak boleh close sangat dan yang pasti haiwan tersebut diletakkan dalam sangkar yang selamat. 






5) Guinea Pig Feeding

Ini merupakan salah satu haiwan kegemaran ena, Guinea Pig. Rupanya seperti hamster tapi saiz haiwan ini 5 kali ganda besar daripada hamster. Comel sangat. Haiwan ni jadi takut bila kita pegang dia sampai berbunyi bunyi minta dilepaskan. Hahaha.






Pelbagai lagilah haiwan you all boleh ketemui dalam Bird Paradise Wildlife Park ni. Ena malas nak masuk semua gambar, nanti 3 pages tak habis berceloteh. Hehehe. Kalau you all nak tahu lebih lanjut, mai lah datang kemari dan lihat sendiri keindahan alam semula jadi yang ada.


HARGA TIKET BIRD PARADISE WILDLIFE PARK

Dibawah ni harga per entry untuk dewasa, kanak kanak, orang tua dan pelajar sekolah. Ena screenshot dari laman web rasmi Bird Paradise Wildlife Park dan sekiranya ada perubahan harga pada masa akan datang, you all bersiap sedia jelah ye duit lebih. 




MASA DIBUKA OLEH BIRD PARADISE WILDLIFE PARK


Open: 8.30am - 7pm
Tiket Dijual: 8.30am - 6pm

P/S: Last masuk pada pukul 6pm dan you all diwajibkan keluar sebelum 7pm.



Itu sahaja daripada ena, nantikan entri seterusnya mengenai tempat menarik di Langkawi pada tempat yang lain pula. InshaAllah. Selamat membaca.




Share

Other Article

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI | BIRD PARADISE WILDLIFE PARK
4/ 5
Oleh

9 Comments

Comments
avatar
14.6.15

bestnyaaaaaaaaaaa !!!!!

Reply
avatar
14.6.15

best kan pergi Taman Burung. Boleh tengok burung yang comel comel dan cantik cantik tu.

http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/naura-dress.html

Reply
avatar
14.6.15

next time ke langkawi boleh laa pi situ, budak budak mesti suka

Reply
avatar
15.6.15

Wowww best yer bird wild life park ni, macam2 haiwan juga ye, seronok tgk, harga pun tak mahal mana, okey2 nak masukkan tentatif ni dalam jadual sis nanti bulan 8. TQ ena

Reply
avatar
Anonymous
15.6.15

wahhhhh.. thanks sharing ya ^^,

Reply
avatar
15.6.15

x Geli ker bagi burng makan atas tangan... :)

Reply
avatar
15.6.15

kalau mimin boleh menjerit nii burung kat tangan. huhu

Reply
avatar
16.6.15

macam macam haiwan ada kat sini..seronok explore dalam ni.

Reply
avatar
19.6.15

tak bagi buaya tu makan ka..hahaa

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)