Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Friday, June 26, 2015

SUASANA BERIFTAR DI BUFFET BANGI GOLF RESORT | RAMADHAN 2015



SUASANA BERIFTAR DI BUFFET BANGI GOLF RESORT | RAMADHAN 2015 Sejujurnya, memang best bila dapat berbuka kat mana-mana hotel yang bertaraf tinggi. Nak cerita, baru-baru ini ena berpeluang untuk berbuka di Bangi Golf Resort Restaurant, dijemput oleh blogger Emas Putih atau ena lebih selesa panggil dia Kak Uzu. Terima kasih banyak-banyak Kak Uzur, dapat juga ena makan free secara besar-besaran pada hari tersebut.

Ena kemari dengan seorang rakan blogger ena iaitu Nyna Nieyna dan yang pasti kami ke sini bukan untuk review berbayar ke apa, kami berbuka di sini secara enjoy. No need stress babe! Tapi ena ni terlebih rajin pula, sengaja nak share serba sedikit suasana beriftar di sini bersama rakan blogger yang lain. Almaklumlah, ini merupakan kali pertama ena beriftar di sini.


BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT 

Sila klik gambar di atas untuk maklumat lebih lanjut.

Gambar di atas ini merupakan details untuk panduan you all mengenai Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Rasanya jelaskan?? Kalau masih tak jelas, you all boleh lawati facebook mereka di Bangi Golf Resort Restaurant.

Bagi pandangan ena tempat iftar kat sini adalah *thumbs up*. Memang sangat selesa kalau nak beriftar kat sini, dengan pengudaraan yang selesa untuk menampung orang yang ramai berbuka di sini. Lagipun memang popular tempat ni. Ena je ni baru diberi peluang untuk mengambil pengalaman berbuka puasa di sini.





Dari segi makanan pula, pergghhhh serius ena cakap bahawa kat sini terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang ada. Terlampau banyak sampai ena dah tak tahu nak pilih apa. Nak ambil semua memang taklah kan sebab tak kan habis punya nanti. So demi mengelakkan dari pembaziran, ena ambil yang mana betul-betul berjaya buat ena lemah melihatnya. Ahaks. Ada sate, ada kambing golek, ada pasta, ada noodles, nasi berlauk dan pelbagai lagilah.

Selain itu, rasa makanan kat sini boleh tahan sedapnya. Bersih, kemas, memang puas hatilah. Cuma kalau dah terlampau ramai orang, pepahamlah suasananya bagaimana riang riuh sedikit. Apapun, janji meriah! Kita nak makan pun rasa seronok dan enjoy.


ANTARA MAKANAN YANG ADA DI SINI

Ena panggil sayur ni Sawi Cina. Masakan ena tak tahu. Tapi nampak tempting.

Kepada penggemar kerabu, kat sini ada pelbagai jenis kerabu yang dihidangkan.

Lauk ayam bagi mereka yang nak makan nasi. Ada banyak lagi lauk yang lain.

Siapa yang suka pedas, yang sini ada sambal tempoyak dan sambal mangga. 

Yang ni pula, ulam-ulaman bagi mereka yang suka makan ulam. 
 
Pasta! Ena makan spagetti bolognese sebagai menu berat untuk beriftar di sini. Sedap!
 
Pencuci mulut yang YUMMY!

Menu paling feymes, KAMBING GOLEK! Sedap hoiii, lembut je dagingnya. 

Mee jawa pun ada. Pekat kuahnya, terbaiklah.

The new thing to me. Benda ni macam aiskrim, sejuk. Tapi ada daging, ada corn apa semua. 

Bukan ini sahaja menu yang ada, ada banyak banyak lagi. Air minuman pun sampai 6 jenis yang disediakan. Alamatnya, memang tak sempat nak snap semua makanan yang ada. Tambahan pula, perut pun tengah kelaparan dan badan pun keletihan. Memang tergugat iman dengan bau makanan kat sini.  Rasa nak cepat cepat berbuka bila tengok semua makanan yang ada.


RAKAN BLOGGER YANG IFTAR BERSAMA

Ramai juga rakan blogger yang ena kenal berbuka di sini ketika itu. So, seronok dapat berjumpa dengan mereka. Ada yang ena dah banyak kali berjumpa dan ada yang ena baru pertama kali berjumpa. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

So apa lagi, jom tengok gambar kami ketika beriftar di Bangi Golf Resort Restaurant . Enjoy!


Dengan rakan blogger ena, Nyna Nieyna.

Dengan kak blogger Nadia Farahida dengan Bunga yang comel.

Dengan kak blogger Irrayyan dan putera puteri dia.



DETAIL BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT

Haa, apa lagi, marilah buat tempahan Buffet Ramadhan di sini sekarang sebelum terlambat. So, kalau nak buat tempahan you all boleh rujuk pada link yang ena sharekan dibawah ini.


FACEBOOK: 

ALAMAT:
Bangi Golf Resort Restaurant
No.1, Persiaran Bandar,
Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

NO.TELEFON:
03-89253728



Share

Other Article

SUASANA BERIFTAR DI BUFFET BANGI GOLF RESORT | RAMADHAN 2015
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
26.6.15

tak ajak kita pun :(

Reply
avatar
26.6.15

Nampak sedap sangat semua tuu!

Reply
avatar
26.6.15

Pergh banyak betul makanan sedap2...ni mau penuh perut kalau dapat semua ni.

Reply
avatar
27.6.15

kecur air liur pepagi sahur ni tengok menu sedap..hihi

Reply
avatar
27.6.15

wah meriah...pencuci mulut die tu nmpk menarik

Reply
avatar
27.6.15

Malaysia are totally blessed with foods sangat , Alhamdulillah but must remembered that Allah gives this opprotunity to us.. Bile tengok makanan tetibe rase sayu dengan saudara palestine kita di sana .. Cammane kan dorg berbuka.. Allahu akbar .. Thanks for the info btw.. Nice sharing :)

Reply
avatar
27.6.15

ramai yang cakap menu kat bangi golf resort ni sedap sedap belaka. teringin nak berbuka kat sana juga

Reply
avatar
28.6.15

Nani baru plan nak pegi minggu depan. Heheh. Taksabaarnyaa nak makan sedap sedap :D

Reply