Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, June 16, 2015

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK | 18 JUN 2015 (KHAMIS)


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK | 18 JUN 2015 (KHAMIS) | Seperti yang telah dimaklumkan, pada 18 / 6 / 2015 iaitu pada hari Khamis, seluruh rakyat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Malah, bulan Ramadhan juga merupakan salah satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang beragama Islam di seluruh dunia.


Ena pun sangat excited untuk menjalani ibadah puasa kali ini. Tapi sedih juga sebab tak dapat fully berpuasa bersama-sama keluarga tersayang. Sabar jelah, semoga diri ini kuat. Apapun, bila bulan puasa ni tiba, ena akan terkenang kenangan manis yang telah berlaku pada bulan puasa pada tahun lepas. Apa kisahnya, biarlah rahsia ena dengan Allah. Hehehe.





Oleh itu, semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, ena nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan kepada you all para pembaca blog ena. Ena doakan supaya Ramadhan kali ini memberi pelbagai kenangan manis di dalam kehidupan kita semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita semua di setiap detik kita berpuasa kali ini. Mudah-mudahan, InshaAllah.

Pastikan puasa penuh ye, jangan ponteng-ponteng, Allah nampakkk. Ekekeke. Kecuali bagi yang memang tidak boleh berpuasa, itu dibelakang kira lah. Haaaa! Selain itu, jom kita beramai-ramai menunaikan solat sunat terawih pada setiap hari pada bulan Ramadhan ini. Bukan senang nak jumpa lagi suasana sedemikian. Kita ni pun belum tentu lagi dapat temui Ramadhan pada tahun depan. Oleh itu, rebutlah peluang yang sangat bernilai ini sebaik mungkin. 


NIAT SEHARI DAN SEBULAN PUASA RAMADHAN 




DOA BERBUKA PUASA



Okay, itu sahaja daripada ena. Salam Ramadhan Al-Mubarak.



Share

Other Article

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK | 18 JUN 2015 (KHAMIS)
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
17.6.15

Selamat mnjalani ibadah puasa juga ina😙

Reply
avatar
17.6.15

Salam Ramadan. Selamat menjalani ibadah Ramadan, Ina :)

Reply
avatar
17.6.15

salam ramadhan juga ina. semoga ramadhan kali ini kita dapt gunakan dengan sebaik mungkin.

Reply
avatar
18.6.15

salam ramadhan..
selamat berpuasa ena :)

Reply
avatar
18.6.15

Selamat berpuasa Ena dan family :)

Reply