Wednesday, June 24, 2015

PERTAMA KALI JEJAK KAKI DI SINGAPURA | HOLIDAY 2015


PERTAMA KALI JEJAK KAKI DI SINGAPURA | HOLIDAY 2015 | Alhamdulillah, diberi keizinan daripada Allah, baru baru ini ena dengan family ena walaupun tak semua yang ada, pergi bercuti selama satu hari di negara Singapura. Teringin juga nak tengok keadaan negara orang walaupun hanya berjiran dengan Malaysia. Ambil pengalaman bak kata orang.


Excited juga nak pergi ke sini tapi masa ni badan ena memang tengah demam teruk plus batuk yang tak terhingga-hingga. Ohhh memang kacau sungguh mood ena. Paksa juga diri ni untuk bersuka ria walaupun masih lagi kelihatan kurang aktif masa tu. Dugaan daripada Allah. Redha jelah.


DETIK-DETIK KE SINGAPURA

Ena dengan family ke Singapura pada hari Jumaat dimana penduduk Johor cuti hari minggu tetapi orang di Singapura masih sedang bekerja. Kami menyewa van disertai dengan pemandu pelancong dari Hotel The Puteri Pacific Johor Bahru

Sesak baq hanggg

Perghh masa kami pergi memang banyak sangat kereta kat jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. Walaupun begitu, pemandu van tu cakap keadaan ketika itu boleh dikatakan okay lagi kalau nak dibandingkan dengan hari lain. Pergghh dengan penuh kesabaran kami menanti untuk tiba di Singapura.

Nasib baik pemandu van rajin bercerita tentang itu ini terutama mengenai hal selok belok dalam Singapura ni. Tak adalah kami kebosanan tambahan pula ena yang tengah demam ni. Maaflah, ena dah tak ingat nama pemandu van tu tapi dia memang sangat baik dan peramah.

Tempat imigrasi Singapura


Memang banyak perbezaan kehidupan dan sistem di sini berbanding dengan Malaysia. Serius ena cakap, walaupun Singapura nampak gah tetapi Malaysia much better. Tak tahulah kenapa tapi bila ena berada di negara ni, ena agak sedikit stress. 

My brother said kebanyakkan yang kita nampak kat bandar Singapura ni adalah pelancong. Kalau nak tengok kehidupan sebenar mereka, pergi kat tren bawah tanah yang dipanggil MRT. Muka ketat je memasing warga sini. Ena tak kesempatan nak pergi tengok sebab seharian memang tak cukup nak pergi semua tempat. So berikut adalah beberapa tempat yang ena pergi.


1) SILOSO BEACH, SENTOSA ISLAND


Mula-mula sampai, mak ena dengan yang lain pergi shopping terlebih dahulu lepas makan tengah hari. Well, ena ni bukan jenis suka shopping sangat. Ena lebih suka melawat tempat menarik yang ada di situ. So, krik krik sedikit bagi ena dan ena malas nak snap snap kat situ. Alamatnya, tiada cerita mengenai tempat shopping tu ye. Maaf~

Lepas solat zohor, kami ke Vivo City Mall untuk ambil Sentosa Tren ke Siloso Beach.

Nampak macam kertas cikai, tapi benda ni untuk discan bukan untuk diberi. Ahaks. Simpan jangan dihilangkan sebab tiket ni untuk pergi dan balik.

Pergi dalam 8 orang, 5 dewasa, 3 kanak-kanak dan 1 baby. So total train 28 Dollar Singapore.


Dari Sentosa Station, train ini akan ke station yang terakhir iaitu Beach Station. Kami tak pergi Universal Studio Singapore (USS) sebab bawak orang tua kan, so tak berapa sesuai untuk mereka bercuti. Kalau ena dengan abang ena je boleh la pergi. So, kalau nak pergi USS, naik train yang sama tetapi stop diperhentian yang kedua.


Start dari Sentosa Station. Boleh rujuk pada gambar.

Berikut adalah permandangan indah yang you all boleh lihat ketika berada di dalam train ini. Dan untuk pengetahuan you all, dalam train ni ada seketul dua je tempat duduk. Selebihnya you all kena berdiri. Kesian my dad and my mom kena berdiri. So bertabahlah ye. Ekekekke.





Setelah beberapa minit kemudian, kami sampai di Beach Station. Dari sini kami kena ambil shuttle bus untuk ke Siloso Beach dan juga ke tempat diantaranya. Boleh tahan suasana kat situ. Cantik, sedap mata memandang dan bersih. Bersih tu penting bagi diri ena. Susah nak jumpa sampah sarap  yang ada kat kaki lima di Singapura ni. 

Jom tengok suasana ketika di Siloso Island. 

Tempat tunggu shuttle bus. 

Depan Siloso Beach Resort

With my father and my mom di Siloso Beach. Kesian my dad kepenatan. Rehat sejenak.

Tempat tunggu shuttle bus. Sambil tunggu kat sini, nanti you all nampaklah merak terbang kat tepi you all. Burung merak hidup ye. Nice!

Kat sini ada cable car tapi ena tak larat dah nak pergi. Demam makin mencanak masa ni.


2) MERLION PARK

Setelah puas mencuci mata di Siloso Beach, kami ke Merlion Park di mana tugu Singpura terletak dan berhadapan dengan Marina Hotel. Di sini yang best pergi pada waktu malam sebab nampak lampu yang berwarna warni kat sini sambil kita boleh melihat show atau pawagam yang menggunakan boat di tasik berdekatan. Setiap pergerakan boat tersebut ada jalan ceritanya tersendiri.



Marina Bay Sands Hotel. Memang cantik giler hotel ni. Harga nak stay pun cantik. Bilik paling cikai pun dalam RM1000 lebih duit kita. Har har har.




3) CHINA TOWN

Haaa kat sini memang syurga you all nak beli cenderamata atau cenderahati untuk dibawa pulang. Sebelum kami pulang ke tanah air, kami singgah kat sini terlebih dahulu untuk beli apa yang patut. Boleh dikatakan murah harga kat sini kalau nak dibandingkan di tempat lain. 


Mak ena memang beli sakanlah kat sini, beg, fridge magnet, tshirt Singapore dan lain lain lagi. Ena tak shopping sangat sebab kekeringan duit ketika ini. Next time kena bawa Seribu dalam poket. Tudiiiaaaaaa, 10 tahun lagi boleh la kot. Ekekeke.

Dah sememeh sangat masa ni. Tak larat menahan suhu badan yang naik mencanak ketika ini. Gagahkan diri.

NILAI RINGGIT MALAYSIA DENGAN DOLLAR SINGAPURA

Berikut adalah kadar duit kita dengan dollar Singapura. Memang jauh berbeza. Sebab tu orang Singapura suka shopping kat Malaysia. Mereka datang ke Malaysia, mereka joli sakan. Kita datang ke negara mereka, jadi miskin bebenau. Sabar jelah hati ni. Uhuks,



Itu sahaja kisah daripada ena ketika di Singapura. Walaupun tak dapat pergi keseluruh tempat tetapi dapat juga merasailah juga pergi ke negara luar. Ambil pengalaman dan pengetahuan tentang dunia luar. 


Share

Other Article

PERTAMA KALI JEJAK KAKI DI SINGAPURA | HOLIDAY 2015
4/ 5
Oleh

11 Comments

Comments
avatar
24.6.15

wah seronoknya .. mmg indah laa permandangan di waktu malam di singapore... cuma yg tak bestnya kadar mata wang kita rendah. so kena bawa duit lebih utk berbelanja di sana..

Reply
avatar
24.6.15

Bestnya pergi singapore..fiza orang johor yang dekat ni pun tak pernah jejak lagi..huhu

Reply
avatar
24.6.15

wah..bestnye..ida dulu dok jb pun xsempat nk g singapra lgi..huhuh

Reply
avatar
24.6.15

akak pergi tahun bila lupa.. maybe 2 tahun lepas kot. Park kat larkin lepas tu naik bas jer.. kira mcm backpackers jugak la dengan anak kecik masa tu. usung stroller... kat singapore naik MRT. Majoriti orang singapore memang sombong.. kalau nak tanya pun kita rasa macam tak berani nak tegur. Muka masing2 macam tak hormon senyum.. hahahaha... pandang kita pun macam pendatang sangat padahal kita ni pelancong.. tak byk tempat sgt pergi sebab kita tak bermalam. cuma berjalan 1 hari & balik johor.. lepas tu baru balik ke KL

Reply
avatar
25.6.15

mohon ajk jugak nnt. ;D

Reply
avatar
Anonymous
25.6.15

thanks for your sharing! love it :)

Reply
avatar
25.6.15

kita pun belum pernah pergi sana. hehe. bilalah agaknye

Reply
avatar
28.6.15

Bestnyaa gi Singapura. Heheh :D

Reply
avatar
1.9.16

Hi Semua. Bagi yang berminat melawat Singapura & memerlukan pemandu pelancong yang sah (registered with Singapore Tourism Board), anda boleh hubungi En. OSAMA ABDUL (ABDULLAH), TEL: +6012-7017660, EMAIL: sayabdul733@gmail.com .Terima kasih. // Private Singapore Tour Guide service berharga dari SGD250 hingga SGD350 untuk full day tour (depending on itinerary & total number of working hours) visit: >>> http://osama-abdul.blogspot.com

Reply
avatar
1.3.17

Salam Sejahtera! Jika ingin dapatkan tiket masuk SEA AQUARIUM pada harga murah, sila hubungi saya. Boleh beli & BOOK awal. Harga promosi: SGD 35/MYR 112 sahaja (Adult) dan SGD 25/ MYR 80 sahaja (CHILD). Tiket original OPEN DATE 3 bulan valid dari tarikh beli. PROMOSI lain tiket Singapura ada seperti USS, GARDEN BY THE BAY, SINGAPORE ZOO, NIGHT SAFARI dan lain-lain. Lawati LOVE TRAVEL facebook page juga di >>> www.facebook.com/lovetravel86 // Terima kasih. Jessica (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com

Reply
avatar
20.3.17

HI ADMIN & Semua! :) Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/SINGAPORE ZOO/GARDEN BY THE BAY/SEA AQUARIUM dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
.
Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
JESSICA, LOVE TRAVEL (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)