Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, June 30, 2015

MOVIE REVIEW | MINIONS


MOVIE REVIEW | MINIONS | Alahai, cerita ni dah lama dimainkan di pawangam tapi ena baru dapat tengok pada hari Ahad yang lepas. Memandangkan dah tak tahu nak buat apa kat dalam bilik, ena diajak oleh rakan sebilik untuk pergi tengok wayang menonton movie Minions. Masa kami pergi ni pun, kebanyakkan seat dah full, nasib baiklah kami cepat pergi beli tiket. Memang popular sungguh cerita ni dikalangan kita.

Ena ni bukan jenis kaki wayang, tapi sekali sekala pergi juga layan wayang ni. Nak kasi beban kat kepala ni keluar berterbangan. Tambahan pula, tak tahu nak buat apa dah kat bandar Kuantan ni. Hahahaha.


SINOPSIS MOVIE MINIONS



Movie Minions ini menceritakan kisah silam tentang Minions yang telah hidup berjuta tahun dahulu. Minions ni merantau seluruh dunia untuk mencari 'bos' untuk jaga mereka. Selepas tu, Stuart, Kevin dan Bob sebagai watak utama dalam movie ni, mereka telah terpisah daripada kawan kawan mereka yang lain dan tiba di satu tempat yang serba moden.

Di sini mulalah kisah mereka bertemu dengan bos mereka yang jahat iaitu Scarlet Overkill, bagaimana mereka bertiga menyelesaikan masalah yang timbul dan kisah ini mengisahkan bagaimana mereka semua bertemu dengan bos mereka dalam movie Despicable. Dan kalau nak tahu lebih lanjut, sila tonton sendiri ye.


PENDAPAT ENA MENGENAI MOVIE MINIONS



Bagi pendapat ena, cerita ni menarik dan lawak. Banyak moral value yang kita boleh ambil walaupun hanya cerita kartun. Kartun kartun pun sangat menghiburkan juga. Kalau tak berkesempatan, you all boleh tengok movie ni secara online di  4do.se .

Ena bagi ranking: 7/10



Share

Other Article

MOVIE REVIEW | MINIONS
4/ 5
Oleh

4 Comments

Tulis Comments
avatar
1.7.15

kurang minat citer macam ni huhu

Reply
avatar
2.7.15

yeayyy... tengok jugak akhirnya hihi :D

Reply
avatar
2.7.15

alolololo..tomey je minion nih. tak dan lagi nak tgk cite nih. hehehe....

Reply
avatar
2.7.15

Kita belum tengok lagilah cerita ni..sobs sobs sobs

Reply