Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, June 16, 2015

LAKSA KAW IKAN SEKOQ TITOP DI LANGKAWI | LAKSA TERBAIK


LAKSA KAW IKAN SEKOQ TIPTOP DI LANGKAWI | LAKSA TERBAIK | Macam biasa, kalau pergi holiday, ena pasti akan buat food hunting serba sedikit. Memandangkan ena ada kat Langkawi tempoh hari, ena nak try satu tempat makan laksa yang terbaik di sana. Ramai yang kata Laksa Kaw Ikan Sekoq yang ada kat lapangan terbang Langkawi ni sangat sedap. So apa lagi, jangan lepas peluang yang ada.

Kebetulan pula kakak ipar ena pun suggest pada tempat yang sama, so lepas penat berjalan satu hari, petang tu kami ke tepi lapangan terbang Langkawi yang bersebelahan dengan laut,  untuk cuba try test laksa yang diuar-uarkan sedap ni. Kata foodhunter, so kena berani tanggung sedap atau tak, mahal atau tak sesuatu makanan tu.


LAKSA KAW IKAN SEKOQ LANGKAWI



Diberi nama sedemikian sebab you all akan dihidangkan sekali dengan seekor ikan kembung yang direbus lembut. Kalau you all tak berapa minat dengan ikan kembung seekor rebus, you all boleh pilih laksa yang lain samaada laksa telur dan laksa sotong. Masa ni ena nak try laksa sotong tapi dah habis. So ena pilih ikan sekoq.

Suasana tempat makan di sini adalah secara santai, sambil makan you all boleh menikmati permandangan dari laut dan juga dapat melihat kapal terbang sedang berlepas. Tempat makan ni betul betul ditepi jalan pada hujung landasan lapangan terbang Langkawi. Laksa ini dijual menerusi lori, tiada gerai mahupun kedai berbatu. Sempoi gittew. 

Tahap kebersihan di sini, boleh tahan dan turut selesa untuk lepak secara santai. Tak perlu nak formal sangat, chillax je. Cara pembayaran pula, kita pergi bayar sendiri di tempat yang kita order dan nak order pun kita kena pergi order sendiri. Tapi nanti makanan yang diorder tu, pihak mereka akan hantar ke meja makan kita.


FEEDBACK DARIPADA ENA


Ena cakap bukan sebarang cakap, tapi kuah laksa kat sini memang betul betul kaw. Abang ena yang sulung paling tak suka makan laksa pun dia makan sampai habis. Menunjukkan laksa ni betul betul sedap. Pekat sungguh rasa ikan yang diletak dalam kuah laksa tersebut, masih terasa kemanisan isi ikan yang digunakan. Dahla bagi telur sebiji, memang ena suka habislah sebab ena ni suka makan laksa dengan telur rebus.

Namun, kalau kuantiti laksa ni ditambah lagi, mesti lagi lebih puas. Apapun, overall memang terbaik. Tak sia-sia buat foodhunting kat sini. Selain laksa, ada beberapa makanan yang lain turut dijual. Ena pun rasa sedikit makanan yang lain tu tapi maaf tak ada gambarlah pula. Kusyuk makan. Hehehe. Berikut adalah makanan lain yang ena dah cuba try test:-


Cucur Udang Goreng Rangup (Terbaik)
Rojak Buah (Kalau dipelbagaikan lagi buahnya mesti lagi sedap)
Cendol (Superb)




DETAILS LAKSA IKAN SEKOQ

Satu pinggan laksa kaw ikan sekoq ini berharga RM5. Makanan yang lain tu ena tak pasti pula berapa tapi memang murah makanan kat sini. Sesuai kalau nak bawak family ramai-ramai, cuma tempat duduk tu kena pandai pandai cari la. Hehehe.

Itu sahaja perkongsian daripada ena. You all boleh tengok feedback dari orang lain di facebook kedai makan laksa kaw ni, Jom klik link dibawah ini.


FACEBOOK:


ALAMAT:Hujung Airport Langkawi (Waze kan adoo)



Share

Other Article

LAKSA KAW IKAN SEKOQ TITOP DI LANGKAWI | LAKSA TERBAIK
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
16.6.15

wah...seekor ikan trus..sedap tu

Reply
avatar
16.6.15

wah...seekor ikan trus..sedap tu

Reply
avatar
16.6.15

perghhhh...terliur dah ni...ramai yang kata sedappp

Reply
avatar
16.6.15

seriussss terliur tengok lakaa. teringin pulak rasanya hihi

Reply
avatar
16.6.15

dahlah fiza peminat laksa ni..sedapnya laksa tu nampak pekat siap ade ikan sekor lagi tu.

Reply
avatar
17.6.15

Bestnya laksa! Ikan sekoq tu yg mahal! :)

Reply
avatar
17.6.15

pergghh.. meleleh air liur macam nih. hehehe...

Reply
avatar
19.6.15

pertama kali tengok ikan diletak sekor terus.hahha

Reply