Wednesday, June 03, 2015

KENAPA SOLAT PERLU DI DIDIK DARI KECIL? | PROGRAM CUTI SEKOLAH



KENAPA SOLAT PERLU DI DIDIK DARI KECIL? | PROGRAM CUTI SEKOLAH | Seperti yang kita ketahui, ibadah Solat adalah wajib dilaksanakan oleh umat Islam seluruh dunia. Solat juga merupa rukun Islam yang kedua daripada 5 rukun Islam yang kita ketahui. Solat yang wajib kita kerjakan adalah 5 kali sehari sepanjang kita bernafas di atas bumi milik Allah ini.

Cara untuk menunaikan solat perlu di pupuk sejak kecil lagi dalam diri anak-anak. Seperti yang diperkatakan dalam banner di atas, sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkin. Oleh itu, ibu bapa perlu membimbing anak anak untuk menunaikan solat dengan betul kerana tugas mendidik ini perlu dimulakan dari sejak kecil lagi bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya", supaya pada masa akan datang anak anak tidak tersesat dari jalan Allah.


PROGRAM SOLAT MEMBINA AKHLAK MULIA

Namun, setiap orang tidaklah sempurna di atas bumi ini. Mungkin ada memiliki masalah tersendiri dalam mendidik anak kecil untuk menunaikan solat dengan betul seperti tiada masa dengan anak anak, kekurangan ilmu tentang hal ini atau mungkin tak reti nak menyampaikan ajaran ini kepada anak anak. Ibu bapa diluar sana usah bimbang, pihak Al-Khawarizmi Education Sdn.Bhd akan melancarkan satu program yang sangat bagus untuk anak-anak dalam cuti sekolah ini. 

You all boleh rujuk banner di bawah ini



PENGISIAN KEM PROGRAM SOLAT MEMBINA AKHLAK MULIA

Program ini akan berjalan selama tiga hari dua malam iaitu bermula dari 8/6/2015 sehingga 10/6/2015, minggu kedua cuti pertengahan tahun. Di bawah ini ada beberapa pengisian yang akan dijalankan dalam program ini, sebagai rujukan untuk ibu bapa.

1) Cara asa mengambil wuduk dengan tatacara yang sempurna

2) Didikan solat yang betul mengikut yang dituntut oleh syarak

3) Memberi pendedahan kenapa solat ini wajib ditunaikan

4) Qiamulail

5) Praktikal amali solat dengan betul

7) Latihan imam dan bilal

8) Asimilasi kehidupan muslim yang unggul (Fardu Kifayah)

9) Kesempurnaan beribadah

10) Cara untuk menguruskan jenazah dengan betul





Peserta berumur dari 10 tahun hingga 17 tahun digalakkan untu mendaftar untuk kem ini. Rebutlah peluang emas ini, tak salah kita perabiskan duit demi menuntut ilmu Allah. Kem Program Solat Membina Akhlak Mulia ini bukan perkara yang sia-sia dalam kehidupan kita malah memberi impak yang sangat bagus dalam diri anak anak untuk masa hadapan. Seperti yang kita tahu, ranjau dan duri dalam kehidupan makin kuat serta berleluasa mengikut zaman ke zaman. Kita tidak tahu lagi apa yang akan berlaku keesokkan harinya pada anak anak kita. Betul tak?






Tiada pegangan agama, tiada iman di dada, kemanalah hala tuju kita nanti. Hidup ni bukan berkekalan sampai bila bila. Jangan berlengah masa lagi untuk mentelaah ilmu Islam, ilmu Akhirat. Jangan biarkan Islam ni hanya terdapat di Kad Pengenalan sahaja, terapkan kehidupan Islam dalam kehidupan kita sampai kita tiada lagi dunia ini. Semoga Allah meredhai segala kerja yang kita lakukan di dalam dunia ini. Amin.

Daripada masa terbuang begitu sahaja, jomlah bawa anak anak untuk kem sebegini rupa. Terisi juga masa lapang anak anak dengan benda yang berfaedah. Oleh itu, kepada yang berminat untuk mendaftar anak masing-masing, boleh la rujuk pada details di bawah ini



HUBUNGI TERUS:

1) 019-9679935 (Ustaz Ilmi)
2) 013-3689805 (Ustaz Shahidan)
3) 013-32785350 (Ustazah Adilah)


Share

Other Article

KENAPA SOLAT PERLU DI DIDIK DARI KECIL? | PROGRAM CUTI SEKOLAH
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
5.6.15

bagus ni..kecik2 kene ajar semua ni

Reply
avatar
5.6.15

semoga bermanfaat tok anak2..

Reply
avatar
7.6.15

alhamdulillah ada program macam ni :)

Reply
avatar
9.6.15

Penting program solat ni untuk anak-anak kita :)

Reply
avatar
15.6.15

Bagus sgt kursus ni kan..umur antara 10 tahun ke atas ni diorang dah pandai berdikari, tak sabar nak masukkan Qi nanti program sebegini...well done lah...

Reply
avatar
15.6.15

alhamdulillah. kene terapkan anak2 dari umurnya kecik lg

Reply
avatar
16.6.15

Alhamdulillah ada program macam ni..bagus didik anak anak solat dari peringkat awal.

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)