Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, June 27, 2015

CARA NAK BANGUN SAHUR DENGAN MUDAH | RAMADHAN 2015


CARA NAK BANGUN SAHUR DENGAN MUDAH | RAMADHAN 2015 | Apabila kita bangun sahur ketika berpuasa sebenarnya memberi kekuatan pada diri untuk berpuasa sepanjang hari. Tambahan pula, bersahur adalah amalan sunat yang digalakkan untuk kita sebagai umat Islam. Malah bersahur ini juga membezakan puasa orang muslim dengan orang yang bukan muslim.

Ena dulu-dulu pun memang tak suka bersahur sebab rasa tidur tu tak cukup. Tidak dinafikan memang susah nak bangun sahur. Sampai ena skip bersahur selama sebulan dengan alasan nak tidur. Now, tak lagi. Ena berazam untuk bersahur pada bulan Ramadhan kali ni dan akan datang, inshaAllah. Entahlah, ena tetiba rasa bersemangat nak mengerjakan ibadah puasa pada tahun ni. Dan yang pasti, kalau skip sahur ni bagi diri ena, memang rasa macam tak bermakna langsung satu hari berpuasa. 


CARA NAK BANGUN SAHUR DENGAN MUDAH

Berikut adalah beberapa cara yang ena adaptasikan pada diri sendiri untuk bangun untuk sahur dengan mudah. Tidak dinafikan bahawa tahap mengantuk tu memang tinggi bila nak bangun sahur tapi Alhamdulillah, ena berjaya buka mata ni pada waktu itu dan makan dengan seleranya.

So, kalau nak tahu apa caranya, jom baca tips daripada ena sendiri dibawah ini:-



1) Tidur awal pada waktu malam dan digalakkan tidur sebelum pukul 12 tengah malam.

2) Minum susu sebelum tidur supaya kita tidur dengan lena.

3) Niat sunguh-sungguh dalam hati untuk bangun sahur sebelum tidur.

4) Set alarm dalam pukul 4.30am. Biar set awal sedikit sebagai langkah berjaga-jaga sebab 
    takut terlelap balik.

5) Bila dah bangun, terus minum segelas atau dua gelas air kosong supaya sistem dalam badan
    kita dapat bergerak dengan lancar.

6) Digalakkan pergi mandi. Kasi segar sedikit badan tu untuk bersahur. 

7) Kalau malas nak mandi, pergi cuci muka supaya hilang rasa mengantuk tu.




Alhamdulillah, selama ena amalkan benda ni semua, ena rasa mudah untuk bagun sahur dengan izin Allah. Malah, lepas waktu bersahur, ena dah tak rasa mengantuk. Mampulah nak kekal bangun sampai ke pagi dan menunaikan solat Subuh. Kalau dahulu, lepas sahur je terus berdesup pergi tarik selimut dan tidur balik. Solat subuh pun lebur macam tu je. Astagfirullah, tak mahu dah macam tu. Umur ni bukan semakin muda. Kena perbaiki sedikit demi sedikit.

So, ini sahaja lah perkongsian daripada ena untuk bangun sahur dengan mudah. Semoga dapat membantu you all yang liat nak bangun sahur. Selamat mencuba dan selamat beramal.



Share

Other Article

CARA NAK BANGUN SAHUR DENGAN MUDAH | RAMADHAN 2015
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
27.6.15

pcl tak pernah terlepas bangun sahur, dah terbiasa kalau set alarm sebelum alarm bunyi dah terjaga sendiri..betul la cara ena buat tu memang terbaik.

ena nak tau cara buat char kuey teow ; pcl dah siapkan resipi dlm entri terkini ; selamat mencuba n jgn lupa upload gambar bila dah buat nanti..

http://www.nazlee.com/2015/06/resepi-char-kway-teow-char-keow-teow-char-kuey.html

Reply
avatar
27.6.15

tips yang bermanfaat... boleh cuba nih...

terima kasih ena sudi kongsi2 ilmu...

Selamat berpuasa.... (^_^)

Reply
avatar
27.6.15

akak alarm jer.. Alhamdulillah hari ke 10 puasa belum terbabas tak sahur. Bukan apa takut asben pulak sakit sebab dia ada gastrik. Tu yang bunyi alarm jer terus bangun. Alarm pulak akak set start 4 pagi.. 4.30 pagi & 4.45..

Reply
avatar
27.6.15

Good tips..
Hai. UA blogwalking di sini.
Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

Reply
avatar
27.6.15

Dkt UK sahur pukul 2, tak tidur terus. Hehe.

Nak jemput Ena join GA ni :)

http://www.dayanazahari.com/2015/06/dayana-and-durratunkhayla-surprise.html

Reply
avatar
27.6.15

minum susu ek sblum tido? rare idea tu

Reply
avatar
28.6.15

Betul tu..lepas sahur pun segar je dan silap2 lepas subuh terus segar..cuma dah sampai tengahari tu mengantok sikit

Reply
avatar
28.6.15

Setakat ni tak pernah lagi terlepas waktu sahur. Heheh :D

Reply