Friday, June 19, 2015

CARA KURANGKAN PENAT KETIKA BERPUASA | RAMADHAN 2015


CARA KURANGKAN PENAT KETIKA BERPUASA | RAMADHAN 2015 | Alhamdulillah, sudah dua hari kita berpuasa pada tahun ini. Dan alhamdulillah, setakat ini ena berpuasa dengan penuh bersemangat walaupun adalah sedikit rasa lesu. Tapi lesu kali ni tak sebanyak dan tak sehebat dahulu. Bersyukur sangat dan syabas untuk diri sendiri.

So bila duduk kat rumah ni ada beberapa tips yang ena adaptasi dari atas nasihat parents ena. Walaupun tak semua ena amalkan, tapi ena dapat rasakan yang puasa kali ni ena tampak lebih bersemangat dari sebelum ni. I love this changing. Yiippiii. Haaa kalau nak tahu tipsnya, sila baca di bawa ini.


CARA KURANGKAN PENAT KETIKA BERPUASA

Cara-cara ini bukanlah 100% dapat hilang penat lelah kita tapi cara ini dapat kita melakukan kerja setiap hari dengan lancar dan bersemangat. Ada 3 cara sahaja, antaranya adalah


1) Sahur

Seperti yang kita tahu, sahur ini membezakan puasa Islam dengan puasa agama lain dan merupakan sunah Rasulullah SAW. Ena sebelum ini memang tak suka sahur sebab mengantuk yang amat sangat bila bangun sahur. Tapi tahun ni ena berazam untuk bangun sahur walaupun mengantuk sangat ke. Paksa diri. Alhamdulillah dengan izin Allah, perut tak mudah lapar dalam seharian berpuasa.




2) Tidur

Untuk pengetahuan you all, apabila kita tidur, badan kita memerlukan tenaga yang banyak. Ini fakta. Perasan tak you all, kalau you all bangun dari tidur, perut mudah jadi lapar kannn? Haaa, so disini, kurangkan tidur ketika hari berpuasa. Nak tidur boleh, tapi jangan berlebihan sampai kerja lain kita lebur macam tu sahaja. Rugi.


Selain itu, paksa diri lepas Sahur jangan tidur. Hal ini berbalik pada teori yang tadi iaitu banyak tenaga lebur macam tu sahaja ketika kita tidur. Kalau nak tidur, ketika sebelum zohor macam tu. 

Nak senang bangun sahur, tidur awal. Tambahan pula, kita sebagau manusia memang disarankan tidur awal pada waktu malam. Dalam pukul 11pm-12pm dah boleh tidur. Ena sekarang tengah latih diri supaya tidur awal. Hal ini kerana, kalau kita suka tidur lewat, pelbagai jenis penyakit boleh dapat. Ini fakta ye.



3) Aktifkan diri buat kerja

Yang ini benda penting ketika puasa. Jangan manjakan diri terbaring sahaja di atas katil ketika berpuasa. Serius, ena macam ni lah dulu, asyik terbaring je. Alamatnya, badan jadi lesu, penat nak mampus dan perut cepat lapar. So, rajin rajinkan diri tu bergerak buat kerja yang berfaedah ketika berpuasa. Sebab tu kita nampak orang yang bekerja ketika puasa ni lebih cergas dan cerdas. Diri mereka dah terbiasa.



Itu sahaja daripada ena, selamat beramal ye. InshaAllah, semoga tips ini dapat membantu you all. Ena dah amalkannya dan dah nampak keberkesananya. Alhamdulillah, dengan izin Allah. Solat lima waktu jangan tinggal. Itu tunggak utama ketika berpuasa ni.



Share

Other Article

CARA KURANGKAN PENAT KETIKA BERPUASA | RAMADHAN 2015
4/ 5
Oleh

11 Comments

Comments
avatar
20.6.15

Yeh totally agreed with you.. Tips sunnah are also brilliant too like a makan 7 biji kurma sehari ( semasa sahur ) .. In shaa Allah tidak akan lapar sampai berbuka .:)

Reply
avatar
20.6.15

Betul sangat kena aktif! Baru tak terasa penat tu, hehe.

Reply
avatar
20.6.15

Memang macam terasa penat bila tidur tu....

Reply
avatar
20.6.15

Tips menarik.. :)

Nak kad raya? Meh sini.. "Saya Nak Kad Raya Dari EJULZ!!!"

Nak Hadiah Gopro 4? Meh sini.. "Persiapan Hari Raya bersama Lazada Malaysia"

Reply
avatar
21.6.15

Good sharing Ena..semoga kita sentiasa bertenaga menjalani ibadah puasa :)

Reply
avatar
22.6.15

tidur sangat essential. ramai yang abaikan tidur dengan cukup sebab sibuk dengan kerja seharian

Reply
avatar
22.6.15

tidur sangat essential. ramai yang abaikan tidur dengan cukup sebab sibuk dengan kerja seharian

Reply
avatar
22.6.15

thank uuuu kak inaaaaaaaaaaaaaa <333

Reply
avatar
28.6.15

Boleh amalkan ni :D

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)