Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, June 29, 2015

AMIN FLOATING RESTAURANT KILIM | GEOFOREST LANGKAWI


AMIN FLOATING RESTAURANT | KILIM GEOFOREST LANGKAWI | Selepas habis melawat tempat yang menarik di Kilim Geoforest Park, you all boleh baca kat SINI, kami dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restaurant yang berada di atas sungai iaitu Amin Floating Restaurant. Memandangkan perut tengah kelaparan ketika ini, memang kami ambil kesempatan ini untuk cuba try test makanan yang ada di restoran ini.

Restoran ini terletak berhampiran dengan Jeti Kilim. Kat sini juga you all berkesempatan untuk menimba ilmu serba sedikit mengenai ikan yang ada diternak kat tepi restoran ini. Kebanyakkan ikan yang ada kat sini adalah ikan yang boleh kita makan. Dah la gemuk gemuk semuanya. Scary pula ena tengok ikan tu semua. Hahaha. Besar sangat.


SUASANA DI AMIN FLOATING RESTORAN

Memang nikmat kalau makan kat sini. Dapat menghirup udara segar dari sungai, boleh tengok hutan yang menghijau, nyaman je rasa waktu ena datang ke sini. You all akan dapat merasai kelainan apabila makan kat restoran ini. 

Sebelum makanan you all sampai ke meja, layanla dulu ikan ikan yang ada berenang. Jangan risau, ada orang yang jaga you all nanti dan mereka juga akan berikan sedikit keterangan mengenai serba sedikit tentang kehidupan sungai yang ada ka sini. 


Ikan apa entah ni, besar gila. Ishhh tetiba rasa nak terjatuh dalam benda ni. Hahaha.

Ikan pari ni sangat jinak.

Ena sempat pegang ikan pari ni, cuma x sempat nak snap.

Belangkas. Besar yang amat!


MENU YANG DIORDER

Di sini you all makan makanan yang berasaskan seafood. Kepada yang ada alergik dengan seafood, mungkin you all boleh minta menu lain. Tak pasti pula kalau ada makanan lain yang berasaskan daging atau ayam.

Berikut adalah menu yang kami makan kat sini secara jamak. Sedap sangat, memang rasa ikan, udang dengan sotongnya sangat fresh. Terbaiklah. Terutama sotong goreng cheese, meletop giler beb rasanya. Perghhh! Nikmat! Ena memang nak makan kat sini lagi kalau diberikan kesempatan lagi sekali.


MENU YANG DIORDER

1) Tiger Grouper (Ikan Kerabu Sweet Sour dan Ikan Kerabu Stim)
2) Prawn Butter
3) Squid Cheese
4) Baby Khailan



Memang puas makan kat sini. Alhamdulillah dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan ni. Bolehlah kami balik dengan hati yang girang, perut pun tak kelaparan. So, kalau you all pergi ke sini  nanti, jangan lupa singgah makan kat sini. InshaAllah, ena jamin you all pun akan berpuas hati.



Share

Other Article

AMIN FLOATING RESTAURANT KILIM | GEOFOREST LANGKAWI
4/ 5
Oleh

7 Comments

Tulis Comments
avatar
30.6.15

Bestnya! Tak pernah pergi Langkawi lagi.
Insyallah satu hari nanti boleh pergi sini gak
www.thethinkerbelle.com

Reply
avatar
30.6.15

sedapnya makan menu yang berasaskan seafood ni.fresh pulak tu.ratah lauk je pun takpe.

Reply
avatar
30.6.15

Seronoknya makan kat tempat macam ni :)

Reply
avatar
30.6.15

bestnya.. akak x pernah sampai langkawi lg hehe

Reply
avatar
3.7.15

tgk time pos ... ujian ... heheheee . mkn kat tpt mcm tu mmg best ...

Reply
avatar
14.12.15

mahal x sis?sebab ada viral kat fb makan sampai rm1000++ kat sini

Reply