Ena ni bukan jenis kaki wayang, tapi sekali sekala pergi juga layan wayang ni. Nak kasi beban kat kepala ni keluar berterbangan. Tambahan pula, tak tahu nak buat apa dah kat bandar Kuantan ni. Hahahaha.
SINOPSIS MOVIE MINIONS
Movie Minions ini menceritakan kisah silam tentang Minions yang telah hidup berjuta tahun dahulu. Minions ni merantau seluruh dunia untuk mencari 'bos' untuk jaga mereka. Selepas tu, Stuart, Kevin dan Bob sebagai watak utama dalam movie ni, mereka telah terpisah daripada kawan kawan mereka yang lain dan tiba di satu tempat yang serba moden.
Di sini mulalah kisah mereka bertemu dengan bos mereka yang jahat iaitu Scarlet Overkill, bagaimana mereka bertiga menyelesaikan masalah yang timbul dan kisah ini mengisahkan bagaimana mereka semua bertemu dengan bos mereka dalam movie Despicable. Dan kalau nak tahu lebih lanjut, sila tonton sendiri ye.
PENDAPAT ENA MENGENAI MOVIE MINIONS
Bagi pendapat ena, cerita ni menarik dan lawak. Banyak moral value yang kita boleh ambil walaupun hanya cerita kartun. Kartun kartun pun sangat menghiburkan juga. Kalau tak berkesempatan, you all boleh tengok movie ni secara online di 4do.se .
Ena bagi ranking: 7/10