Thursday, May 07, 2015

PULUT BAKAR DAN PULUT JANTUNG | WARUNG AZIZ SATAR KEMAMAN



PULUT BAKAR DAN PULUT JANGTUNG | WARUNG AZIZ SATAR KEMAMAN | Ini merupakan kali kedua ena jejak kaki kat negeri Terengganu walaupun tak melawat ke seluruh tempat yang ada kat sini. Kuantan ke Kemaman Terengganu dalam sejam lebih sahaja dah sampai. So, alang alang datang ke Kemaman Terengganu ni, ena nak mencari otak-otak yang original mai dari sini. Tapi kebanyakkan dah habis dan kedai makan otak-otak yang ena pernah pergi dulu pun dah tutup. Yela datang pun dah nak malam. 

Patah hatilah juga tapi diri dah lapar sangat, ena singgah kat Warung Aziz Satar untuk cuba try test pulut bakar dan pulut jantung kat sini. Ena baca kat laman web kat Google, kebanyakkan kata Pulut Bakar kat sini sedap dan murah. Tu yang nak try tu sebelum pulang ke Kuantan semula.


FEEDBACK POSITIVE DARIPADA ENA


Langit yang unik ketika ke Kemaman Terengganu.

Pulut bakar dan pulut jantung ni berintikan isi ikan dan dibakar dengan daun pisang. Selama ena makan kat tempat lain, memang kurang memuaskan hati ena sebab pulutnya terover dibakar dan menjadi keras. Tapi pulut bakar dan pulut jantung kat Warung Aziz Satar ni sekali makan, perghh sedapnya. Lembut, intinya pun banyak dan tak over masak. Terbaiklah bagi ena.

Puas hati sangat sangat, saiznya yang pun tidak terlampau besar, sedang sedang je, memang sangat sesuai kalau nak jadikan kudapan sambil layan movie. Ahaks. Kat sini pun ada jual otak otak dan pelbagai lagi jenis makanan. Tapi masa ena ke mari, kebanyakkan dah habis dijual. So, kalau nak kemari datang jangan lewat malam sangat. 



LOKASI WARUNG AZIZ SATAR

Warung Aziz Satar ni kat tepi jalan je. Dari tol Kemaman jauh jugala nak kemari tapi kalau dari Cherating, Pahang mungkin lagi dekat jaraknya. Dibawah ni, alamat warung ni dan you all boleh wazekan sahaja. Ena pun datang kemari dengan bantuan dari waze. 


Warung Aziz Satar
Kampung Geliga Cik Akob,
Cukai,
Terengganu



Share

Other Article

PULUT BAKAR DAN PULUT JANTUNG | WARUNG AZIZ SATAR KEMAMAN
4/ 5
Oleh

6 Comments

Comments
avatar
7.5.15

Ena datang kemaman ke? Tempat mimi tuu. Hehe nanti datang kalau datang kemaman lagi calling calling laa. Hiks :D

Reply
avatar
7.5.15

jauhnya pulak nak mencuba..first time dengar pulut jantung tu..

Reply
avatar
7.5.15

alahai sedapnya. lama tak makan benda ni.

Reply
avatar
7.5.15

Pulut jantung?? Baru dengar ni..memang rare! Macam pulut panggang...ke memang ini pulut panggang version ganu? Hehe

Reply
avatar
19.5.15

menu pulut udang / panggang nie sedap makan time minum petang dengan kopi atau teh... pergghhh

Reply
avatar
22.5.15

lama dah tak pergi area2 pantai timur sana.. kalo ke sana mmg makanan antara yg dikejarkan.. isi perut wajib =D

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)