Monday, May 25, 2015

NASI KUKUS REMPAH CHICKEN RM3 | U-CAFE WANGSA WALK


NASI KUKUS REMPAH CHICKEN RM3 | U-CAFE WANGSA WALK | Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberikan masa yang sedikit ini untuk ena sampaikan satu berita yang menggembirakan bagi mereka yang sedang berjimat cermat dalam pembelanjaan. Terutama bagi para student seperti ena yang masih tiada lagi pendapatan yang tetap. 

Haa, kepada you all nak berbelanja dalam kadar yang rendah setiap hari, di U-Cafe WangsaWalk menyediakan satu promosi Nasi Kukus Rempah Chicken dengan RM3 sepinggan. HANYA RM3 termasuk service charge dan GST. Oh my! Kalau ena belajar kat UIAM Gombak, memang hari hari ena makan tengahari kat sini. Murah yang amat! Mana nak jumpa Nasi Kukus semurah dan sesedap ni kat tempat. Mungkin ada tapi ena belum sempat terjah lagi.




NASI KUKUS REMPAH CHICKEN

Nasi Kukus Rempah Chicken adalah nama yang diberikan oleh pihak U-Cafe Wangsa Walk, tapi bagi kita dah terbiasa sebut 'nasi kukus ayam berempah' betul tak?? Apapun, walau nama yang berbeza, makanannya tetap benda yang sama sahaja. Yang membezakan adalah harga yang murah, plating yang menyelerakan dan mempunyai rasa yang tersendiri

Nasi yang digunakan bukan nasi putih yang biasa, ada rasa lemak lemak sedikit. Sedap sangat. Lepas tu, ayam berempahnya sangat lembut dan sedap. Wajib makan sekali dengan rempah rempahnya sebab rempahnya yang menaikkan keenakkan nasi kukus ini.





Sambal belancan pula, bagi mereka yang tak tahan pedas seperti ena, sure mengalir air mata kalau makan benda ni. Menyengat! Tapi kalau digaulkan dengan nasi mungkin dapat kurangkan sedikit kepedasan sambal belacan ni. Namun, bagi mereka yang suka akan kepedasan, tiada masalah bagi you all dan yang pasti, you all wajib rasa nasi kukus di U-Cafe Wangsa Walk.

Kelainan nasi kukus kat sini, tiada kuah kari itu sahaja. Bagi ena yang kurang makan kuah yang berlemak ni, tak ada kuah macam ni memang dah cukup bagi ena sebab nasi nya sedap. Bukan nasi kosong. 




DETAIL MENGENAI PROMOSI NASI KUKUS REMPAH CHICKEN

Promosi Nasi Kukus Rempah Chicken ini telah bermula pada 25/5/2015 bertempatkan di U-Cafe Wangsa Walk. Bermula pada pukul 12pm hingga 2 pm. Kalau you all tengah dating ke lepak ke kat area Wangsa Maju ni, jangan lupa singgah kemari dan rasai kesedapan Nasi Kukus di sini. Murah pula tu dengan hanya RM3 sahaja.

NASI KUKUS REMPAH CHICKEN

Harga: RM3
Jam: 12pm - 2pm
Tarikh bermula: 25 Mei 2015



U-CAFE WANGSA WALK, WANGSA MAJU

Mengenai serba sedikit tentang U-Cafe ini, ena pernah cerita pada entri ena yang dulu,  CLICK DI SINI dan you all dijemput untuk melawat ke sana ye. Terima kasih. Okay seperti biasa, dibawah ni ena share alamat dan fanpage mengenai U-Cafe. 



Alamat:
U-Cafe Wangsa Walk,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

No. Tel: 
03 - 4131 9686 
019-3133668 (P.I.C.U-Cafe Rachel: Reservation & Inquiry)
  Facebook: 
U-CafeFanpage


Share

Other Article

NASI KUKUS REMPAH CHICKEN RM3 | U-CAFE WANGSA WALK
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
25.5.15

ok..pasni boleh blnja ida la.hheheh

Reply
avatar
25.5.15

what? murahnya!!! nak terjah jugak la nnt

Reply
avatar
26.5.15

Mabless plak tengok gambar2x ni. Plus nasi kukus kegemaran aku plak.

Reply
avatar
26.5.15

kite pernah makan kat u-cafe tu. masa belajar kat utm situ dulu. makanan dia boleh tahan sedap dan harga pun oke. hehe.

Reply
avatar
26.5.15

murah tu..portion pun macam banyak..mesti ramai orang makan kat sini kan Ena

Reply
avatar
27.5.15

Alhamdulilah, ketemu juga kita akhirnya kan dik...seronok adik dan pasangan sangat peramah, gelak sakan sambil makan tu bertimpa2...lapar balik tgk nasi kukus...murahhhhhhhh

Reply
avatar
3.6.15

Bestnya makanan dia, semua nampak sedap!

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)