Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, May 18, 2015

DESIGN TERBARU DARI SEMBONIA | THE LIBERAL ART OF GEOMETRY



DESIGN TERBARU DARI SEMBONIA | THE LIBERAL ART OF GEOMETRY | Semperna musim bunga dan musim panas pada tahun 2015, Sembonia telah mengeluarkan design terbaru yang bertemakan The Liberal Art Of Geometry. Tambahan pula baru baru ni merupakan sambutan Hari Ibu sedunia, Sembonia turut mengeluarkan design beg yang dikhaskan untuk Mother's Day. 

Di Sembonia bukan barangan untuk perempuan sahaja yang ada dijual, malah untuk kaum Adam pun turut disediakan. Ingat perempuan je ke nak bergaya, lelaki pun sama. Ahaks. Tapi bagi ena, sudah pasti ena akan usya barangan perempuan terutama beg tangan. Barangan lelaki ena kerling sedikit je, mana tahu bersesuaian dengan ayah dan partner foodhunter ena. 

Apapun, design yang direka khas oleh Sembonia semuanya sangat kemas, menarik, nampak class dan sesuai untuk golongan 30an dan kebawah. Golongan 30an keatas pun boleh je pakai, baru boleh fefeeling awet muda gittew. Ahaks. Okay, dibawah ni ena nak share beberapa gambar beg design terbaru yang ena sempat snap tempoh hari.


LIBERAL ART OF GEOMETRY

Mengikut kefahaman ena, Liberal Art of Geometry adalah berdasarkan corak geometry yang yang diterapkan pada beg terbaru dari Sembonia. Geometry adalah gabungan antara seni dan sains. Ia dikatakan sains kerana bermula dari kebenaran yang jelas dan tepat dan seni, malah seni pula ia tercipta dari satu binaan yang tertentu mengikut kreativiti seseorang. 




Beg tangan tersebut diperbuat dari jenis kulit yang berkualiti tinggi dan pastinya HALAL untuk dipegang. Mahalnya harga satu beg ini bukan terletak pada kualiti kulit sahaja tetapi proces pembikinan yang sangat teliti dan banyak teknik yang digunakan demi menghasilkan satu beg yang selesa untuk digunakan oleh kita semua.

Tambahan pula, warna pada beg tersebut turut melambangkan bahawa musim bunga dan musim panas sedang menjelma pada tahun 2015. Kuning yang menyengat bagi mata yang memandang. Selain itu, kalau you all pegang beg Sembonia keluaran terbaru ni, memang you all akan rasa kelainan dari segi struktur kulit dan berat beg ni. Sangat ringan dan memudahkan you all bawa kehulur kehilir tanpa lenguh.





SUNRISE GARDEN

Design Sunrise Garden diilhamkan oleh matahari yang terbit dengan mekarnya dan menunjukkan musim panas adalah adalah musim yang penuh dengan kegembiraan. Design ini juga menekan Urban Casual yang sesuai digayakan oleh masyarakat pada zaman yang serba modern ini. Namun, beg ini tidak menggunakan kulit tetapi menggunakan sejenis kain yang tahan lama dan pastinya berkualiti tinggi.






SPECIAL MOTHER'S DAY DESIGN

Ena berkenan dengan pattern beg yang ini sebab pink putih. Ahaks, ena kan hantu putih dan pink. Nampak suci dan bersih je. Rasa nak grab je satu haritu tapi sebaiklah hati ni kental. Kalau tak, melayang lagi duit ena. Tapi kalau grab satu pun memang puas hati dan ena tak akan menyesal sebab beg dari Sembonia memang terjamin tahan lama.




PARA MODEL PERAGAKAN BEG DARI SEMBONIA DI EAS COAST MALL

Baru baru ni, blogger Kuantan diberi peluang untuk pergi event The Liberal Art Of Geometry yang diadakan di East Coast Mall Kuantan, Pahang. Kami dijemput sebagai para media untuk memeriahkan lagi event ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Sembonia Malaysia.

Ena pun baru first time tengok model model catwalk atas pentas ni depan mata ena. Perrggghhh, memang cantik cantik semuanya, insecure pula rasa. Ahaks. Model lelaki pun apa kurangnya, meltinggg oooo. Aaauuuccchhh. Cuci mata sekejap ena. Ehem! Okay walaupun modelnya lawa dan gantang gantang belaka, tapi sila sila dan sila fokus pada beg Sembonia yang mereka peragakan. Itu yang lebih penting.

Serius, nampak bertambah smartttt lagi beg Sembonia diperagakan. Kalau tengok kat dalam kedai je, kita jadi pening nak pilih yang mana sesuai. So, bila tengok model model ni peragakan beg Sembonia, serba sedikit memberikan ena idea untuk berfesyen. Well, ena ni lemah sedikit dalam bab berfesyen ni. Ahaks.




  





Itu sahaja ena nak share mengenai design terbaru daripada  Sembonia. You all dialu-alukan untuk follow, like dan usya laman social Sembonia officially. Dibawah ini ena sharekan link bagi memudahkan you all untuk mendapatkan informasi lebih lanjut yang fresh dari pihak mereka.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:


Share

Other Article

DESIGN TERBARU DARI SEMBONIA | THE LIBERAL ART OF GEOMETRY
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
18.5.15

yang kuning tu cantik ena.. hehee.

internet ni kalau tak ada, boleh mati akal kan kita.. adeh..

Reply
avatar
19.5.15

design sunrise garden tu sangat menyerlah warnanya suka tengok..tapi pink jugak jadi pilihan :)

Reply
avatar
19.5.15

Lawanya beg kuning tu. Mahal tak ni. Dah rambang mata niii wuwuwu

Reply
avatar
19.5.15

macam best je.nak g survey2 la

Reply
avatar
19.5.15

cantiknyaa design sembonia yg baru

Reply
avatar
22.5.15

mmg tahan pun.. akak belikan sembonia untuk mak dia pakai 2 tahun x rosak lagi.. genuine leather mmg tahan.. lagi okay dari guess.. bayar mahal2 tp rosak cepat.

akak ske design yg pink2 tu.. kuning terang sngt =P

Reply
avatar
24.5.15

beg sembonia memang cantik. tapi harga dia boleh tahan la. hehe. beli time ada sale ^^

Reply
avatar
6.6.15

yang geometry kuning tu mmg sangat cantik!

Reply