Friday, May 29, 2015

JUADAH BERBUKA PUASA 2015 | U-CAFE WANGSA WALK



JUADAH BERBUKA PUASA 2015 | U-CAFE WANGSA WALK | Alhamdulillah, diberi peluang lagi sekali untuk membuat food review di U-Cafe, Wangsa Walk semperna bulan puasa yang bakal menjelma tak lama lagi pada tahun 2015.

Pada tahun ini, U-Cafe WangsaWalk menyediakan juadah berbuka puasa untuk semua secara buffet mahupun ala carte. Pilih la mengikut kesesuaian selera masing masing. Selain itu, restoran ini telah disahkan halal dan bersih untuk kita semua menjamu selera di sini. Selok belok mengenai U-Cafe ini, you all dijemput untuk membaca entri ena yang terdahulu di SINI . Seperti yang dinyatakan di entri tersebut, U-Cafe ini mempunyai dua cawangan iaitu di Wangsa Walk, Wangsa Maju dan Sungai Wang, Jalan Sultan Ismail. So, bagi mereka yang berada berdekat bolehlah singgah ke mari.


JUADAH BUFFET BERBUKA PUASA DI U-CAFE WANGSA WALK

Ena boleh dikatakan sudah banyak kali makan kat sini dan pastinya hampir semua makanan di sini sedap serta menyelerakan. Plating usah dicakaplah, memang tiptop dan cantik. Tengok platingnya yang kemas, secara automatik perut terus berbunyi dengan rancaknya. 

Seperti yang ena katakan di atas, U-Cafe WangsaWalk menyediakan juadah berbuka puasa secara buffet atau ala carte. Buffet adalah cara pengajian makanan dalam pesta atau restoran meletakkan atas meja yang panjang dengan satu bayaran. Kita boleh makan sebanyak mana yang kita mahu. 

Dibawah ini beberapa sajian yang ada untuk buffet di sini. 

KERABU IKAN. Comelkan dihias macam tu?? Ena tak sempat nak rasa, tapi partner foodhunter ena cakap sedap.

KURMA. Makanan sunnah untuk berbuka. 

BELACAN CHICKEN BOXING. Okay ena memang suka giler ayam ni. Sedap sangat!

Belacan Chicken Boxing dihias dalam cawan yang comel.

SUP DAGING. Sangat sedap, light dan tak overdose herba herba yang diletak. Sesuai makan panas panas ni untuk perut kita yang sedang kosong. 

Air minuman ni ena tak pasti apa namanya. Tapi sedap dan fresh walaupun rupanya sebegitu.


SAJIAN ALA CARTE RAMADHAN 2015 DI U-CAFE WANGSA WALK

Kalau you all nak berbuka dengan menu secara ala carte pun tiada masalah. Yela, masing masing ada keinginan tersendiri, tambahan pula masa tu bulan puasa. Selera jadi lain macam sedikit. Ahaks. Okay jom tengok menu yang menarik terdapat di U-Cafe WangsaWalk. Menu selebihnya you all boleh rujuk di Menu Menarik Di U-Cafe .

SEAFOOD PLATTER

COMBO PLATTER

DECONSTRUCTED CAESAR SALAD

ITALIAN BEEF BEEF CARBONARA WITH EGG YOLK

SIGNATURE COMBO MIXED  GRILLED

STICKY GRILLED PREMIUM LAMB RACK

FLYING FISH RICE WITH SOY SAUCE OR THAI SAUCE

COMBI EGG YOLK BUTTER CHICKEN AND SEASON VEGE IN YAM BASKET RICE

FRIED ASPARAGUS & PRAWN

BANGKOK JAZZ CRAB MEAT FRIED RICE IN LOTUS LEAF

NASI LEMAK KARI AYAM

THAI STYLE PAN GRILLED CHICKEN CHOP RICE WITH GREEN CURRY

CANTONESE KUEW TEOW WITH SEAFOOD

PENANG CURRY LAKSA
 
CHEF FRIED SEAFOOD 'YING YONG' NOODLE

NASI LEMAK

ASAM LAKSA WITH SARDINE FISH


BARISAN PARA FOOD BLOGGER

Alhamdulillah, dengan adanya event sebegini, ena dapat berkenalan dengan food blogger yang lain yang selama ni hanya berborak dilaman social. Ada yang ena dah banyak kali jumpa namun ena tetap rindu nak lepak dengan para blogger yang mempunyai niche sama dengan ena iaitu niche FOOD.






DETAIL U-CAFE WANGSA WALK, WANGSA MAJU

Mengenai serba sedikit tentang U-Cafe ini, ena pernah cerita pada entri ena yang dulu,  CLICK DI SINI dan you all dijemput untuk melawat ke sana ye. Terima kasih. Okay seperti biasa, dibawah ni ena share alamat dan fanpage mengenai U-Cafe.




Kalau you all nak buat catering, nak sambut birthday, parti bersama kawan kawan atau ahli keluarga, boleh hubungi pihak mereka. Nescaya layanan nombor satu dikenakan.


Alamat:
U-Cafe Wangsa Walk,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia


No. Tel: 
03 - 4131 9686 
019-3133668 (P.I.C.U-Cafe Rachel: Reservation & Inquiry)
  Facebook: 
U-CafeFanpage



More Nyummy Here

Wednesday, May 27, 2015

31: WORDLESS WEDNESDAY | KULA CAKES KUANTAN

WORDLESS WEDNESDAY | KULA CAKES KUANTAN | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.





MANGO CHEESECAKE, KULA CAKES KUANTAN


HARGA:
RM7

ALAMAT:
A96 Jalan Besar, 
25000 Kuantan,
Pahang

INSTAGRAM:

FANPAGE:

NO.TELEFON:
0179711396

More Nyummy Here

Tuesday, May 26, 2015

TUDUNG BAWAL DESIGN TERKINI | EXCLUSIVE BY LYEEN ROSLEE



TUDUNG BAWAL DESIGN TERKINI | EXCLUSIVE BY LYEEN ROSLEE | Kepada mereka penggemar tudung bawal dan mencari kelainan dalam design tudung bawal yang ada dipasaran sekarang, apa kata you all terjah di fanpage Exclusive By Lyeen Roslee. Owner fanpage ni seorang blogger dan juga bakal seorang tenaga pengajar, yang diberi nama Cik Lyeen. Apapun yang pasti dia memang seorang yang addicted dengan tudung bawal. Banyak sungguh koleksi tudung bawal yang dia ada. 

Ena pun suka pakai tudung bawal. Terutama bawal yang senang dibentuk dan kainnya sedap untuk dipakai. Bila Exclusive By Lyeen Roslee mengeluarkan satu tudung bawal designnya yang stylo, I am falling in love. Dah lama usya design tudung yang direka khas oleh Cik Lyeen, now dengan izin Allah, dapat juga satu tudung bawal design terkini dari Exclusive By Lyeen Roslee. 


KELEBIHAN TUDUNG BAWAL EXCLUSIVE BY LYEEN ROSLEE

Bagi ena, ena puas hati dengan sentuhan design dari Exclusive By Lyeen Roslee ni sebab cantikkkk! Bukan itu sahaja alasannya tapi banyak lagilah benda best. Antaranya seperti yang ena nyatakan dibawah ini:- 




1) Banyak style you all boleh gayakan, ena pun tengah cuba try test mempergayakan tudung bawal ni.

2) Potongan tudung pun tak senget benget. Ngam ngam bidang 45'.

3) Bcu tudung bawal ni bukan macam tudung bawal yang lain, berbentul oval dan kalau pakai seolah olah kita pakai ala ala tudung sarung.

4) Jahitan keliling bawal ni pun kemas, rata dan tak adalah lopong sana sini. Ena baru perasan ada ropol ropol sedikit dekat bucu tudung ni.

5) Harga pun berpatutan dan memang kalau lambat beli akan cepat habis. Kena tunggu batch yang lain pulalah kalau nak sebab tudung ni dijahit sendiri oleh ownernya.




KOLEKSI TUDUNG BAWAL EXCLUSSIVE BY LYEEN ROSLEE

Terdapat banyak corak dan warna yang lain yang dijual oleh Exclusive By Lyeen Roslee. Namun, masih banyak lagi design terbaru bakal muncul tak lama lagi. Benda handmade ni memang kena buat slow slow dengan sabar dan teliti. Kalau tak hasilnya memang tak tiptop dan kita yang para pembeli pun jadi tak puas hati. 

So, harap pembeli jangan lupa usya selalu di fanpage Exclusive By Lyeen Roslee atau buat carian dengan menggunakan hashtag #exclusivebylyeeroslee. Dibawah ni antara koleksinya:-









CARA HUBUNGI PIHAK EXCLUSIVE BY LYEEN ROSLEE

Dibawah ni beberapa detail mengenai Exclusive By Lyeen Roslee bagi memudahkan you all dalam urusan jual beli. InshaAllah, terjamin dipercayai dan ownernya pun seorang yang baik. Well, ena dah lama kenal dengan dia, malah dah pernah lepak sekali. Manis orangnya ada lesung pipit gittew, tapi well dah berempunya ya. Ahaks.

Okay, you all juga dialu alukan untuk memborong di sana, beli banyak banyak pasti dapat harga yang murah. Apapun, sila pergi terjah terlebih dahulu ye dan rebut peluang yang ada ini. Sinari hari anda dengan gaya tudung yang terkini dari #exclusivebylyeenroslee.






FANPAGE:

NO.TELEFON:
019 9973870

HASHTAG:
#ExclusiveByLyeenRoslee


More Nyummy Here

Monday, May 25, 2015

NASI KUKUS REMPAH CHICKEN RM3 | U-CAFE WANGSA WALK


NASI KUKUS REMPAH CHICKEN RM3 | U-CAFE WANGSA WALK | Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberikan masa yang sedikit ini untuk ena sampaikan satu berita yang menggembirakan bagi mereka yang sedang berjimat cermat dalam pembelanjaan. Terutama bagi para student seperti ena yang masih tiada lagi pendapatan yang tetap. 

Haa, kepada you all nak berbelanja dalam kadar yang rendah setiap hari, di U-Cafe WangsaWalk menyediakan satu promosi Nasi Kukus Rempah Chicken dengan RM3 sepinggan. HANYA RM3 termasuk service charge dan GST. Oh my! Kalau ena belajar kat UIAM Gombak, memang hari hari ena makan tengahari kat sini. Murah yang amat! Mana nak jumpa Nasi Kukus semurah dan sesedap ni kat tempat. Mungkin ada tapi ena belum sempat terjah lagi.




NASI KUKUS REMPAH CHICKEN

Nasi Kukus Rempah Chicken adalah nama yang diberikan oleh pihak U-Cafe Wangsa Walk, tapi bagi kita dah terbiasa sebut 'nasi kukus ayam berempah' betul tak?? Apapun, walau nama yang berbeza, makanannya tetap benda yang sama sahaja. Yang membezakan adalah harga yang murah, plating yang menyelerakan dan mempunyai rasa yang tersendiri

Nasi yang digunakan bukan nasi putih yang biasa, ada rasa lemak lemak sedikit. Sedap sangat. Lepas tu, ayam berempahnya sangat lembut dan sedap. Wajib makan sekali dengan rempah rempahnya sebab rempahnya yang menaikkan keenakkan nasi kukus ini.





Sambal belancan pula, bagi mereka yang tak tahan pedas seperti ena, sure mengalir air mata kalau makan benda ni. Menyengat! Tapi kalau digaulkan dengan nasi mungkin dapat kurangkan sedikit kepedasan sambal belacan ni. Namun, bagi mereka yang suka akan kepedasan, tiada masalah bagi you all dan yang pasti, you all wajib rasa nasi kukus di U-Cafe Wangsa Walk.

Kelainan nasi kukus kat sini, tiada kuah kari itu sahaja. Bagi ena yang kurang makan kuah yang berlemak ni, tak ada kuah macam ni memang dah cukup bagi ena sebab nasi nya sedap. Bukan nasi kosong. 




DETAIL MENGENAI PROMOSI NASI KUKUS REMPAH CHICKEN

Promosi Nasi Kukus Rempah Chicken ini telah bermula pada 25/5/2015 bertempatkan di U-Cafe Wangsa Walk. Bermula pada pukul 12pm hingga 2 pm. Kalau you all tengah dating ke lepak ke kat area Wangsa Maju ni, jangan lupa singgah kemari dan rasai kesedapan Nasi Kukus di sini. Murah pula tu dengan hanya RM3 sahaja.

NASI KUKUS REMPAH CHICKEN

Harga: RM3
Jam: 12pm - 2pm
Tarikh bermula: 25 Mei 2015



U-CAFE WANGSA WALK, WANGSA MAJU

Mengenai serba sedikit tentang U-Cafe ini, ena pernah cerita pada entri ena yang dulu,  CLICK DI SINI dan you all dijemput untuk melawat ke sana ye. Terima kasih. Okay seperti biasa, dibawah ni ena share alamat dan fanpage mengenai U-Cafe. 



Alamat:
U-Cafe Wangsa Walk,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

No. Tel: 
03 - 4131 9686 
019-3133668 (P.I.C.U-Cafe Rachel: Reservation & Inquiry)
  Facebook: 
U-CafeFanpage


More Nyummy Here

Monday, May 18, 2015

DESIGN TERBARU DARI SEMBONIA | THE LIBERAL ART OF GEOMETRY



DESIGN TERBARU DARI SEMBONIA | THE LIBERAL ART OF GEOMETRY | Semperna musim bunga dan musim panas pada tahun 2015, Sembonia telah mengeluarkan design terbaru yang bertemakan The Liberal Art Of Geometry. Tambahan pula baru baru ni merupakan sambutan Hari Ibu sedunia, Sembonia turut mengeluarkan design beg yang dikhaskan untuk Mother's Day. 

Di Sembonia bukan barangan untuk perempuan sahaja yang ada dijual, malah untuk kaum Adam pun turut disediakan. Ingat perempuan je ke nak bergaya, lelaki pun sama. Ahaks. Tapi bagi ena, sudah pasti ena akan usya barangan perempuan terutama beg tangan. Barangan lelaki ena kerling sedikit je, mana tahu bersesuaian dengan ayah dan partner foodhunter ena. 

Apapun, design yang direka khas oleh Sembonia semuanya sangat kemas, menarik, nampak class dan sesuai untuk golongan 30an dan kebawah. Golongan 30an keatas pun boleh je pakai, baru boleh fefeeling awet muda gittew. Ahaks. Okay, dibawah ni ena nak share beberapa gambar beg design terbaru yang ena sempat snap tempoh hari.


LIBERAL ART OF GEOMETRY

Mengikut kefahaman ena, Liberal Art of Geometry adalah berdasarkan corak geometry yang yang diterapkan pada beg terbaru dari Sembonia. Geometry adalah gabungan antara seni dan sains. Ia dikatakan sains kerana bermula dari kebenaran yang jelas dan tepat dan seni, malah seni pula ia tercipta dari satu binaan yang tertentu mengikut kreativiti seseorang. 




Beg tangan tersebut diperbuat dari jenis kulit yang berkualiti tinggi dan pastinya HALAL untuk dipegang. Mahalnya harga satu beg ini bukan terletak pada kualiti kulit sahaja tetapi proces pembikinan yang sangat teliti dan banyak teknik yang digunakan demi menghasilkan satu beg yang selesa untuk digunakan oleh kita semua.

Tambahan pula, warna pada beg tersebut turut melambangkan bahawa musim bunga dan musim panas sedang menjelma pada tahun 2015. Kuning yang menyengat bagi mata yang memandang. Selain itu, kalau you all pegang beg Sembonia keluaran terbaru ni, memang you all akan rasa kelainan dari segi struktur kulit dan berat beg ni. Sangat ringan dan memudahkan you all bawa kehulur kehilir tanpa lenguh.





SUNRISE GARDEN

Design Sunrise Garden diilhamkan oleh matahari yang terbit dengan mekarnya dan menunjukkan musim panas adalah adalah musim yang penuh dengan kegembiraan. Design ini juga menekan Urban Casual yang sesuai digayakan oleh masyarakat pada zaman yang serba modern ini. Namun, beg ini tidak menggunakan kulit tetapi menggunakan sejenis kain yang tahan lama dan pastinya berkualiti tinggi.






SPECIAL MOTHER'S DAY DESIGN

Ena berkenan dengan pattern beg yang ini sebab pink putih. Ahaks, ena kan hantu putih dan pink. Nampak suci dan bersih je. Rasa nak grab je satu haritu tapi sebaiklah hati ni kental. Kalau tak, melayang lagi duit ena. Tapi kalau grab satu pun memang puas hati dan ena tak akan menyesal sebab beg dari Sembonia memang terjamin tahan lama.




PARA MODEL PERAGAKAN BEG DARI SEMBONIA DI EAS COAST MALL

Baru baru ni, blogger Kuantan diberi peluang untuk pergi event The Liberal Art Of Geometry yang diadakan di East Coast Mall Kuantan, Pahang. Kami dijemput sebagai para media untuk memeriahkan lagi event ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Sembonia Malaysia.

Ena pun baru first time tengok model model catwalk atas pentas ni depan mata ena. Perrggghhh, memang cantik cantik semuanya, insecure pula rasa. Ahaks. Model lelaki pun apa kurangnya, meltinggg oooo. Aaauuuccchhh. Cuci mata sekejap ena. Ehem! Okay walaupun modelnya lawa dan gantang gantang belaka, tapi sila sila dan sila fokus pada beg Sembonia yang mereka peragakan. Itu yang lebih penting.

Serius, nampak bertambah smartttt lagi beg Sembonia diperagakan. Kalau tengok kat dalam kedai je, kita jadi pening nak pilih yang mana sesuai. So, bila tengok model model ni peragakan beg Sembonia, serba sedikit memberikan ena idea untuk berfesyen. Well, ena ni lemah sedikit dalam bab berfesyen ni. Ahaks.




  





Itu sahaja ena nak share mengenai design terbaru daripada  Sembonia. You all dialu-alukan untuk follow, like dan usya laman social Sembonia officially. Dibawah ini ena sharekan link bagi memudahkan you all untuk mendapatkan informasi lebih lanjut yang fresh dari pihak mereka.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:


More Nyummy Here