RESTORAN SAYANG MANIS | BANTING

by - Sunday, April 26, 2015


RESTORAN SAYANG MANIS | BANTING | Sayang Manis, bertambah tambah sayang saya kat awak tau. Ehhhh! Hahaha. By the way, jangan salah sangka. Sayang Manis ni adalah nama restoran yang terdapat di Banting. Restoran ini menyediakan makanan ala ala Barat seperti pasta, chicken chop, steak dan laksa Johor pun ada. Bak kata partner ena, Chicken Chop kat sini memang tiptop setakat ni. 

Ena teringin nak rasa Chicken Chop kat sini tapi memandangkan masa ena pergi tu waktu tengah hari, so ena pilih nasi sebagai santapan ena. Macam biasa, ena cuba try test nama menu yang agak rare bagi ena dan menu yang tak pernah lagi ena rasa kat mana mana restoran sebelum ni. 



FEEDBACK ENA TERHADAP RESTORAN SAYANG MANIS



Sangat berpuas hati dengan makanan kat sini. Selesa, tenang dan pelayan pun mesra. Walaupun harga agak auumm aummm sedikit, sedikit jelah tapi berpatutan dengan kualiti serta kuantiti makanannya. Dah la sedap, banyak pula tu. Ena makan sampai kenyang la, tapi still masih belum habis. Puas!

GST dikenakan Ada nombor ID GST pada resit pembelian restoran ini. So, tak perlu risau dengan penipuan atas pembayaran di sini. Makanan pun Halal untuk dimakan.



LOKASI RESTORAN SAYANG MANIS BANTING

Dibawah ni ena kongsikan alamat untuk ke sini. Available for Waze. Hehehehe.

Restoran Sayang Manis,
No 70, Jalan Bunga Pekan
42700 Banting



MENU MAKANAN YANG ENA ORDER DI SAYANG MANIS BANTING


Laksa Johor

Baked Rice Cheese Chicken.

Asam Boi Ice


Besar gedabak air Asam Boi kat sini. Penuh perut den, sedap pula tu. Terbaiklah makan kat Restoran Sayang Manis ni. Lain hari, ena ke sini nak try Chicken Chop dengan Steak pula. Nyummm! Tak sabar pula rasanya nak buat foodhunting kali kedua kat restoran ni. Semoga Allah permudahkan urusan. Amin, InshaAllah.


You May Also Like

8 Comments

  1. Nak Baked Rice Cheese Chicken tuuu. hehe. kalau g sane nak try la nnt ^^

    ReplyDelete
  2. haha comel betul nama restoran ni

    ReplyDelete
  3. bestnyaa makan makan...hehe..makin comel la dieee

    ReplyDelete
  4. Perghh..mengancam sungguh! Mujur tak berapa nak diet sangat ni. Nanti nak try la kalau gi sana hehe :D

    ReplyDelete
  5. tgk ina ainaa makan..tp xpernah gemukss..bestnyaa

    ReplyDelete
  6. Baked Rice Cheese Chicken tu sangat menggoda tau! nanti nak try

    ReplyDelete
  7. Tengok Baked Rice Cheese Chicken nampak menarik gak... tapi tang laksa johor macam pelik skit sebab kuah banyak betul kuahnya...

    ReplyDelete