Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, April 16, 2015

RESTORAN ARAB TERKENAL DI KUANTAN | ZAMZAM ARABIC FOOD



RESTORAN ARAB TERKENAL DI KUANTAN | ZAMZAM ARABIC FOOD |  Dah lama juga ena tak pergi jadi foodhunter sejak membusykan diri dengan kerja kuliyah dan kerja peribadi. Pada minggu ni, alhamdulillah ena diberi kesempatan untuk pergi memburu makanan di salah sebuah restoran Arab di area bandar Kuantan. Nama restoran tersebut adalah ZamZam Arabic Food

Memandangkan pada ketika itu abang ena dengan family dia (his wife and his children) ingin menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke-8, so ena pun tengah free eloklah join menyambut sekali dengan mereka di restoran ini. Selain itu, ena baru pertama kali makan kat sini, so agak excited juga nak rasa makanan Arab di ZamZam Restaurant.


LOKASI ZAMZAM ARABIC FOOD RESTAURANT


ZamZam Arabic Food ini terletak betul betul berhadapan dengan Berjaya Mall Kuantan dan juga berdekatan dengan CIMB Bank dicawangan sini. Dibawah ni ena sharekan alamat restoran ini supaya memudahkan you all untuk waze ke mari sekiranya you all masih kurang arif jalan di dalam Bandaraya Kuantan.


ZamZam Arabic Food Restaurant.
No B2, Jalan Tun Ismail 1,
Sri Dagangan 25000,
Kuantan Pahang.




OVERVIEW ZAMZAM ARABIC FOOD RESTAURANT

Ena sangat berpuas hati dengan keadaan restoran ini sebab suasananya yang sangat selesa, kemas teratur dan penghawa dinginnya sangat menenangkan. Yang paling penting, dalam restoran ini kebersihannya sangat terjaga dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Almaklumlah, ena ni memang sangat pentingkan kebersihan terlebih dahulu kalau nak pilih tempat makan. 




Selain itu, para pelayan di restoran ini juga sangat kemas outfit mereka dan sangat bersungguh sungguh melayan kami sebagai tetamu ni. Tidak hairanlah kenapa restoran ini sentiasa ramai dengan pelanggan. Serius, masa ena pergi ni, ramai sungguh orang datang ke mari.

Tambahan pula, TIADA GST dikenakan disini malah harga makanannya tidak terlampau mahal dan sangat berpatutan. Makanan dan minuman kat sini pun semuanya sedap. Oleh itu, you all tidak akan menyesal makan di sini.



MASA OPERASI ZAMZAM ARABIC FOOD RESTAURANT

ZamZam Arabic Restaurant di Kuantan ini you all boleh booking dan reservation tempat ini untuk melakukan sebarang aktiviti seperti parti, sambutan hari jadi atau jamuan bersama rakan sejagat di sini. Di bawah ni ena share masa dan hari restoran ini beroperasi.


OPEN DAILY
Time: 11am - 10pm
Brunch, Lunch dan Dinner
Tel. No: 09 5130045 / 09 5150046



MENU YANG ENA TRY DI ZAMZAM ARABIC RESTAURANT

Grilled Lamb Chops. Pilihan ena. Daging kambing yang sangat lembut dan tidak berbau. Cicah dengan sos dan miyonis direka khas.

Lamb Haneeth. Daging yang sangat lembut, mudah putus dan tidak berbau hanyir kambing.

Jamaica Juices. Gambungan antara Fresh Carrot dan Fresh Orange. Pilihan ena dan gambungan rasa air yang sangat sedap.

Baba Ghanouj. Rupa lebih kurang macam roti canai tapi yang ni lagi besar diameternya. Ada sos khas untuk dimakan dengan Baba ni.

Chicken Mendy. Maaf tak sempat nak rasa yang ini tapi anak buah ena cakap sedap. Mereka makan sampai licin licau.



ZamZam Arabic Food Restaurant juga ada cawangan di Shah Alam dan Kuala Lumpur. So bagi mereka yang berada di sana, bolehlah datang ke restoran ini. Nescaya you all akan berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang diberikan oleh pihak ZamZam Arabic Food Restaurant. Itu sahaja perkongsian ena, selamat mencuba~



CAWANGAN KUALA LUMPUR

ZamZam Arabic Food Restaurant
135, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan



CAWANGAN SHAH ALAM

ZamZam Arabic Food Restaurant
Jalan Tengku Ampuan Zabedah G9/G,
Seksyen 9 40100,
Shah Alam, Selangor



Share

Other Article

RESTORAN ARAB TERKENAL DI KUANTAN | ZAMZAM ARABIC FOOD
4/ 5
Oleh

11 Comments

Tulis Comments
avatar
16.4.15

Nampak macam sedap je. Selalu lalu kat restoran ni. Nak pergi tapi ada yang menghalang. Nanti boleh laa try :D

Reply
avatar
17.4.15

Kalau pergi Kuantan boleh la isi perut kat sini

Reply
avatar
17.4.15

memang menarik nasi arab tu...dah lama tak makan...kena pi cari kat pekan yang dekat dengan rumah ni....

Reply
avatar
17.4.15

Wahhh.. Semuanya menyelerakannnn.. Slurrppp

Reply
avatar
17.4.15

wah....tergodanya...boleh g try nanti

Reply
avatar
17.4.15

bila mkn lamb / daging ni keutamaan mmg pada lembutnya daging . seksa tau klu daging liat . mau patah gigi ... hehehee

Reply
avatar
17.4.15

Nasi arab di zamzam restaurant ni memang boleh dipuji. Akak pernah cuba di cawangan shah alam :)

Reply
avatar
20.4.15

perghhh.lapar la pulak baca entry ni

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-jadi-jururawat.html

Reply
avatar
21.4.15

Berpinar mata tengok juice jamaica tu dik..menariknya...laaa kt kl pun ada kt jln TAR kan...pernah nampak restoren ni...hubby kata mmg sedap...

Reply
avatar
21.4.15

owwhhh.... ada cawangan kat kl dan shah alam... boleh la cuba nanti...btw Nama ZAM ZAM ni unik kan...

Reply
avatar
30.4.15

kalau restaurant arab ni banyak menu berempah je la..mesti cepat kenyang kan sebab agak banyak portion tu

Reply