RESEPI BARU DAN TERBAIK DI BOAT NOODLE | BERJAYA TIMES SQUARE | Ini merupakan kali pertama ena merasai makan Boat Noodle walaupun lebih kurang setahun sudah Boat Noodle ini meluaskan perniagaannya di Malaysia. Ramai jugalah yang dah merasai Boat Noodle ni dan ramai diantara mereka memberi feedback yang positif mengenai menu menu kat sini.
Selama ni, ena meletakkan kedai makan Boat Noodle ini dalam senarai tempat tempat foodhunting ena. Namun, dengan izin Allah, kali ini ena diberi peluang untuk buat food review di sini sambil menikmati kesemua menu terbaru di Boat Noodle. Pendek kata, ena memang dah lama craving nak merasai Boat Noodle ni sambil menimba pengalaman, akhirnya termakbul juga keinginan ena selama ini. Terima kasih blogger terkenal Bro Framestone telah menjemput ena dan kawan kawan blogger yang lain. Alhamdulillah.
BOAT NOODLE
Mari ena nak cerita serba sedikit mengenai apa sebenarnya boat noodle ni. Boat noodle atau lebih mudah dipanggil mi sampan adalah makanan dari Thailand / Thai Cuisine yang mempunyai perisa atau rempah ratus yang sangat kuat. Mi sampan ini telah tercipta sejak zaman Plaek Phibunsongkhram pada tahun 1942. Tolak tambah lebih kurang dah 73 tahun. Selain iru, mi sampan ini dijual dari boat yang melalui terusan di Bangkok iaitu ibu negara Thailand.
Mengapa mangkuk mi sampan ni bersaiz kecil?? Haa kalau nak tahu, sila teruskan pembacaan you all sampai habis. Okay, hal ini disebabkan pada zaman dahulu, ada seorang pedagang yang mi boat di atas perahu yang kecil. Dia merupakan satu-satunya perniaga kecil yang mempunyai kebolehan melakukan semua kerja seorang diri seperti dayung perahu, membakar mi, buat sup, dan pelbagai lagilah demi melariskan jualan mi sampannya. Oleh itu, bagi pemuda tersebut, agak sukar bagi dirinya untuk melakukan kerja sekiranya mangkuk mi sampan itu terlalu besar. Malah akan menyusahkan para pembeli untuk makan mi sampan di atas tanah yang kemungkinan besar boleh tertumpah mi tersebut. Sebab itu pemuda tersebut memilih mangkuk yang kecil dan memudahkan bagi semua pihak.
Sebab itu kalau datang mana mana cawangan Boat Noodle seperti Times Square, Empire Damansara, Jaya One dan Klang Parade, mangkuknya pasti bersaiz kecil sebab mereka mahu mengekalkan identiti sejarah hidangan tersebut.
RESEPI BARU DAN TERBAIK DI BOAT NOODLE
Pathumthani Beef and Thai Chicken Rice Noodles
Ayutthaya Beef and Chicken Thai Rice Noodles.
Haaa ini dikatakan Mi Sampan. Nampak semua macam sama je kan. Tapi sebenarnya berlainan rasa dan bahan di dalam Thai Rice Noodle ni. Kalau nak tahu perbezaannya, melalui kelikatan dan kepekatan kuahnya. Serius sangat sedap! Tapi seperti yang ena cakap kat atas, saiz mangkuk boat noodle ni kecil comel je.
Thai Popeye's Tempura
Diberi nama Popeye sebab seperti yang kita tahu dalam cerita Popeye dia akan makan spinach atau Melayunya adalah Bayam, untuk menjadi lebih kuat. So, Thai Popeye's Tempura ini adalah sayur bayam yang disalut tepung dan digoreng segar. Menu ini juga merupakan makanan ringan yang sihat dan mesti dimakan dengan "Jelaga-Yot" dip iaitu dalam bahasa Thai bermakna "Teruja".
Yum Mama
Yum Mama adalah mi segera Thai yang dimasak dengan sos khas, kepingan sosej ayam, ketam kayu dan sayur sayuran.
Yum Meatballs
Yum Meatball ni memang sedappppp. Terasa daging yang digunakan sangat fresh dan bukan sebarang meatball digunakan. Sos yang ditabur atas Meatball ni pun rasa lain dari yang lain. Malah ada dua jenis daging mengikut keserasian tetamu iaitu ayam dan daging lembu. Yang pasti HALAL.
Bangkok Omelet with "Sood Yut"
Bagi mereka yang penggemar telur dadar, haa cuba try yang ini. Direka khas oleh pihak Boat Noodle. Yang menaikkan rasa telur dadar ni adalah sos secret recipes yang warna oren tu. Perghhh, terbaiklah. Malah telur dadarnya sangat lembut dan rasanya sangat segar.
Kra-Pow Chicken Rice
Kra-Pow merujuk kepada Thai Daun Basil. Ena paling suka menu yang ini, rasanya yang sangat sedap dan menyelerakan. Walaupun chicken minced tu pedas yang teramat sangat, tapi bila makan dengan nasi tu, satu kombinasi yang sangat mantap! Ena sarankan, kalau you all nak kemari, jangan lupa order yang ini.
Chicken Wings
Bagi yang suka makan makanan yang masin masin tu, you all should try chicken wing ni. Memang masin macam ikan masin gittew. Pelikkan?? Pelik tapi sedappppp sangatttt. Ena suka chicken wing ni. Kalau makan dengan nasi, for sure tak terasa masin sangat.
Ka Num Tuay
Salah satu pembuka selera you all. Kuih ni boleh dijamah selepas atau sebelum makan makanan yang berat. Rasa kuih ni tak adalah istimewa mana sebab rasanya lebih kurang macam Kuih Pelita. Tapi yang pasti Ku Nam Tuay ni memang sangat sedap, cukup manis, cukup lemak dan cukup awesome!
Ice Blended Green Tea and Ice Blended Thai Tea
Serius, kalau you all datang kemari tapi tak rasa kedua dua jenis air tea ni memang rugi sangat. Sedap! Ena dampai order 4 kali. Rasa tea nye memang terbaiklah, pekat. Ena dulu pernah rasa pure tea Thai ketika pergi Thailand dulu, memang sebijik macam yang ini rasanya malah kat Boat Noodle ni lebh sedap dan menyelerakan.
Fresh Blended Thai Coconut
Air Coconut ni memang paling sedap yang pernah ena rasa. Freshhh sangat! Kalau tengah panas badan atau cuaca tengah panas, eloklah pilih air kelapa ni.
FOOD NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE
Kali ini ena makan Food Noodle di cawangan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Memang sangat selesa dan sangat bersih Food Noodle kat sini. Suasan pun tidak terlampau crowded dengan orang lalu lalang membeli belah. Memang tempat Food Noodle kat Berjaya Times Square ini sangat strategi untuk kita menjamu selera dengan aman dan tenteram.
Ada banyak cawangan Food Noodle di Malaysia ni, so bagi mereka yang berdekatan di area tempat kat bawah ni, jangan lupa datang kemari untuk merasai kelainan Thai Cuisine yang pernah you all cuba sebelum ini.
Cawangan
1) Empire Damansara
2) The School at Jaya One
3) Ikon Cheras
4) Berjaya Times Square
5) Publika
6) Sutera Mall Johor Bahru
7) Gamuda Walk Kota Kamuning
8) Klang Parade
9) D'Pulze Cyberjaya
HUBUNGI PIHAK BOAT NOODLE
Kepada yang ingin ketahu dengan lebih lanjut mengenai Boat Noodle ni, bolehlah lawat ke fanpage Boat Noodle ni laman social Facebook. You all dijemput untuk like fanpage mereka untuk mengikuti maklumat lebih lanjut mengenai menu, event dan pelbagai di sana.
FACEBOOK:
15 Comments
nak pi jugak nanti sebab dah kecur air liur tengok ena makan. Hahahah ^^
ReplyDeleteWahh mengancam sume makanan! Wuhu dapnyerr.. Lawa style shawl :-*
ReplyDeleteMcm menarik ni...boleh masuk list must try
ReplyDeletetak tegur kite pun
ReplyDeleteSelalu kalau dtg Time Square jarang singgah mkn tempat2 mcm ni. Kalau singgah nnt nak try juga. Tengok cam sedap je..
ReplyDeletetudung ina cantik ;)
ReplyDeletemenyelerakan sangat... tergugat iman tau~~ :D
ReplyDeletep/s: datang singgah dari blog www.haneeza.com
Good review dik ena...Kra Pow tu nanti akak nak cuba, mmg nampak mcm sedap, air tu semua pun menarik wallllaaaaaaa....eh minggu lepas sis pi times square pi sekejap je sbb ada hal, pastu ada satu awek tanya kak julia kt mana boatnoodles ek...halamakkkk kak ju ckp pernah baca review, tp tak tau kt tingkat berapa hahahahha....mesti diorang dok baca review korang ni la...cemerlang
ReplyDeleteMacam2 ada .. trliur tgk mee tue .. ingtkn ina makan keempat mee dlm mgkuk tue ..beza ..tpi seakan sama
ReplyDeletesis mmg suka makanan ala thai ni ... byk gak jenis hidangannya . yg ptg ada cawangan kat cyberjaya . dekat dgn tpt sis lah ...
ReplyDeletetergodaaa tengok semua ni..huhuhu..memang food hunter ena nie..
ReplyDeletemakan sini kena perut kosong.. bru berbaloi.. kalo dak smangkuk dua saja.. lepas tu full.. x rock la makan sikit2 ahahaha..
ReplyDeletedekatnya! Dah lama cari kedai ni. Sedapnya tengok sis makan :)
ReplyDeletememang halal ye?
ReplyDeletemcm sedap je..
ReplyDeletedan kak inanya comel sgt..