Thursday, April 09, 2015

PAKMI NASI LEMAK KEPAK TERBAIK | BANTING



PAKMI NASI LEMAK KEPAK TERBAIK | BANTING | Perkongsian ringkas kali ini ena nak share senarai pemburuan makanan ena seterusnya iaitu kedai makan terbaik di sekitar Banting. Memandangkan partner ena berasal dari Banting Selangor, so baru baru ini dia ajak ena untuk makan satu kedai makan nasi lemak yang memang femes di area Banting. Kedai makan tersebut diberi nama PakMi Nasi Lemak Kepak.

Kedai PakMi Nasi Lemak Kepak ni bukanlah kedai yang berbumbung seperti kedai makan mewah yang lain. Hanya peniagaan kecil kecilan. Namun walaupun nampak sebegitu, nasi ayam kepaknya sangat dikenali. Ena datang makan kat sini, memang ramai yang datang kemari untuk menikmati kesedapan nasi lemak kepak bersama orang yang tersayang.


LOKASI PAKMI NASI LEMAK KEPAK

Pakmi Nasi Lemak Kepak ini terletak di Jalan Sultan Abdul Samad atau lebih dikenali jalan besar Banting. Kedai makan ini terletak berhadapan dengan Balai Bomba Banting dan berada di antara dua blok kedai. Jika you all dari arah Klang / Kuala Lumpur/ Shah Alam, kedai makan ini berada di sebelah kiri selepas traffic light.

Mungkin orang Banting tahulah kat mana. Kalau orang luar, boleh cari Balai Bomba sebagai penanda untuk ke kedai makan ini. Tak pun, boleh rujuk waze di bawah ini.


Waze Pakmi Nasi Lemak Kepak: http://waze.to/lr/hw280jb6d2



KUALITI DAN KUANTITI

Alhamdulillah, bagi ena kedai PakMi Nasi Lemak Kepak ini memang sangat menjaga kebersihan dan keselesaan para pelanggan. Walaupun hanya kecil kecilan, tapi ena berpuas hati makan kat sini. Tiada bau yang kurang menyenangkan malah ena sangat selesa lepak kat sini.

Rasa nasi lemak kepak kat sini memang betul betul cukup keenakkannya. Terutama sambal nasi lemak ni, menaikkan lagi selera para pemakan. Banyak pun banyak, mengenyangkan bagi ena.




Kalau datang makan kat sini, jangan lupa order Sotong Raja ni. Makan sekali dengan nasi lemak kepak tu. Memang satu kombinasi yang mantop! Kalau tak nak makan dengan nasi lemak pun tiada masalah tapi you should try this one. Kalau tak beli, memang rugilah.


HARGA PAKMI NASI LEMAK KEPAK

Harga nasi lemak kepak kat sini, Alhamdulillah, bagi ena boleh dimiliki oleh orang lain. Berpatutan dengan kualiti dan kuantiti nasi lemak kepak ni. Oleh itu, bagi mereka yang berada di area Banting ni dan tak tahu nak lepak kedai makan kat mana, bolehlah datang kemari.

PakMi Nasi Lemak Kepak ini buka pada waktu petang hingga ke malam. Ena tak pasti pula hari bila kedai ni tutup. Kalau ada rezeki lagi, anti ena review lagi sekali mengenai kedai makan ini, inshaAllah



More photos on My INSTAGRAM:-



Share

Other Article

PAKMI NASI LEMAK KEPAK TERBAIK | BANTING
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
10.4.15

sotong raja tu macam sotong celup tepung ke?

Reply
avatar
11.4.15

yummy..sedapnye... memang selalu like like kat ig ena pon..hihi..sorii lame tak singgah sini.. :D

Reply
avatar
16.4.15

brapa kali p banting ni asyik x singgah Pakmi ni.. slalu gak jalan2 sana kalo balik bangi huhu.. tapi sotong tu first time tengok..

Reply
avatar
21.4.15

Nasi lemak kalau makan dengan sudu garfu memang elak amik kepak... kalau tak memang kena guna tangan je la kan....senang skit...hehehehe

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)