Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, April 21, 2015

NASI LEMAK SOTONG TERBAIK DI BANTING | WARISAN PAK MUSA


NASI LEMAK SOTONG TERBAIK DI BANTING | WARISAN PAK MUSA | Ena kalau stay kat Banting ni, mesti tak sampai seminggu boleh jadi gemuk. Boleh dikatakan kedai makan kat sini semuanya sedap belaka. Dengan harga yang sangat murah kalau nak dibandingkan di tempat lain. Tak kisah dengan harga, yang paling penting adalah kepuasan bila makan sesuatu makanan tersebut.

Short perkongsian mengenai satu kedai makan di Banting yang menyediakan nasi lemak sotong yang terbaik dan menjadi pilihan penduduk Banting untuk sarapan di situ. Tidak kira agama dan bangsa, baik Melayu, Cina dan India. Nama kedai tersebut adalah Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa.


FEEDBACK DARI ENA MENGENAI NASI LEMAK SOTONG PAK MUSA



Ini merupakan kali kedua ena makan kat sini dan setiap kali makan kat sini mesti rasa tak cukup satu pinggan. Hal ini disebabkan, nasi lemak sotong kat sini tersangatlah sedap dan harga pun murah. Makan untuk dua orang sekali air, harga bawah RM10.

Nasihat ena, kalau nak pergi kat sini you all kena datang cepat Kalau tak, tak dapat tempat duduk lah malah makanan pun cepat habis. Setiap hari mesti dan pasti ramai pelanggan yang datang, mengikut apa yang diperkatakan kepada ena dari penduduk di sana. 


LOKASI NASI LEMAK SOTONG WARISAN PAK MUSA

Kedai makan nasi lemak sotong Warisan Pak Musa ini berdekatan kedai Marsum Driving School dan bersebelahan dengan Angah Sate. Alamatnya dibawah ni


Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa
Jalan Suasa 1,
42700 Banting, Selangor.



Share

Other Article

NASI LEMAK SOTONG TERBAIK DI BANTING | WARISAN PAK MUSA
4/ 5
Oleh

9 Comments

Tulis Comments
avatar
21.4.15

Adoiii terus rasa lapar ni. Mmg murah laa mkn berdua harga camtu

Reply
avatar
21.4.15

sedapnyaaaa oii :D

Reply
avatar
21.4.15

abang man kalau makan nasi lemak tak biasa makan janggut tu kalau yang keping-keping tu okey.... banting masih terkawal lagi la harga makan di sini

Reply
avatar
21.4.15

amboi kau punya sambal! menggoda kau!

Reply
avatar
23.4.15

wah. bestnye kalau dapat nasi lemak sotong memalam nih

Reply
avatar
30.4.15

sedapnya dapat makan nasi lemak sambal sotong tu

Reply
avatar
5.6.15

dkt lah dgn tempat saye..sepang..boleh pergi ni

Reply
avatar
13.12.15

Memey sdp. Dulu pak musa niaga sblh panggung wayang banting. Kegemaran sy sejak kecil lagi.

Reply
avatar
20.8.16

Dkt bnting makanan masih murah 😉

Reply