Tuesday, April 21, 2015

MEDAN IKAN BAKAR | RESTORAN TASIK IDAMAN | DENGKIL


MEDAN IKAN BAKAR | RESTORAN TASIK IDAMAN | DENGKIL | Pada hari Sabtu lepas, ena buat short escape disebabkan agak tertekan dengan study dan pelbagai lagi kat Kuantan ni. So, ena ambil cuti yang singkat ini untuk ke Kuala Lumpur dan mengembalikan ketenangan diri. Macam biasalah bila ena cuti, aktiviti yang ena akan lakukan adalah pergi terjah tempat makan yang belum pernah ena try.

So kali ini short entry dan juga short perkongsian dari ena mengenai satu restoran yang diberi nama RestoranTasik Idaman yang terletak di Dengkil, Selangor. Restoran Tasik Idaman ini memang sangat terkenal dengan keindahan, kemeriahan dan keunikan suasananya. Masa ena datang kemari untuk makan malam, sememangnya tempat ni dipenuhi dengan orang. So ini bermakna restoran ini memang terkenal dan for sure makanan pun mesti sedap belaka.


KEISTIMEWAAN RESTORAN TASIK IDAMAN 



Perkara pertama yang membuatkan ena tertarik untuk makan kat sini adalah kita boleh menikmati makanan dan permandangan di atas tasik. Di restoran ni terdapat banyak port yang boleh kita pilih untuk duduk tetapi ada satu port ni berada di atas tasik. Itulah buat ena tergoda nak cuba try test makan di restoran ni.

Bila duduk kat port ni, memang akan terasa bergoyang goyang disebabkan benda ni terbina di atas air. Perghhhh, itu yang syok tu, baru ada rasa kelainan disitu. Ditambahkan pula dengan angin tasik yang tenang dan selesa, menambahkan lagi keseronokkan ena makan kat sini. Tiada langsung bau hanyir busuk dari tasik. Terbaiklah! Mesti Tasik Idaman ni dijaga dengan rapi.


MAKANAN YANG DIPILIH

Ena dengan partner foodhunter ena jadi rambang mata sebab tak tahu nak order menu yang mana satu. Semua menu nampak sangat menyelerakan, tapi memang sedap pun makanan yang kami order kat sini. Sangat berpuas hati. Bagi ena, harga makanan kat sini pun sangat berpatutan dengan kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan. Kalau datang memang tak menyesal la.


For sure kami pilih makanan laut, nama pun medan ikan bakar. Tapi tak pilihi ikan kali ni sebab nak tekak teringin nak makan yang siput siput ni. So kami pilih kepah sebagai menu utama pada malam tersebut. 

Jom tengok menu lain yang kami pilih.




Kepah Masak Pedas

Khailan Ikan Masin

Sotong Goreng Tepung

Sup Daging



LOKASI RESTORAN TASIK IDAMAN


Dibawah ni ena share alamat untuk ke restoran ini supaya you all mudah untuk search ke mari. Mungkin agak pendalaman sedikit tetapi jangan risau sebab kat sini ada je kereta lalu lalang. Tak sunyi dan tak gelap. Ada lampu jalan disediakan.



Restoran Tasik Idaman
44A, Jalan Idaman 84/89,
Batu 26, Jalan Jenderam,
Dengkil,
Selangor


Share

Other Article

MEDAN IKAN BAKAR | RESTORAN TASIK IDAMAN | DENGKIL
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
21.4.15

Kepah masak pedas, wauuuuu marbelas...pertama kali dengar nama tempat ni dik...romantik rasa makan kt situ kan...best yerrr....

Reply
avatar
21.4.15

waaaa nak pegi lah jugak :D

Reply
avatar
21.4.15

Nice.... boleh tahan gak selera makan Ena yea... tapi kalau datang sini better lepas pukul 9 malam sebab ada DJ...boleh tuju lagu ataupun nak karaoke... memang layan laa

Reply
avatar
30.4.15

lama tak makan kepah..masak pedas² sedap tu.

Reply
avatar
26.11.15

thank you ina aina kerana sudi bertamu ke lokasi kami..dan mohon maaf jika ade ke kurangan dari pihak kami..
dan jangan lupa like page kami di restoran tasik idaman entertaiment....smile always...

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)