Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, April 12, 2015

KOLEKSI GAMBAR | AISKRIM KHAS UNTUK PEREMPUAN PMS



KOLEKSI GAMBAR | AISKRIM KHAS UNTUK PEREMPUAN PMS | Aiskrim ini bukanlah untuk mengurangkan sakit ketika datang haid tetapi ianya hanya label pada aiskrim sahaja. Bagi mereka yang ada habit suka makan aiskrim ketika PMS, memang sangat sesuai makan aiskrim sebegini rupa. Kan best kalau kat Malaysia pun ada aiskrim jenis macam ni yang memahami selok belok perasaan kaum hawa ketika PMS. Well, Enalah orang yang pertama yang akan beli aiskrim ni.

Manusia yang mencipta design pada aiskrim ini adalah designer dari Texas iaitu Parker Jones. Label aiskrim tersebut berbunyi "PMS Ice Cream" menunjukkan kefahaman terhadap perasaan perempuan yang sedang PMS dan mempunyai habit mentelaah aiskrim sekiranya 'masa itu' telah tiba. Terdapat pelbagai perisa untuk aiskrim ini seperti "I Need Some More" Mint Chocolate Chip, "Don't Come Near Me" Rocky Road dan "I Think I'm Dying" Strawberry. Haaa menarikkan, kreatif betul.


APA ITU 'PMS'?


PMS adalah detik detik pemulaan hari menstruasi atau kedatangan haid pada setiap bulan. Ketika PMS, hormon wanita akan menjadi tidak berapa stabil dan sekali gus menyebabkan perasaan dan emosi seseorang itu berubah. Seseoramg itu mudah menjadi marah, kemurungan, kurang atau bertambah selera makan dan sebagainya lagi. 

Selain itu, ada sesetengah wanita mengalami period pain seperti sakit di bahagian rahim, bahagian pinggang, bahagian peha dan bahagian kepala yang amat sangat. Hal ini menyebabkan lagi bertambahnya mood yang tidak stabil dan juga satu perkara yang tidak menyenangkan terhadap diri seseorang perempuan itu. 


GAMBAR AISKRIM KHAS UNTUK PEREMPUAN PMS

Dibawah ini ena nak share bagaimana rupanya aiskrim PMS ni. Ena dapat dari satu sumber di internet dan ena tertarik untuk kongsikan bersama sama dengan you all. Jom lihat. P/S: Sebagai satu pendedahan sahaja.









Comel betul warna bekas aiskrim ni. Dah macam bentuk bekas color water je. Okay tetiba craving nak rasa aiskrim ni. Ahaks. Sekejap lagi nak beli aiskrim Magnum la, tekak memberontak nak makan aiskrim pula. Itu sahaja perkongsian ena kali ini. 



Share

Other Article

KOLEKSI GAMBAR | AISKRIM KHAS UNTUK PEREMPUAN PMS
4/ 5
Oleh

7 Comments

Tulis Comments
avatar
13.4.15

bekas ais krim tu dah mcm bekas water kaler lak . klu buat bentuk buah pear lagi cantik kot ... heeee

Reply
avatar
13.4.15

alaaa....comel je bekas2 dia.. berkenan tgk yg hijau n coklat tu..slurppppp

Reply
avatar
15.4.15

kalau ada tasha pun nak beli

Reply
avatar
16.4.15

betul.. kalo ada kat mesia alangkah cutenya.. kalo x pms pun rasanya nak p beli gak..

Reply
avatar
17.4.15

Hoho.. Eskrem untuk perempuan yang. Sedang pms.. Wah
Mcm mcm..

Reply
avatar
27.4.15

mmg de ke eskemm mcm ni...rasa pe ye...heheh

http://lonafreak.blogspot.com

Reply
avatar
30.4.15

comelnya packaging dia.

Reply