Tuesday, March 10, 2015

TIMBA PENGALAMAN SEBAGAI PELADANG | FARM IN THE CITY


TIMBA PENGALAMAN SEBAGAI PELADANG | FARM IN THE CITY | Alhamdulillah, diizinkan Allah, ena berpeluang untuk melawat Farm In The City, dimana kita boleh pegang binatang yang selama ni kita hanya dapat lihat dari jauh sahaja. Namun, tidak semua binatang yang kita dapat pegang dan tak semua haiwan yang terdapat disini terutamanya haiwan yang liar dan haiwan  yang berbahaya seperti harimau, singa dan sebagainya lagi. 

Oleh sebab itu, Farm In The City ni sangat sesuai untuk membawa anak anak kecil kemari demi menimba ilmu tentang ilmu flora dan fauna. At least mereka dah diberi pendedahan serba sedikit tentang dunia haiwan, tak adalah ketinggalan zaman bila mereka dah meningkat dewasa nanti. Tambahan pula, siap boleh pegang lagi tu. Haaaa memang sangat berbaloi bawa mereka kemari.



LOKASI FARM IN THE CITY



Farm In The City bermakna 'Dalam Bandar Ada Ladang', so bermakna Farm ini betul betul terletak di tengah bandar. Depan Farm ni terdapat kedai kedai yang baru hendak membangun, ada part kedai yang dah beroperasi. Masa ena kemari dalam hati tertanya tanya, "betul ke tempat ni?? Macam pelik je". Bergaduh pulak dengan driver ena masa ni,  salahkan waze la, kata ada dua farm in the city la. Macam macam. Hahaha.

Ena rasa pelik sebab selalunya tempat sebegini disekelilingi dengan hutan tapi yang ini tak. Tapi bila dah masuk ke dalam farm ni, baru terasa duduk di dalam ladang. Terbaiklah. Okay, Farm In The City ni terletak di Seri Kembangan lebih kurang 30 minit dari ibu kota Kuala Lumpur kalau jalan tak sesak.

Bagi memudahkan perjalanan you all, bolehlah wazekan sahaja alamat Farm In The City. Di bawah ni ena kongsikan alamatnya.


FARM IN THE CITY
Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan,
Selangor




KENANGAN KETIKA DI FARM IN THE CITY

Seperti yang ena perkatakan sebelum ini, di Farm In The City you all boleh menimba pengalaman sebagai peladang dengan memberi makan binatang, pegang binatang dan pelbagai lagi ilmu yang boleh kita dapat. Keselamatan jangan risau, setiap part di dalam farm ini dijaga rapi oleh penjaga yang dilatih.


1) Beri Makan Kura-Kura dan Pegang Kura-Kura

Di sini, ena berpeluang untuk beri kura kura gergasi makan sayur kangkung. Memang besar sungguh saiz kura kura ni even ena pernah jumpa yang lagi besar daripada yang ini. Itu pun kat zoo, tengok dari jauh. Kat sini kita boleh siap usap usap, belai belai, nak duduk belakang kura kura ni pun boleh. Tapi kesianlah kat dia. Hehehe.








2) Beri Makan Burung Merak dan Jenis Burung Yang Lain

You all juga boleh beri makan burung burung yang ada di Farm ini seperti merak, merpati dan banyak lagi. Ayam pun ada tapi memang saiz ayamnya bukan sebarangan ayam. Gemuk montel, gerammm.











3) Pijak Telur Burung Unta

Pijak telur burung unta ni adalah salah satu perkara yang ena teringin nak buat sejak kecil lagi. Hal ini disebabkan perasaan teruja membuak buak apabila mengetahui kekuatan telur ini yang mampu menampung 100kg beban. Perghhhh. Akhirnya ena yang seberat 60kg ini dapat berdiri diatas telur burung unta.





4) Reptilia Feeding and Touching

Banyak betul iguana yang comel comel kat sini. Kat atas pokok ada beberapa ekor iguana. Kalau you all lalu kat bawah pokok di part di mana iguana ditempatkan, jangan lupa pandang ke atas ye. Bagi yang penggeli cicak, mungkin tempat ini you all tak berapa suka nak masuk tapi kalau masih ada keberanian, tiada masalah.

  




5) Kandang Arnab dan Guinea Pig

Yang ini kawasan anak anak kecil suka sebab banyak arnab yang gebu gebas ada kat sini. Guinea pig atau lebih dikenali tikus belanda pun ada. Siap boleh bagi makan lagi. Comel sangat. Ngap ngap mereka makan sayur kangkung yang kita hulurkan.






6) Kawasan Kambing dan Rusa

Kat sini ena berpeluang bagi makan kat kambing, sentuh kambing serta rusa. Kiranya di sini kawasan haiwan domestic. Ada satu kambing tu, saiznya sangat besar dan tinggi. Tapi malangnya diikat. Maybe dia agak nakal berbanding kambing yang lain. Ena teringin nak pegang yang itu tapi dapat tengok dari jauh je. Sobs. Mohon jadi lemah lembut secepat mungkin ye. Hehehe.




Banyak tempat dan haiwan lagi yang terdapat di sini. Ena tak dapat nak masuk semuanya. So kalau nak tahu, silalah datang kemari ye. Dan nasihat ena, sila datang ke sini dengan berpakaian simple dan berseluar. Bukan apa, untuk keselesaan diri juga sebab suasana kat sini betul betul seperti di dalam ladang. Puas sangat dapat bergaul dengan haiwan haiwan di sini.



KEMUDAHAN DI FARM IN THE CITY

You all tidak perlu risau tentang kemudahan di sini. Segalanya ada seperti:-

* Parking kenderaan bus, kereta, basikal, motorsikal malah lori pun boleh masuk

* Toilet tapi ena tak rasa nak ke tandas masa ni. So tak tahu keadaan tandasnya bagaimana.

* Tempat basuh tangan di dalam sekiranya tersentuh dengan benda yang kotor seperti najis

* Cafe di dalam farm. Kalau penat, boleh rehat sejenak.

* Keselamatan diutamakan oleh pekerja di sini kepada visitor.

* Tempat cenderahati. Harga berpatutan dan tidak terlampau mahal.





Itu sahaja kenangan daripada ena. Kalau nak ketahui lebih lanjut pasal diri ena, bolehlah usya usya di instagram ena iaitu Klik Di Sini . Dibawah ini ena letak harga tiket, masa dan hari dibuka serta laman web Farm In The City.




OPEN:
Weekdays ( Isnin - Jumaat ) : 10am - 6pm
Weekends ( Sabtu & Ahad ) / Public Holiday : 9am - 6pm


PRICE PER ENTRY:
Aldult: RM30 (MyKad)
Children: RM25 


WEBSITE:




Share

Other Article

TIMBA PENGALAMAN SEBAGAI PELADANG | FARM IN THE CITY
4/ 5
Oleh

8 Comments

Comments
avatar
10.3.15

nak pergi sini tapi tak nak pegang iguana tu..huhu

Reply
avatar
11.3.15

besaunyaaa kura kura tuu. dari hari tu kenkonon nak pegi tapi tak sampai sampai lagi. hahha

Reply
avatar
11.3.15

tq share psl tmpt ni. seem mak aku request nk pg zoo. aku rs bttr bw dkt sni.

Reply
avatar
11.3.15

ok serius best tempat ni.. teringin nak pergi

Reply
avatar
11.3.15

Macam-macam haiwan liar ada disini. Bawa anak-anak tentu suka.

Reply
avatar
13.3.15

oh seronok lah siap ada kura - kura lagi

Reply
avatar
14.3.15

dah ramai blogger yg sampai sini . sis yg dok kat sini pun blm sampai lagi . nape tak pergi atmosphere sekali ...

Reply
avatar
26.3.15

part reptile mmg akak akan skip la.. no thanks ahaha..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)