Sunday, March 08, 2015

SECOND TIME MAKAN DI SINI | FLORA TERRACE HAMPSHIRE



SECOND TIME MAKAN DI SINI | FLORA TERRACE HAMPSHIRE | Kali ini ena jadi foodhunter di sebuah restoran yang agak terkenal dikalangan artis artis di Malaysia iaitu Flora Terrace. Ini merupakan kali kedua ena jamah makanan di sini, dulu ena pergi under event foodreview bersama blogger yang lain. Dan kali ini pun ena makan bersama kawan kawan blogger ena cuma kena bayar dengan duit sendiri la. 

Makanan yang ena rindu rindui kat sini adalah Nasi Serai yang direka khas oleh chef Flora Terrace. Yang menaikkan lagi rasa dan selera nasi ni adalah daging hitamnya. Memang superb! Okay, sebelum tu ena nak share serba sedikit mengenai Flora Terrace yang ena tahu.


FLORA TERRACE HAMPSHIRE

Suasana dan dekorasi restoran ini dari jauh kita dah boleh agak kualiti dan standard harga makanan dan minuman kat sini. Malah, restoran ini juga jadi pilihan artis artis untuk menyambut anniversary perkahwinan, birthday party atau tempat bernikah. Ramai juga artis yang ena tengok datang kemari seperti Rozita Che Wan, Nora Danish dan tak tahu dah nama. Har har har. Kalau tak percaya, you boleh tengok kat instagram Flora Terrace.




Nama kedai pun 'Flora', so sudah semestinya dekorasi restoran ini dipenuhi dengan bunga seolah olah berada dalam taman bunga. Memang nyaman dan bersih giler kat sini, nak makan pun selesa dengan layanan pelayan yang sangat mesra. Tak menyesal makan kat sini. Maaflah gambar agak tak sharp sebab tak biasa lagi nak adjust kamera untuk phone baru ena. 

You all kena datang kemari baru you all akan percaya dengan kata kata ena. Cuma harga makanan jelah agak mahal sedikit tapi berbaloi. Namun, ketika ena dengan kawan blogger yang lain datang kemari, kami tak dapat makan kat dalam bangunanan disebabkan ketika ni ada orang buat party besar besaran. Alamatnya meja tak cukup untuk kami semua, namun begitu pelayan telah menyediakan meja khas untuk kami di luar restoran ini. Nasib baik selesa. Alhamdulillah.






MENU YANG PILIHAN DI FLORA TERRACE HAMPSHIRE


Memandangkan masing masing tengah kelaparan, oleh itu kami memilih makanan yang bersesuaian dengan kuantiti, kualiti dengan harga yang berpatutan. Ena datang ke sini memang nak makan makanan yang dirindui selama ni iaitu Nasi Serai. Sekian lama craving Nasi Serai, akhirnya masuk juga ke perut ena untuk kali kedua.


Mari makannn. Hehehehe.

Spagetti Bolognese. Rasanya memang lengkap. Ngam ngam je, tak terlampau masam.

Nasi Goreng Kampung. Ada sekali ayam goreng tu. Terbaiklah!

Nasi Beriyani. Yang ini ena tak sempat nak rasa. Tapi kawan ena cakap memang sedap. 

Nasi Serai. Haaa Yang ni ena punya. Sedap sangat sangat. Daging Hitamnya memang uuummphh! Lembut.


LOKASI FLORA TERRACE HAMPSHIRE

Kalau you all tahu bangunan Tokio Marine, sure you all akan jumpa restoran Flora Terrace. Bangunannya berdekatan dengan Tokio Marine. Bagi yang tak tahu tu, boleh waze sahaja alamat Flora Terrace di bawah ni.



FLORA TERRACE,
Hampshire Place,
Persiaran Hampshire Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan KL.


Maps: Click Here




Share

Other Article

SECOND TIME MAKAN DI SINI | FLORA TERRACE HAMPSHIRE
4/ 5
Oleh

11 Comments

Comments
avatar
9.3.15

So far x pernah makan sini tapi banyak nye bungaaaaaaaaa.....suka!!! Thanks for the share Ena! ^_^

Reply
avatar
9.3.15

Cantik dan bertambah selera makan kat sini kan.menu pun nampak sedap tu.

Reply
avatar
9.3.15

meriah nye la bunga bunga dia.. hehe

Reply
avatar
9.3.15

terliurrr akak, dik noonnn...

Reply
avatar
9.3.15

Nampak sangat menarik dan meriah sekali...

enjoy eating

Reply
avatar
10.3.15

Pernah pi lama dh...tp x tulis dlm blog hahahah time tu x buat lg...syokkan munga2 tu omey...dishes pun makin havoc...aishhh kena pi balik ni hihi

Reply
avatar
10.3.15

kalau sedap memang akan datang lagi kan Ainaa.. hehe

Reply
avatar
11.3.15

datang sini pagi2 tengok makanan sedap2 memang terliur :D

Reply
avatar
12.3.15

meleleh air liur tengok daging hitam tu wehhhh. T^T

Reply
avatar
14.3.15

Aduhai lapar lah pulak tengok gambar2 makanan nih sume sis ena. Hehehe . Sedap tuh . Nyum Nyum

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)