Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, March 01, 2015

MOVIE REVIEW | KINGSMAN



MOVIE REVIEW | KINGSMAN | Alhamdulillah, baru baru ni diberi kesempatan untuk menonton movie yang agak terbaru di pawagam iaitu Kingsman. Kawan ena yang ajak untuk pergi tengok wayang. Walaupun hati ni berat dan tak berapa suka tengok wayang. Namun daripada buang masa pergi melepak di kaki lima Alamanda Putrajaya, baik pergi tengok wayang. Kot kot cerita tak best, boleh tidur. Ahaks.

Kebetulan masa ena datang kemari, movie Kingsman tengah hangat diperbualkan oleh mereka yang sudah menonton. Kat newfeeds Facebook ramai yang kata Kingsman ni best sampai ada buat Quotation daripada dialog cerita ni lagi. Oleh itu, ena dengan kawan ena bersetuju untuk menonton movie ni.

Dan di sini ena nak buat review yang tak berbayar mengenai movie ni. Walhal, kami je yang bayar pada pihak Golden Screen Cinema Alamanda Putrajaya untuk menonton. Ekekeke.


SINOPSIS KINGSMAN


Movie Kingsman ni mengisahkan jalan cerita mengenai Secret Agents. Si Eggsy sebagai hero dalam cerita ni, seorang yang kacak tetapi disebabkan latar belakang keluarganya, menyebabkan dia menjadi seorang yang agak tidak bermoral pada mulanya. 

Namun setelah berjumpa dengan Harry, dimana ayah kepada Eggsy pernah menyelamatkan Harry daripada letupan boom cubaan bunuh diri oleh mangsa tangkapan mereka 17 tahun yang lepas, Harry ingin membalas jasa ayah Eggsy, dia mendidik Eggsy menjadi seorang yang lebih berani, pandai mempertahan diri, dan lebih terjaga adabnya. "Manners Maketh Man".

Eggsy juga telah menyelesaikan segala masalah yang dicipta oleh watak jahat iaitu Valentine dengan kuncu kuncunya. Semasa nak menyelesaikan kesulitan itu semua, terjadilah satu cerita dalam movie Kingsman ni. 


PENDAPAT ENA MENGENAI MOVIE KINGSMAN




Bagi ena cerita ni memang menarik dan best bagi ena. Banyak aksi aksi yang mantap dan menarik hati. Ada kisah percintaan antara family dengan rakan seperjuangan. Itu buat ena tertarik dengan cerita ni. Tak adalah cerita menjiwang sangat. Tak membazir hari ku melihat cerita yang best ni. Nanti nak download dari internet cerita ni sebab nak tengok lagi sampai puas. Yeahhh!

Oleh itu ena bagi ranking: 8.5/10 





Share

Other Article

MOVIE REVIEW | KINGSMAN
4/ 5
Oleh

2 Comments

Tulis Comments
avatar
1.3.15

akak blom ad ms nk tgk kingsman lg.tunggu ada sapa2 volenteer nk jganak

Reply
avatar
5.3.15

Belum tengok lagi cerita ni =__='

Reply