Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, March 24, 2015

ICE FLOSS MELELEH DI LEE'S COCOA | BANTING



ICE FLOSS MELELEH DI LEE'S COCOA | BANTING | Sejak partner foodhunter ena share dia pergi makan ice floss kat Banting pada bulan yang lepas, terus ena jadi tak sabar nak rasa ice floss tu sendiri. Hari demi hari minta si dia bawa ke tempat ice floss tu tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, baru kemarin ena dapat cuba try test ice.

Ice floss ni boleh dikira adik beradik dengan Ais Batu Kacang tapi lagi sedap dan ice yang dikisar lebih halus dan cepat cair. Bila masuk dalam mulut, akan timbul satu perasaan yang berbeza. Perasaan yang syiioookkk! Ekeke. Hal ini disebabkan ice floss ni sangat sedap dan sangat refreshing. Memang sesuai untuk dimakan ketika cuaca tengah panas seperti mana yang sedang melanda di beberapa di Malaysia.


LEE'S COCOA BANTING

Lee's Cocoa cafe ini terletak di Banting Selangor dan juga halal serta selamat untuk di makan oleh semua golongan masyarakat. Tambahan pula, cafe ni mengutamakan makanan yang berasaskan chocolate. Sejujurnya, chocolate kat cafe ni memang sedap dan terbaik rasanya. Tak dapat makan kat Dip n Dip, kat sini pun dah cukup memuaskan hati ena. 




Keadaan dalam cafe ini juga sangat bersih dan selesa untuk para tetamu menikmati makanan dan minuman yang dipilih. Bukan setakat dessert je ada, malah masakan panas pun turut disediakan di cafe ini. Ala ala masakan barat dan masakan cina gitu. Semuanya dijamin sedap dengan harga yang sangat berpatutan. 





MENU MAKANAN YANG ENA PILIH

Dibawah ni ena nak share makanan yang telah ena dengan kawan ena try kat sini. Minta sedikit dahulu sebab takut tak habis. Kawan ena cakap bahawa ice floss tu memang banyak. Makan dua orang pun dah memadai untuk satu ice floss. 

VOLCANO BROWNIE : RM7.90

STONE FISH BALL : RM9.90

DURIAN ICE FLOSS : RM7.90

Serius memang terbaik Durian Ice Floss ni, meleleh bak hanggg! Tambahan pula, kuantitinya memang betul betul banyak seperti yang diperkatakan oleh kawan ena. Haritu makan pun tak habis sebab kami dah kenyang. Hehehe. Rasa rugi pula bila teringat ice floss yang tak habis dimakan tu.

Lepas tu ena pilih pula Volcano Brownie, rasa chocolatenya memang super duper meletop. Chocolatenya pun panas, perghhhhh marvelous. Tak tahu ena nak gambarkan macam mana kesedapan rasa volcano brownie ni.

Selain tu, kawan ena pilih Stone Fish Ball sebagai santapannya dan sudah pastinya ena pun turut rasa sedikit. MashaAllah! Rasa sup ni buat mata ena terbeliak besar. Sangat menyihatkan dan cukup rasa keenakkannya.


LOKASI LEE'S COCOA BANTING

Memang ena tak menyesal jadi foodhunter kat sini. Mahal ke tak itu tak penting, janji puas hati dengan kesemua makanan kat sini. Nanti kalau ena ke mari nanti, ena pasti pilih tempat ni untuk makan petang atau makan malam ena. Kalau nak makan untuk tengah hari boleh tapi mungkin tak berapa nak sesuai. Sekadar nak makan ringan ringan bolehlah ke mari.

My partner, Yazid.

Me! Teruja nak makan Durian Ice Floss. Nyummeeehhh!


Dibawah ni ena share lokasi cafe Lee's Cocoa sebagai rujukan kepada you all. Boleh wazekan sahaja. InshaAllah sampai ke destinasi.



ALAMAT:-

LEE'S COCOA BANTING
  • No.33, Tkt.Bawah, Pusat Perdagangan Banting, 
  • Jalan Cemerlang 4, 
  • 42700 Banting, 
  • Selangor Darul Ehsan



Share

Other Article

ICE FLOSS MELELEH DI LEE'S COCOA | BANTING
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
24.3.15

Aku minat dengan cafe yang macam ni. Tenang sambil minum kopi.

Reply
avatar
24.3.15

harga not bad.. tgk pon macam sedap je.. tapi jauh la pulak hehe

Reply
avatar
24.3.15

wah...sedapnye tgk..meleleh air liur

Reply
avatar
25.3.15

Volcano Brownie tu mengancam anak tekak kak juju...wahhhhhhhhh meriah sungguh food review...TQ dik

Reply
avatar
26.3.15

bilaaa nak ajak akak pulak food hunting yang ooi ? nak ikut ahahaha..

ok da screen cap alamat.. balik bangi ti nak ajak sapa2 free p try.. kalo dak bawak ayah pun oookay ahaha..

Reply
avatar
27.3.15

sedapnyaaa...singgah banting kena cuba ni :)

Reply
avatar
16.4.15

definitely gonna hunt these friends kalo turun ke bangi.. tapi masalah satu je !! kawan xdak hahaha..

Reply
avatar
24.1.16

Are you sure its halal? Do they have halal certificate? How do you know its halal?

Reply