Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Friday, March 06, 2015

FIRST TIME LAYAN NOVEL MELAYU | ANTARA MAWAR DAN KAKTUS



FIRST TIME LAYAN NOVEL MELAYU | ANTARA MAWAR DAN KAKTUS |  Ramai yang kata ena ni mempunyai sifat yang agak rare. Rare sebab ena ni jenis tak gemar nak baca novel Melayu, lagu lagu Melayu, cerita cerita Melayu, KPop or cerita korea or Running man dan banyak lagi lah. Difahamkan, kebanyakkan gegel atau girls atau perempuan atau okay dah, sangat menggilai semua tu tapi bukan bagi diri ena. 

Okay mengenai novel Melayu, ena memang seorang yang kurang gemar membaca Novel Melayu. Pernah layan Ombak Rindu dengan Pergilah Sepi je. Tu pun masa umur 15 tahun. Dah lapan tahun berlalu. Namun, baru baru ni tengah bosan terbaca satu sinopsis kat Ilham Karangkraf yang bertajuk Antara Mawar dan Kaktus yang dikarang oleh Atie Atiya. Entah kenapa jiwa ena seolah olah ditarik tarik untuk baca. Okay pertama kali ena tetiba layan novel Melayu ni sebab  bab pertama Novel Antara Mawar dan Kaktus ni dah buat hati ena tergoda untuk mengetahui endingnya.

Jom ena nak ulas serba sedikit mengenai Novel Antara Mawar dan Kaktus.



SINOPSIS ANTARA MAWAR DAN KAKTUS





Novel ni menceritakan secara generalnya melalui apa yang ena faham adalah mengenai cinta yang tersepit antara dua pihak. Halnya adalah apabila si heroin menyintai orang lain tapi mengahwini dengan orang lain. Haaa guana tu?? Itu membuatkan ena rasa tak sabar nak tunggu ending novel ni. Lepas tu cerita ni ada berkaitan dengan dunia hospital menyebabkan ena tertarik untuk baca. Dibawah ni sedikit sinopsis untuk you all baca.


           " Novel ini mengisahkan gadis yang bernama Lisa bertemu dengan Irfan dengan tidak sengaja di dalam satu insiden penganiaan terhadap kucing. Dan disebabkan satu peristiwa, Lisa telah menumbuk Irfan. Irfan pula memasang dendam terhadap Lisa yang telah menumbuk dirinya.
        Pada masa yang sama, Tuan Iskandar iaitu papa Irfan menerima rawatan di hospital kerana terlibat didalam sebuah kemalangan. Irfan menemani papanya. Tanpa disangka Lisa bertemu dengan Irfan di hospital berkenaan kerana Lisa merupakan seorang jururawat yang bertugas disitu. Lisa agak terkejut tetapi sangkakan Irfan tidak mengecam dirinya. Malangnya tidak berbau, identiti Lisa terbongkar jua apabila Irfan meneliti gambar yang diambilnya ketika pergaduhan berlaku. 
       Di hospital, setiap hari ada orang yang ternantikan senyuman Lisa iaitu Dr. Haikal dan Lisa pun menyukai Dr.Haikal cuma Lisa tidak tahu bahawa Dr.Haikal menyukai dirinya juga. Di masa yang sama, Puan Elinna iaitu mama kepada Irfan, meminta anak lakinya itu carikan model untuk butiknya dan secara tidak langsung merangkap sebagai calon menantunya. Irfan menjadi buntu dan tidak tahu hendak mencari yang mana sesuai untuk dijadikan model.
       Kertas hijau pucuk pisang yang diambil daripada fail Lisa tempoh hari dibaca Irfan. Disitu tertulis segala impian Lisa dan salah satu impiannya adalah untuk menjadi model. Tanpa berlengah lagi, Irfan menghubungi Lisa dan meminta Lisa membantunya. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Lisa menerima tawaran tersebut.
      Di dalam pejabat, Dr. Haikal meletakkan sepohon pokok yang tidak diketahui jenisnya. Surat yang ditinggalkan disitu meminta Lisa untuk menjaga pokok tersebut sehinggalah ia besar dan berbunga. Sejurus pokok itu berbunga Lisa akan tahu apa maksud pemberian Dr. Haikal itu selepas Lisa menukarkan pasunya. 
        Irfan pula, setelah mengenali Lisa dengan lebih rapat, dirinya terpaut dengan diri Lisa.  Irfan terus meminta Puan Elinna dan Tuan Iskandar pinangkan Lisa untuk dirinya. Irfan menghadiahkan sebakul kaktus kepada Lisa dan mengibaratkan Lisa sebagai kaktus.  Lisa tersepit. Dia sukakan Dr. Haikal. Tetapi lelaki itu pula langsung tidak meluahkan perasaannya pada Lisa. Nampaknya Lisa hanya syok sendiri. Irfan? Lelaki itu mahu dijadikan suami? Bila berjumpa ada sahaja benda yang tak kena.. Lisa keliru! Akhirnya Lisa membuat hajat. Jika mana-mana pokok antara Mawar dan kaktus berbunga dahulu, Lisa akan bersama dengan lelaki tersebut. Sebaik sahaja Lisa meluahkan kata-kata tersebut, Huda sahabat Lisa mendapati kaktus pemberiaan Irfan telah pun berbunga. Maka, Lisa tepaksa menunaikan kata-katanya. Pinangan Irfan diterima. Maka, mereka berdua bertunang.
         Tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinan antara Irfan dan Lisa akan berlangsung. Saat itu juga Pokok Mawar pemberian Dr. Haikal mengeluarkan bunga. Mawar merah itu sangat mengujakan Lisa. Lisa teringatkan pesanan Dr. Haikal agar menukar pasu pokok tersebut setelah pokok itu berbunga. Ketika menyalin pasu baru, Lisa temui sepucuk surat  dan cincin lamaran daripada Dr. Haikal yang ditanam di dalam pasu. 
         Cinta yang tersepit. Bagaimanakan Lisa ingin selesaikan masalah ini?? Siapakan akan Lisa pilih sebagai pasangan hidupnya?? Irfan atau Dr.Haikal?? "


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Haaa, begitulah alkisah serba sedikit mengenai novel ini. Oleh itu, bagi mereka penggemar novel dan ingin ketahui kesudahan jalan cerita Antara Mawar Dan Kaktus ini, bolehlah singgah pada link yang ena sudah sediakan bawah ni. Ena pun tengah tunggu episode yang seterusnya. Yeahhh!





Share

Other Article

FIRST TIME LAYAN NOVEL MELAYU | ANTARA MAWAR DAN KAKTUS
4/ 5
Oleh

10 Comments

Tulis Comments
avatar
6.3.15

wahh baca novel melayu best. lagi novel ramlee awang murshid.. peghhh mmg terbaik.. cerita ena share nie pun best.. thanks sharing

Reply
avatar
6.3.15

lain pula dgn ainaa yg memang kaki novel. hehe tp skarang ainaa jrg bca online. yg naskah pun jrg. mlas yg amat. grr btw nnti nk try bca, cam best je ni 😆

Reply
avatar
6.3.15

tak berapa sempat nak layan novel sekarang ni :D

Reply
avatar
6.3.15

selamat melayan novel dan melayan perasaan..heee :)

Reply
avatar
6.3.15

akak pun bukan jenis suka baca novel.. tapi novel ter best akak pernah baca novel cemburu seorang perempuan.. tu pun novel pinjam. dua kali akak baca. Cerita dia memang best.. bukan novel cinta..

Reply
avatar
8.3.15

jiwa berbunga-bunga la tu ;)

Reply
avatar
8.3.15

dah lama tak baca novel...tak sempat nk melayan

Reply
avatar
10.3.15

Eceh. Macam nak cerita kisah sendiri je ni .. lalalalaa

www.hasrulhassan.com

Reply
avatar
10.3.15

amboih.. layan Novel lak yea.. huhuhu.. samalah kita.. tengah layan Novel gak sekarang.. Encik Separuh Jiwa by Cyda Yusof... kelakar ..

Reply
avatar
11.3.15

nani banyak lagi novel yang pending nak baca. hari tu kemain banyak beli.

Reply