Sunday, March 15, 2015

APAKAH KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR? | OCEANLIFE




APAKAH KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR? | OCEANLIFE | Alhamdulillah, parcel Ephyra Skin Bar dari OceanLife telah selamat sampai ke tangan ena pada tiga hari yang lepas. Ena sebenarnya dah lama nak cuba Ephyra Skin Bar ni sebab tengok kawan kawan pakai memang bersih sungguh kulit muka mereka. Nak kata menjadi lebih putih tu tak adalah, tapi nampak kulit muka mereka lebih segar dan lebih bermaya dari sebelumnya. Now, dengan izin Allah, ena pula yang nak cuba try test Ephyra Skin Bar ni sendiri pada kulit muka ena.

Memandangkan ena baru sahaja mencuba Ephyra Skin Bar ni, so sudah pasti masih belum nampak segala perubahannya. Kalau baru pakai dua hari dah nampak perubahan tu, mohon buang terus produk tersebut ye. Bahaya sebab bahan yang digunakan mungkin terlampau kuat dan boleh merosakan serta mencacatkan cell cell kulit muka kita. 




Back to main topic, haaa nak tahu tak sebab apa ena nak sangat guna Ephyra Skin Bar ni?? Okay, sebelum ni ena pernah consume minuman kesihatan dari Ephyra. Sepanjang ena amalkan minuman kesihatan ni, memang nampak perubahan yang baik pada kulit ena. Bahagian kulit yang mana kering dan tak sekata tu, lama kelamaan jadi semakin elok. Mak ena pun cakap sedemikian kepada ena. Dua bulan je ena minum, lepas tu terhenti disebabkan rezeki tak mengizinkan. Sobs. So, kesimpulannya, disebabkan ena yakin dengan keberkesanan produk Ephyra nilah ena nak cuba skin bar dari keluaran yang sama pula. InshaAllah, dengan izin Allah, ena harap berkesan.



KEISTIMEWAAN EPHYRA SKIN BAR OCEANLIFE


Keistimewaan yang ena tahu mengenai Ephyra Skin Bar adalah ramuan yang digunakan untuk menghasilkan skin bar ni bukan daripada calang calang bahan dan yang pasti bahan tersebut bukanlah bahan bahan yang terlarang mahupun haram. Semuanya semula jadi.

Kesemua bahan ini diformulasi daripada penyelidikan yang sangat teliti dan pihak Oceanlife akan memastikan bahan bahan tersebut bermanfaat pada kulit muka yang mempunyai cell dan tissue yang sangat sensitif berbanding dengan bahagian kulit badan yang lain.



Antara bahan yang digunakan adalah:-

1) Bearberry Alpha Arbutin A Extract
Bahan ini dikatakan paling berkesan, cepat malah lebih selamat untuk mencerahkan kulit. Mencerahkan kulit ini tidak bermakna memutihkan kulit tetapi menggantikan kulit yang tidak sihat kepada yang lebih bermaya. Selain itu, 


2) Rice Bran Oil
Mempunyai kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu mengekalkan ketegangan kulit serta mampu menyuburkan dengan memperbaiki kulit yang telah tidak sihat.


3) Carrot Extract
Sifat anti kerandangan mampu mengembalikan warna kulit yang lebih sekata dan lebih bersinar dengan melindungi kulit daripada sinaran matahari yang melampau yang mampu merosakkan cell cell kulit muka.


4) Seaweed
Merupakan salah satu agen yang boleh menghilangkan jerawat dan menjadikan kulit muka lebih anjal dan menaikkan seri wajah yang selama ni kusam dan tidak bermaya.


5) Banana Enzyme
Bertindak sebagai anti penuaan yang boleh membaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin, halu dan berseri.


6) Kolegen
Bahan ini dapat menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit muka dengan menggantikan sel kulit dengan lebih cepat dan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang.



Banyak lagi bahan bahan yang bagus dan berkualiti yang digunakan untuk menghasilkan Ephyra Skin Bar. Kalau you all nak ketahui lebih lanjut, boleh layari website Ephyra di : http://www.oceanlife2u.com.



KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR OCEANLIFE




Untuk pengetahuan you all, Ephyra Skin Bar bukan setakat perempuan sahaja yang boleh guna malah lelaki pun boleh juga. Hal ini disebabkan ramuan yang ena share di atas tadi mengandungi rumusan yang sangat sesuai untuk kedua dua jantina walaupun struktur kulit lelaki dan perempuan adalah berbeza. By the way, bukan gegel sahaja yang wajib dan kena jaga muka, boboy pun diwajibkan juga tau. Biar muka kita kelihatan sentiasa bermaya, kemas dan bersih sepanjang hari. Hensem ke tak itu belakang cerita.

Dibawah ni ena nak share antara kelebihan jikalau kita guna Ephyra Skin Bar ni. 

1) Mengekalkan kelembapan kulit muka

2) Kulit muka menjadi lebih cerah, lebih lembut dan lebih tegang

3) Kekotoran seperti minyak dan sel kulit mati dapat dihilangkan

4) Mengawal jerawat pada kulit muka

5) Menghilangkan parut jerawat dan jeragat yang degil

6) Blackheads dan Whiteheads juga berkurangan

7) Boleh menghilangkan bau badan

8) Sesuai digunakan untuk seluruh tubuh badan



HUBUNGI PIHAK EPHYRA OCEANLIFE

So sila tunggu lagi sebulan result dan testimoni daripada ena sebab sekarang ni masih tak nampak lagi perubahannya. Kalau nak tahu tahu perkembangan ena, bolehlah melawat ke instagram ena di @_inaainaa. Ena banyak update info semasa mengenai diri ena kat situ. 




Status halal dan keselamatan produk ini telah diiktirafkan oleh pihak berkuasa di Malaysia. So, tak perlu risau lagi untuk menggunakan Ephyra Skin Bar ni. Oleh itu, bagi mereka yang ingin ketahui info info lebih lanjut mengenai Ephyra Skin Bar atau mahu membeli produk ini, bolehlah hubungi pihak mereka di:-




INSTAGRAM:



FACEBOOK:



Share

Other Article

APAKAH KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR? | OCEANLIFE
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
15.3.15

nani pun consume ephyra sekarang ni ^^

Reply
avatar
15.3.15

Selamat mencuba aina...

Reply
avatar
15.3.15

mun pun mcm nak cuba ephyra ni..

Reply
avatar
16.3.15

Assalamualaikum ena. akak pun guna ephyra skin bar ni. best.. hehehhee

Reply
avatar
25.3.15

Sungguh detail ttg review ephyra skin bar...hoyeehhhh...TQ dik

Reply
avatar
26.3.15

makin jelita laaa adik yg sorang ni ^^

Reply
avatar
27.3.15

belum cuba lagi Ephyra Skinbar ni. Suka tengok warna sabun Ephyra ni.lain dari sabun yang lain²

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)