Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, February 24, 2015

TAPPERS CAFE | EAST COAST MALL KUANTAN



TAPPERS CAFE | EAST COAST MALL KUANTAN | Kali ni ena jadi foodhunter di area tempat ena belajar iaitu bandar Kuantan. Lepas je habis kuliyyah, ena dengan kawan kawan ena yang lain pergi serbu ke kedai makan Tappers di East Coast Mall Kuantan (ECM). Tappers Cafe di ECM ni agak baru dioperasikan di area Kuantan ni. Selalunya Tappers ni boleh didapati di kawasan Kuala Lumpur sahaja. Dan Alhamdulillah, orang Kuantan tak perlu pergi jejauh lagi, kat sini dah ada Tappers Cafe.

Diri ena pun masih belum diberi kesempatan lagi cuba try test makan kat sini sebelum sebelum ini. Memandangkan kawan kawan ena ajak pada ketika ni, apalagi ena ON je la alang alang boleh jadi foodhunter terus. 


TAPPERS CAFE MALAYSIA

Konsep cafe ini menarik inspirasi daripada warisan penjajah Malaysia dan sangat popular dengan "kedai makanan ringan" pada lewat tahun 60-an dan awal 70-an. Memang kalau masuk cafe ni, suasananya nampak ala ala British zaman dulu dulu kala. 






MENU YANG DIORDER DI TAPPERS CAFE ECM KUANTAN

Di sini, semua makanannya menekankan masakan ala ala Barat seperti chicken chop, pasta, salad dan sebagainya lagilah. Yang penting bagi ena, semuanya sedap dan cukup rasa makanan yang ena dah rasa setakat ini. Tambahan pula tempat dan suasana kat sini sangat tenang dan tidak menyerabutkan kepala otak, membuatkan rasa makanan tu bertambah sedap.


Kelemahan kat sini cuma pelayan Tappers Cafe ni yang masih terlupa dengan makanan yang diorder oleh customer. Maybe baru lagi dan akan datang, mungkin akan lebih smooth. Hopefully.

So, macam biasa jom tengok menu yang kami makan di sini.


Tappers Signature Spagetti Cream Carbonara. 

Cajun Chicken Salad. Kalau makan yang ni je dah cukup mengenyangkan.

Cream Of Mushroom Soup. Rasa sup cendawan ni memang sedap dan lain dari yang pernah ena rasa.

Steak and Mushroom Spagetti. Rasanya macam Carbonara tapi rasa daging tu memang mantapp!

Tappers Signature Hainanese Chicken Chop. Yang ni memang sedap gila! Serius.

Chicken Teriyaki Rice. Ni pun sedap. Kuah kicapnya tak terlampau manis dan manis. Light je.



LOKASI TAPPERS CAFE DI ECM KUANTAN

Lokasi cafe ini berdekatan dengan kedai Coffee Beans. Dari luar bangunan ECM dah boleh nampak Coffee Beans tu, so Tappers Cafe ni ada di sebelahnya. Di bawah ni ena share alamat serta masa operasi setiap hari.Nak ke ECM ni, you all boleh wazekan sahaja bagi mereka yang tak tahu untuk kemari.


TAPPERS CAFE
Lot GF-02, Ground Floor,
East Coast Mall, 
Jalan Putra Square 6,
Putra Square
25200 Kuantan.


MASA: 10am until 10pm (Setiap hari)




Share

Other Article

TAPPERS CAFE | EAST COAST MALL KUANTAN
4/ 5
Oleh

9 Comments

Tulis Comments
avatar
24.2.15

Sedapnya nampakkk cagun chicken salad.

Reply
avatar
25.2.15

cantik cafe ni.

Reply
avatar
25.2.15

dapnyeeeee .. bila laaa nak pegi kuantan lg ni :'(

Reply
avatar
25.2.15

bila ntah nak ke kuantannya. heeee. suka tengok deko restoran ni ^^

Reply
avatar
25.2.15

carbonara dan teriyaki rice tu buat kecur air liur..huhu

Reply
avatar
26.2.15

Sedapnyeeeeeee... leleh air liur tengok.

entry baru nuha: kenapa musim kemarau kes denggi meningkat

Reply
avatar
26.2.15

ada masa nak gi ECM ina belanja ke..hahaha

Reply
avatar
28.2.15

Huaa ..jeleznya setiap kali ena post pic food . . Mmbuadkan cik yana trliur tatap gmbr tue

Reply
avatar
9.3.15

Tappers ada 1 cawangan di Shafbury Cyberjaya.

Reply