Saturday, February 28, 2015

MAGNUM CAFE MIDVALLEY MEGAMALL | KUALA LUMPUR


MAGNUM CAFE MIDVALLEY MEGAMALL | KUALA LUMPUR | Hari demi hari ena teringin sangat nak makan magnum yang dihias hias macam gambar di atas. Nak makan magnum tu dah selalu makan sebab favourite ena magnum ni sejak kecil lagi. So baru baru, memandangkan ena berada dekat MidValley, ena terus heret kawan ena ke Magnum Cafe ni.

Bukan senang ena nak kemari, dulu masa belajar kat CFS IIUM Petaling Jaya boleh la selalu ke mari.  Tapi masa tu mana ada lagi semua ni. Dan what happy day, masa ena pergi kat Magnum Cafe ni tak adalah ramai sangat orang beratur seperti mana yang diperkatakan oleh orang lain. Lepas ena dah beli, baru berduyun duyun orang kemari. Sangat bersyukur sebab Allah permudahkan urusankan kehidupan dan keinginan ena ketika ni.



LOKASI MAGNUM CAFE MIDVALLEY MEGAMALL


Lokasi Magnum Cafe ni berada di dalam Midvalley Megamall dan terletak di level paling atas sekali. Ala, kat bahagian wayang dengan food junction. Cari cari je kat area situ, you all pasti jumpa sebab perkataan 'Magnum' terpampang luas kat depan Magnum Cafe ni.

Magnum Cafe ni ada dua aras, aras bawah dengan aras atas. Bahagian bawah untuk kita order icecream Magnum yang berhias hias macam gambar ena kat atas tu, manakala bahagian kat atas kalau teringin nak makan desserts atau masakan panas. Ena pergi yang aras bawah je sebab kesuntukkan masa. Next time ena nak try makan makanan yang atas Magnum Cafe ni pula. Nak rasa dessert yang tengah HOT orang pilih sekarang.



CARA NAK ORDER AISKRIM DI MAGNUM CAFE MIDVALLEY


Setakat ini dua tempat yang ada Magnum Cafe ni, yang ena tahu lah, di Midvalley Megamall dengan IOI City Mall Putrajaya. Dan kedua dua tempat ni mempunyai sistem yang sama kalau nak order Aiskrim. Bahagian aiskrim tau bukan yang dessert punya. Bahagian dessert tu ena tak pasti bagaimana, adakah sama atau tidak, itu je. 

Sistem order kat sini kita boleh pilih topping, perisa dan drizzle dengan had limit yang diberi. Jangan risau, sebelum nak buat bayaran, ada buku panduan yang boleh you all baca terlebih dahulu. Jom ena terangkan satu persatu dengan gambarnya sekali.




1) Pilih perisa aiskrim, Vanilla atau Brownie. 

2) Pilih perisa Coated yang you all suka, White, Dark, Milk ( Jenis Chocolate)

3) Pilih Topping sebanyak 3 jenis sahaja yang you all boleh pilih.


4) Pilih Perisa untuk Drizzle, White, Dark dan Milk (Jenis Chocolate)

5) Siap dan you all dah boleh jamah selera you all.


Lepas dia campurkan semua topping yang kita pilih,

Jenis jenis chocolate.


PILIHAN ENA UNTUK AISKRIM MAGNUM 

Ena pilih aiskrim perisa Vanilla, Coating perisa Milk Chocolate, Topping ena pilih Marshmallow, Grape Jelly dengan Hazelnut, Drizzle ena pilih White Chocolate. 



Kawan ena punya ena tak ingat dia pilih apa untuk topping, yang ena ingat perisa aiskrim, coated dan drizzles. Untuk perisa aiskrim dia pilih Brownies, coated pula White Chocolate dan Drizzles Dark Chocolate. 




HARGA SATU MAGNUM AISKRIM


Satu aiskrim : RM9.80 tidak termasuk tax apa semua tu.


Untuk dessert dengan masakan panas, harga lain lain dan pastinya lebih mahal. Mengikut kuantiti dan kualitinya. Tak rugi kalau nak mencuba sebab kenyang dan berpuas hati dengan rasanya.




Itu sahaja daripada ena, selamat mencuba.

Share

Other Article

MAGNUM CAFE MIDVALLEY MEGAMALL | KUALA LUMPUR
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
28.2.15

Perghhhhhhhh terbaikkk jgn kencing manis sudah hakhak

Reply
avatar
28.2.15

nak ajak suami pergi la nanti

Reply
avatar
28.2.15

kalau pegi sana rambang mata nak letak apa. hahaha. semuanyaa nampak sedap ^^

Reply
avatar
28.2.15

Macam best je. Saya pun tak pernah pergi lagi. Hehe btw, salam perkenalan awak. Jemput singgah ke blog saya :)

Reply
avatar
5.3.15

belum merasa lagi ni..kalau pergi mesti orang tengah beratur panjang..huhu

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)