KOREAN CUISINE DUBU DUBU | NU SENTRAL
KOREAN CUISINE DUBU DUBU | NU SENTRAL | Kali ni ena pergi makan makanan Korea pula. Sebelum ni ena makan makanan Jepun di SINI. Ena boleh masuk dengan semua jenis makanan dari pelbagai jenis bangsa dan negara, sudah semestinya wajib HALAL. Ena difahamkan ada sesetengah antara kita tak boleh masuk dengan makanan Korea atau Jepun atau dua dua.
Urban Korean Cuisine Dubu Dubu adalah tempat makan pilihan ena untuk jadi FoodHunter kali ini. Memandangkan ketika itu berada di NU Sentral, so ena ke Dubu Dubu untuk cuba try test makan kat sini untuk pertama kalinya.
LOCATION DUBU DUBU DI NU SENTRAL
Dubu Dubu mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan antaranya adalah di Sunway Pyramid, Gurney Paragon Mall, Berjaya Times Square, One Utama, Mid Valley Megamall, Quill City, NU Sentral, dan IOI City Mall. Kebanyakkan ada di sekitar area Kualan Lumpur dan hanya satu di Pulau Pinang.
Dan kali ini, seperti yang ena sudah perkatakan, ena try makan Dubu Dubu di NuSentral. Dubu Dubu ni terletak di aras second last bangunan Nu Sentral. Kiranya bawah dari Golden Screen Cinema iaitu di level 4.
URBAN KOREAN CUISINE DUBU DUBU
Ena agak terkejut sedikit dengan rasa makanan Korea ni sebab mungkin tak biasa. Mula mula rasa je terkejut, lama lama rasa sedaplah pula. Terutama menu Soondubu Jigae Beef. Perrrggghhh! Licin licau Soondubu Jigae ni ena dengan kawan ena makan. Harga kat sini agak mahal bagi tapi mungkin ini standard harga bagi makanan Korea. HuwaAllahuAlam sebab ena tak survey lagi tempat makanan Korea yang lain.
Itu kualiti makanan. Kualiti tempat ni pula ena nak komen. Kedudukan, keselesaan udara dan kebersihan tempatnya okay. Ena berpuas hati dengan semua itu cuma ena kurang berpuas hati dengan pelayan perempuan kat sini sebab pemakaian kurang kemas dan communication agak kasar sedikit dengan pelanggan. Lepas tu, tiada senyuman diberikan, muka masam mencuka. So ena harap pihak Dubu Dubu Nu Sentral ambil tindakan dengan sewajarnya.
MENU YANG ENA MAKAN DI URBAN KOREAN
Berikut adalah menu yang ena order, set untuk dua orang makan dan bukan set untuk kawan ena seorang lain. Ena pergi bertiga ketika ini.
1) All- Day Sets : RM49
- Soondubu Jigae Beef
-Korean Spicy Wings
-Dubu dubu Rice
-Roasted Barley Tea (Drink)
- 2 Desserts
- Free Flow Banchan (side dishes).
![]() |
Dubu Dubu Rice with Soup Seaweed |
![]() |
Flow Banchan |
![]() |
Roasted Barley Tea |
![]() |
Korean Spicy Wings |
2) Set Single
![]() |
Spicy Seafood Ramyeon : RM 18.90 (set) , RM16.90 (Ala Carte) |
DETAIL DUBU DUBU NU SENTRAL
Dibawah ni alamat, nombor telefon dan laman web Dubu Dubu di cawangan Nu Sentral.
ALAMAT:
Dubu Dubu Nu Sentral
Unit L4.04, Level 4,
NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur.
TELEFON / FAX:
03 22722116
9 Comments
alahaiii..tak syok makan camni kan..makan dah sedap service pulak tak okay..boleh buat hilang selera jugak kan..moga dorang perbaiki dan tingkat service etika pemakaian dan juga sikap :)
ReplyDeletesedapnyaaa dubu dubu. terliur lah pulak
ReplyDeletenot bad tu . sesuai harga dgn pelbagai hidangan ... sesekali berbelanja lebih apa salahnya kan ...
ReplyDeletetak pernah try makan kat sini lagi..tapi harga dia memang agak mahal la untuk saya..hehehe
ReplyDeletesedapnyaaa. kene try ni. hehe
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletedubu2 ni mmg sedap, kenyang makan kat dubu2...makanan dorang sihat2...yg best bila dapat makan seafood yg ada cheese tu...sedapp..
tak pernah try lagi Dubu Dubu...selalu lalu2 je depan Dubu Dubu One Utama ni...tak pernah singgah...nampak sedap la pula korean cuisine tu...hehe
ReplyDeleteSpice seafood ramen tu mcm sedap jeeee...
ReplyDeletehmm lepas dpt gaji boleh laa kot pi try makan kat situ hehe. tapi tatau laa kena ngan tekak ke tak nnt, kalau japanese food kureng minat
ReplyDelete