Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, February 12, 2015

ICESCAPE ICE RINK MALAYSIA | IOI MALL PUTRAJAYA



ICESCAPE ICE RINK MALAYSIA | IOI MALL PUTRAJAYA | Baru baru ni, ena ke Putrajaya dengan seorang kawan blogger ena iaitu Nyna Nieyna untuk cuba try test main ice skate di IOI Mall Putrajaya. Sengaja nak try main kat sini, nak tengok servisnya bagaimana dan harga kat sini berapa. Selalunya ena main di Sunway Pyramid dengan kawan kawan blogger yang lain, dah bosan dah kat situ. So, ena main kat sini pula.


Bagi ena yang bukan seorang skater yang pakar atau yang dah boleh luncur laju laju, mana mana tempat sama je sebab ena wajib akan tergolek dan tertonggeng macam ayam golek. Huaaaaa. Sebaik boleh cover cepat. Kah! *Bukan orang kisah sangat pun sebab depa pun jatuh lagi teruk.. ehhhh kah!* Tapi kali ni ada improvement pada diri ena sebab dah boleh main kat tengah tengah. Dulu ni, seolah seolah budak kecil baru belajar nak berjalan. Hahaha. 



LOKASI ICESCAPE ICE RINK  IOI MALL PUTRAJAYA



Seperti yang ena sudah mention, ice skating ni terletak di dalam IOI Mall Putrajaya. Dan juga terletak di tingkat 1 dalam mall ini. Tempatnya terbuka, so you all pasti boleh cari punyalah.



HARGA ICESCAPE ICE RINK IOI MALL PUTRAJAYA

Mengenai harga dan bayaran, boleh rujuk kat bawah ni.


Kalau you all nak berjimat, lebih baik bawa gloves dan stokin sendiri daripada rumah. Tak adalah kena charge nanti. Kat sini tiada had limit masa. You all boleh main dari pagi sampailah ke malam kalau you all larat. Har Har Har.



HARI ICESCAAPE ICE RINK DIBUKA

Isnin hingga Ahad tempat ni dibuka. Masanya pula sama dengan IOI Mall Putrajaya buka setiap hari, dalam jam 10am plus minus. Standard masa mana mana mall buka.



Ena kalau pergi lepak dengan member, ena lebih suka buat aktiviti sebegini rupa daripada pergi karoke atau pergi tengok wayang. Sebab tu ena jarang tengok wayang kalau keluar dengan kawan kawan atau dengan buah hati. Mada cerita orang putih yang best best atau keinginan nak tengok wayang tu datang membuak buak. Baru ena pergi tengok. Ahaks.

Itu sahaja dari ena, so bagi mereka yang stay berdekatan dengan Putrajaya, boleh la ke mari. Tak perlu susah susah pergi jejauh dah. Kalau tak reti main, at least ambillah pengalaman.


Share

Other Article

ICESCAPE ICE RINK MALAYSIA | IOI MALL PUTRAJAYA
4/ 5
Oleh

7 Comments

Tulis Comments
avatar
12.2.15

huwaaaaa takde gamba .. nak update jugakkkkkk ....

Reply
avatar
12.2.15

seronok aihh main ni ^^

Reply
avatar
13.2.15

amboi...bestnye..dulu masa study teringin nak main tapi smmpai dh ade anak tak g pun.hehehehh

Reply
avatar
5.3.15

tak pernah naik, nak try tp tak kesampaian, huhu memasing bawak partner nampak.............

Reply
avatar
zik
5.3.15

menarik nih... lama tak pergi siar2 .. hehe

Reply
avatar
6.3.15

kaksu mmemang tak penah main ni.. nak try pun takot.. kahkahkah.. padahal segan kalau jatuh tergolek.. ^_^

Reply
avatar
Anonymous
6.3.15

price ade kena tax x?

Reply