BB CREAM YANG MENAIKKAN SERI WAJAH | SEQY BEAUTY

by - Tuesday, February 17, 2015


BB CREAM YANG MENAIKKAN SERI WAJAH | SEQY BEAUTY | 
Pernahkah you all beli dan BB Cream dari memana jenama tapi lepas pakai muka jadi kelabu dan tidak sekata?? Bila berpeluh mulalah bertompok tompok muka terutama dibahagian bawah mata kita. Haaaa itu menandakan BB Cream tersebut tidak sesuai dengan wajah apa yang ena baca selama ni dan kaji selama ni.

Ena pun dah bermacam macam jenis BB Cream termasuklah foundation yang dah ena cuba dan pakai. Setakat ni ada dua jenis jenama BB Cream dan foundation yang bersesuaian dengan kulit ena yang bersawo matang ni. Tak putih sangat dan tak gelap sangat, sedang sedang gittew. 

Memandangkan BB Cream yang sesuai dengan muka ena sudah habis dan dah puas mencari kat kedai tapi tak ada dijual. So kebetulan pula, ada seorang kawan sarankan ena untuk pakai BB Cream dari Seqy Beauty. Nampak menarik dan tengok testimoninya pun bukan calang calang orang yang dah cuba, termasuklah kak Yuyu Zulaikha. Apa lagi, ena pun try lah. 


BB CREAM SEQY BEAUTY


BB Cream dari Seqy Beauty telah dijamin keselamatan untuk diguna oleh KKM dan juga status halalnya yang telah disahkan oleh JAKIM. Oleh itu, you all tak perlu rasa was was lagi untuk guna BB Cream ni. BB Cream Seqy Beauty adalah 100% buatan Malaysia dan kandungannya sangat bersih serta sesuai untuk semua jenis kulit.

Dibawah ni ena nak kongsikan serba sedikit kelebihan menggunakan BB Cream dari Seqy Beauty. Sebelum tu, ena nak tekankan bahawa adalah sangat penting untuk kita menggunakan BB Cream yang betul dan bersesuaian dengan muka. Kalau tak selidik dengan betul, boleh mengundang penyakit kulit. So berhati hatilah ketika memilih produk untuk muka.



KELEBIHAN BB CREAM SEQY BEAUTY

Okay, kelebihan BB Cream ni adalah..

1) Muka tidak terlampau berminyak dan tidak terlampau kering sepanjang hari.

2) BB Cream ini juga sebagai krim essential, menutrisi, menegangkan dan menghaluskan kulit.

3) Menutup parut dan cela di wajah.

4) Menjadikan tona warna kulit lebih sekata.

5) Melindungi kulit wajah dari sinaran UV yang berbahaya.

6) Mengurangkan dan mengawal bintik hitam, noda dan flek pada wajah.

7) Melambatkan penuaan pada kulit wajah.

8) Boleh digunakan sebagai bedak asas.

9) Tekstur yang ringan dan liang liang roma pada muka juga tidak tersumbat.




CARA NAK PAKAI BB CREAM SEQY BEAUTY



Picit pada anak panah pada gambar rajah diatas. Nak tepek terus ke muka pun boleh atau nak letak kat tangan dulu dan baru sapu seluruh muka pun boleh juga. Tapi ena sarankan tepek terus ke muka la sebab tangan kita ni bukannya bersih sangat pun. Takut naik jerawat kat muka.



TESTIMONI YANG TERBAIK DARI ENA


SubhanaAllah! Akhirnya ena jumpa BB Cream yang lain yang bersesuaian dengan muka ena. Muka ena tak jadi kelabu dan warna kulit lebih menyerlah. Ena pun semakin berkeyakinan nak berjumpa dengan orang lain bila muka nampak kemas dan lebih berseri berbanding sebelum sebelum ni. Alhamdulillah, semuanya dengan izin daripada Allah juga. 

Oleh itu, ena sarankan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat atau masalah kulit muka tetapi nak pakai BB Cream supaya muka tampak berseri, belilah BB Cream dari Seqy Beauty . Serius best! Tak menyesal beli. Siapa tak nak jadi cantik hoii!!??? Tapi jangan berlebih lebihan, so apa salahnya nak tepek muka dengan BB Cream. Ala nak buat sebagai bedak asas pun boleh. Tak payah membazir beli bedak compac yang lain dah.



HARGA BB CREAM SEQY BEAUTY

Semenanjung Malaysia : RM 55 (Sebotol)

Sabah / Sarawak : RM 60 (Sebotol)



HUBUNGI PIHAK SEQY BEAUTY

Setakat ini hanya Cleanser Seqy Beauty dan BB Cream Seqy Beauty sahaja yang ada. Oleh itu, kepada mereka yang ingin mencuba juga, mari la dapatkannya dari agen yang berdaftar. 


WHATSAPP / TELEGRAM / SMS:
013 3151382 (Eyza)

INSTAGRAM:





You May Also Like

14 Comments

  1. makin nmpak berseri, btw awak menang hadiah dari nile. tahniah. :)

    ReplyDelete
  2. makin nmpak berseri, btw awak menang hadiah dari nile. tahniah. :)

    ReplyDelete
  3. nak cari jugaklahh. nani pun banyak guna BB cream tapi tak kena dengan muka

    ReplyDelete
  4. wah....cm menarik je...anyway good review

    ReplyDelete
  5. saya pun guna bb cream ini juga. Bestkan, kurang berminyak dan sangat sesuailah untuk kulit muka saya =)

    ReplyDelete
  6. kak ena bukan kak ena tak pakai apape pun memang dah berseri seri ke? :p
    hihihi
    thanks for sharing btw!

    ReplyDelete
  7. hai ena..salam perkenalan. nuha first time datang sini. Btw tahniah sebab memang GA yg dianjurkan oleh nile.com.my. Rezeki ena..

    Jemput ke blog nuha ya. Entry terbaru tentang Bagaimana untuk berkata "TIDAK"

    ReplyDelete
  8. Akak pakai BB Cream Maybeline...setakat ni sesuai dgn kulit sis...betul tu kalau produk tak sesuai baik beralih pada yg baru mcm ena pakai ni.

    ReplyDelete
  9. waa cantiklah Ena nanti :)

    ReplyDelete
  10. makin berseri Ena..cantik juga packaging bb cream ni kan

    ReplyDelete
  11. Comel je dia punya botol . .mudah letak dlm handbag

    ReplyDelete
  12. Comel je dia punya botol . .mudah letak dlm handbag

    ReplyDelete
  13. cute je...botol la..heheheh

    ReplyDelete