Sunday, February 01, 2015

ANTARA CAFE TERSEDAP DI TANJONG MALIM | LAMPUNEON CAFE


ANTARA CAFE TERSEDAP DI TANJONG MALIM | LAMPUNEON CAFE | Dah lama juga ena mencari peluang untuk makan kat Lampuneon Cafe sejak pihak mereka follow Instagram ena. Kawan kawan ena yang lain pun satu persatu kata tempat ni memang sedap dan selesa untuk makan santai santai waktu petang. So, baru baru ini ena ajak parents ena untuk try makan kat sini memandangkan ayah ena ketika ini dia nak makan kat luar.

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat hati untuk jadi foodhunter di Lampuneon Cafe, Tanjong Malim sebelum pulang ke Kuantan. 


LAMPUNEON CAFE TANJONG MALIM


Di cafe ini, you all boleh makan makanan barat seperti burger, chicken chop, sizzling dan lain lain lagi. Selain itu, masakan panas pun ada seperti nasi goreng, mee goreng, benda yang bergoreng goreng la. Sebab itulah ena kata kat sini memang makan makanan yang santai santai je. Ada juga makanan yang macam rare sedikit seperti Tapai Aiskrim dan Burger Berkuah. Bagi ena itu salah satu makanan yang unik kat sini.

Selain itu, tempat ni akan pasang lagu lagu terdahulu yang tak pernah didengari oleh orang zaman sekarang. Mungkin ada yang tahu dan ada yang layan lagu lagu macam ni, tapi bagi ena semuanya lagu lagu vintage gittew. Memang bersesuaian dengan nama tempat makan ini iaitu 'Lampuneon'


LOKASI LAMPUNEON TANJONG MALIM



Lokasi Lampuneon Cafe ini berhampiran dengan Elite Futsal Tg.Malim dan turut berhampiran dengan stesen keretapi Tg.Malim. Kalau you all naik komuter ke mari, jalan kaki sedikit dah sampai tempat makan ni. 

Alamat cafe ni you all boleh rujuk pada gambar di atas ye. Peta pun ada.



MENU YANG ENA MAKAN DI LAMPUNEON TANJONG MALIM

Ena datang kemari dengan mak dan ayah ena. Well, ena sebagai anak bongsu mereka for sure akan ke sana ke mari dengan parents ena. Dan orang yang dah berumur ni for sure nak makan makanan yang mereka biasa makan. So, ayah ena pilihlah Chicken Grill Black Pepper. 

Ena pula jenis suka rasa makanan yang tak pernah ena rasa lagi. Selak punya selak buku menu  Lampuneon Cafe ternampak "Dimmu Burger".  So ena terus order yang itu dengan limau bali ais. 


Limau Bali. Lega tekak minum air ni. 

Dimmu Burger, burger berkuah. Jatuh hati dengan kuahnya.

Chicken Grill Black Pepper. Macam Chicken Chop Sizzling dah. Ke memang sizzling?? entah ler.


INSTAGRAM LAMPUNEON TANJONG MALIM

You all dialu alukan untu terjah instagram Lampuneon Cafe di www.instagram.com/lampuneoncafe. Cafe ni baru dibuka, so masih lagi yang belum tahu akan kewujudannya. So, bagi mereka yang dah tahu bila baca entri ni, apa lagi jom terjah instagram mereka beramai ramai.





Bagi ena makanan kat sini rasa semuanya cukup dan boleh dikategorikan sebagai sedap. Layanan mereka pun sangat mesra dan baik, buat kita rasa selesa sangat makan kat sini. Senyum manis tak pernah lepa dari raut wajah pelayan di cafe ni. Kita makan pun rasa best je.

Oleh itu, kalau you all ada kat area Tanjong Malim ni, marilah cuba try test makan kat sini. Harga pun sangat murah. Macam Dimmu Burger tu, RM6 je. So, selamat mencuba ye! Jangan lupa baca doa makan sebelum makan. Amalkannya ye. 


Share

Other Article

ANTARA CAFE TERSEDAP DI TANJONG MALIM | LAMPUNEON CAFE
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
1.2.15

Saya selalu ikit jalan ini..bila turun dari genting nak ke Perak...Boleh try nanti ni "-)

Reply
avatar
1.2.15

chicken grill black apper tu mengancam kot. hahaha

Reply
avatar
2.2.15

Limau barli tak pernah rasa pulak..macam sedap je sbb suka limau dan barli juga.

Reply
avatar
3.2.15

klu rasanya mmg sedap , tak pe lah jadi sizzling... heeee

Reply
avatar
3.2.15

pernah jenguk instagram dorang. serious jeles bagi sesiapa yg dah pernah makan situ. hahaha. paling menarik dalam 2 boleh tgk movie skali kan? :D

Reply
avatar
3.2.15

aduh hai.. akak rasa limau bali tu macam gojes aje.. akak suka minum air barli ni first time tengok combo limau n barli.. menarik..

last ke tanjung malim was like tiga tahun lepas.. tapi kalo lalu highway exit tg malim slalu la =P

Reply
avatar
3.2.15

yummy yummyyy....kak aina,belanja !..heheee

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)