Saturday, February 28, 2015

MAGNUM CAFE MIDVALLEY MEGAMALL | KUALA LUMPUR


MAGNUM CAFE MIDVALLEY MEGAMALL | KUALA LUMPUR | Hari demi hari ena teringin sangat nak makan magnum yang dihias hias macam gambar di atas. Nak makan magnum tu dah selalu makan sebab favourite ena magnum ni sejak kecil lagi. So baru baru, memandangkan ena berada dekat MidValley, ena terus heret kawan ena ke Magnum Cafe ni.

Bukan senang ena nak kemari, dulu masa belajar kat CFS IIUM Petaling Jaya boleh la selalu ke mari.  Tapi masa tu mana ada lagi semua ni. Dan what happy day, masa ena pergi kat Magnum Cafe ni tak adalah ramai sangat orang beratur seperti mana yang diperkatakan oleh orang lain. Lepas ena dah beli, baru berduyun duyun orang kemari. Sangat bersyukur sebab Allah permudahkan urusankan kehidupan dan keinginan ena ketika ni.



LOKASI MAGNUM CAFE MIDVALLEY MEGAMALL


Lokasi Magnum Cafe ni berada di dalam Midvalley Megamall dan terletak di level paling atas sekali. Ala, kat bahagian wayang dengan food junction. Cari cari je kat area situ, you all pasti jumpa sebab perkataan 'Magnum' terpampang luas kat depan Magnum Cafe ni.

Magnum Cafe ni ada dua aras, aras bawah dengan aras atas. Bahagian bawah untuk kita order icecream Magnum yang berhias hias macam gambar ena kat atas tu, manakala bahagian kat atas kalau teringin nak makan desserts atau masakan panas. Ena pergi yang aras bawah je sebab kesuntukkan masa. Next time ena nak try makan makanan yang atas Magnum Cafe ni pula. Nak rasa dessert yang tengah HOT orang pilih sekarang.



CARA NAK ORDER AISKRIM DI MAGNUM CAFE MIDVALLEY


Setakat ini dua tempat yang ada Magnum Cafe ni, yang ena tahu lah, di Midvalley Megamall dengan IOI City Mall Putrajaya. Dan kedua dua tempat ni mempunyai sistem yang sama kalau nak order Aiskrim. Bahagian aiskrim tau bukan yang dessert punya. Bahagian dessert tu ena tak pasti bagaimana, adakah sama atau tidak, itu je. 

Sistem order kat sini kita boleh pilih topping, perisa dan drizzle dengan had limit yang diberi. Jangan risau, sebelum nak buat bayaran, ada buku panduan yang boleh you all baca terlebih dahulu. Jom ena terangkan satu persatu dengan gambarnya sekali.




1) Pilih perisa aiskrim, Vanilla atau Brownie. 

2) Pilih perisa Coated yang you all suka, White, Dark, Milk ( Jenis Chocolate)

3) Pilih Topping sebanyak 3 jenis sahaja yang you all boleh pilih.


4) Pilih Perisa untuk Drizzle, White, Dark dan Milk (Jenis Chocolate)

5) Siap dan you all dah boleh jamah selera you all.


Lepas dia campurkan semua topping yang kita pilih,

Jenis jenis chocolate.


PILIHAN ENA UNTUK AISKRIM MAGNUM 

Ena pilih aiskrim perisa Vanilla, Coating perisa Milk Chocolate, Topping ena pilih Marshmallow, Grape Jelly dengan Hazelnut, Drizzle ena pilih White Chocolate. 



Kawan ena punya ena tak ingat dia pilih apa untuk topping, yang ena ingat perisa aiskrim, coated dan drizzles. Untuk perisa aiskrim dia pilih Brownies, coated pula White Chocolate dan Drizzles Dark Chocolate. 




HARGA SATU MAGNUM AISKRIM


Satu aiskrim : RM9.80 tidak termasuk tax apa semua tu.


Untuk dessert dengan masakan panas, harga lain lain dan pastinya lebih mahal. Mengikut kuantiti dan kualitinya. Tak rugi kalau nak mencuba sebab kenyang dan berpuas hati dengan rasanya.




Itu sahaja daripada ena, selamat mencuba.

More Nyummy Here

Tuesday, February 24, 2015

TAPPERS CAFE | EAST COAST MALL KUANTAN



TAPPERS CAFE | EAST COAST MALL KUANTAN | Kali ni ena jadi foodhunter di area tempat ena belajar iaitu bandar Kuantan. Lepas je habis kuliyyah, ena dengan kawan kawan ena yang lain pergi serbu ke kedai makan Tappers di East Coast Mall Kuantan (ECM). Tappers Cafe di ECM ni agak baru dioperasikan di area Kuantan ni. Selalunya Tappers ni boleh didapati di kawasan Kuala Lumpur sahaja. Dan Alhamdulillah, orang Kuantan tak perlu pergi jejauh lagi, kat sini dah ada Tappers Cafe.

Diri ena pun masih belum diberi kesempatan lagi cuba try test makan kat sini sebelum sebelum ini. Memandangkan kawan kawan ena ajak pada ketika ni, apalagi ena ON je la alang alang boleh jadi foodhunter terus. 


TAPPERS CAFE MALAYSIA

Konsep cafe ini menarik inspirasi daripada warisan penjajah Malaysia dan sangat popular dengan "kedai makanan ringan" pada lewat tahun 60-an dan awal 70-an. Memang kalau masuk cafe ni, suasananya nampak ala ala British zaman dulu dulu kala. 






MENU YANG DIORDER DI TAPPERS CAFE ECM KUANTAN

Di sini, semua makanannya menekankan masakan ala ala Barat seperti chicken chop, pasta, salad dan sebagainya lagilah. Yang penting bagi ena, semuanya sedap dan cukup rasa makanan yang ena dah rasa setakat ini. Tambahan pula tempat dan suasana kat sini sangat tenang dan tidak menyerabutkan kepala otak, membuatkan rasa makanan tu bertambah sedap.


Kelemahan kat sini cuma pelayan Tappers Cafe ni yang masih terlupa dengan makanan yang diorder oleh customer. Maybe baru lagi dan akan datang, mungkin akan lebih smooth. Hopefully.

So, macam biasa jom tengok menu yang kami makan di sini.


Tappers Signature Spagetti Cream Carbonara. 

Cajun Chicken Salad. Kalau makan yang ni je dah cukup mengenyangkan.

Cream Of Mushroom Soup. Rasa sup cendawan ni memang sedap dan lain dari yang pernah ena rasa.

Steak and Mushroom Spagetti. Rasanya macam Carbonara tapi rasa daging tu memang mantapp!

Tappers Signature Hainanese Chicken Chop. Yang ni memang sedap gila! Serius.

Chicken Teriyaki Rice. Ni pun sedap. Kuah kicapnya tak terlampau manis dan manis. Light je.



LOKASI TAPPERS CAFE DI ECM KUANTAN

Lokasi cafe ini berdekatan dengan kedai Coffee Beans. Dari luar bangunan ECM dah boleh nampak Coffee Beans tu, so Tappers Cafe ni ada di sebelahnya. Di bawah ni ena share alamat serta masa operasi setiap hari.Nak ke ECM ni, you all boleh wazekan sahaja bagi mereka yang tak tahu untuk kemari.


TAPPERS CAFE
Lot GF-02, Ground Floor,
East Coast Mall, 
Jalan Putra Square 6,
Putra Square
25200 Kuantan.


MASA: 10am until 10pm (Setiap hari)




More Nyummy Here

Tuesday, February 17, 2015

BB CREAM YANG MENAIKKAN SERI WAJAH | SEQY BEAUTY


BB CREAM YANG MENAIKKAN SERI WAJAH | SEQY BEAUTY | 
Pernahkah you all beli dan BB Cream dari memana jenama tapi lepas pakai muka jadi kelabu dan tidak sekata?? Bila berpeluh mulalah bertompok tompok muka terutama dibahagian bawah mata kita. Haaaa itu menandakan BB Cream tersebut tidak sesuai dengan wajah apa yang ena baca selama ni dan kaji selama ni.

Ena pun dah bermacam macam jenis BB Cream termasuklah foundation yang dah ena cuba dan pakai. Setakat ni ada dua jenis jenama BB Cream dan foundation yang bersesuaian dengan kulit ena yang bersawo matang ni. Tak putih sangat dan tak gelap sangat, sedang sedang gittew. 

Memandangkan BB Cream yang sesuai dengan muka ena sudah habis dan dah puas mencari kat kedai tapi tak ada dijual. So kebetulan pula, ada seorang kawan sarankan ena untuk pakai BB Cream dari Seqy Beauty. Nampak menarik dan tengok testimoninya pun bukan calang calang orang yang dah cuba, termasuklah kak Yuyu Zulaikha. Apa lagi, ena pun try lah. 


BB CREAM SEQY BEAUTY


BB Cream dari Seqy Beauty telah dijamin keselamatan untuk diguna oleh KKM dan juga status halalnya yang telah disahkan oleh JAKIM. Oleh itu, you all tak perlu rasa was was lagi untuk guna BB Cream ni. BB Cream Seqy Beauty adalah 100% buatan Malaysia dan kandungannya sangat bersih serta sesuai untuk semua jenis kulit.

Dibawah ni ena nak kongsikan serba sedikit kelebihan menggunakan BB Cream dari Seqy Beauty. Sebelum tu, ena nak tekankan bahawa adalah sangat penting untuk kita menggunakan BB Cream yang betul dan bersesuaian dengan muka. Kalau tak selidik dengan betul, boleh mengundang penyakit kulit. So berhati hatilah ketika memilih produk untuk muka.



KELEBIHAN BB CREAM SEQY BEAUTY

Okay, kelebihan BB Cream ni adalah..

1) Muka tidak terlampau berminyak dan tidak terlampau kering sepanjang hari.

2) BB Cream ini juga sebagai krim essential, menutrisi, menegangkan dan menghaluskan kulit.

3) Menutup parut dan cela di wajah.

4) Menjadikan tona warna kulit lebih sekata.

5) Melindungi kulit wajah dari sinaran UV yang berbahaya.

6) Mengurangkan dan mengawal bintik hitam, noda dan flek pada wajah.

7) Melambatkan penuaan pada kulit wajah.

8) Boleh digunakan sebagai bedak asas.

9) Tekstur yang ringan dan liang liang roma pada muka juga tidak tersumbat.




CARA NAK PAKAI BB CREAM SEQY BEAUTY



Picit pada anak panah pada gambar rajah diatas. Nak tepek terus ke muka pun boleh atau nak letak kat tangan dulu dan baru sapu seluruh muka pun boleh juga. Tapi ena sarankan tepek terus ke muka la sebab tangan kita ni bukannya bersih sangat pun. Takut naik jerawat kat muka.



TESTIMONI YANG TERBAIK DARI ENA


SubhanaAllah! Akhirnya ena jumpa BB Cream yang lain yang bersesuaian dengan muka ena. Muka ena tak jadi kelabu dan warna kulit lebih menyerlah. Ena pun semakin berkeyakinan nak berjumpa dengan orang lain bila muka nampak kemas dan lebih berseri berbanding sebelum sebelum ni. Alhamdulillah, semuanya dengan izin daripada Allah juga. 

Oleh itu, ena sarankan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat atau masalah kulit muka tetapi nak pakai BB Cream supaya muka tampak berseri, belilah BB Cream dari Seqy Beauty . Serius best! Tak menyesal beli. Siapa tak nak jadi cantik hoii!!??? Tapi jangan berlebih lebihan, so apa salahnya nak tepek muka dengan BB Cream. Ala nak buat sebagai bedak asas pun boleh. Tak payah membazir beli bedak compac yang lain dah.



HARGA BB CREAM SEQY BEAUTY

Semenanjung Malaysia : RM 55 (Sebotol)

Sabah / Sarawak : RM 60 (Sebotol)



HUBUNGI PIHAK SEQY BEAUTY

Setakat ini hanya Cleanser Seqy Beauty dan BB Cream Seqy Beauty sahaja yang ada. Oleh itu, kepada mereka yang ingin mencuba juga, mari la dapatkannya dari agen yang berdaftar. 


WHATSAPP / TELEGRAM / SMS:
013 3151382 (Eyza)

INSTAGRAM:





More Nyummy Here

Saturday, February 14, 2015

BISNES CARD BERWAJAH BARU 2015 | INA AINAA


BISNES CARD BERWAJAH BARU 2015 | INA AINAA Memandangkan nama blog ena sudah berwajah baru dengan menggunakan nama sendiri, so bisnes card pun wajib berwajah baru. Sebelum itu, nak bagitahu bahawa INA AINAA adalah nama sebenar ena yang diberi oleh kedua dua ibu bapa ena. Ena berkata sedemikian sebab ada bertanya Ina Ainaa tu stand for what. Ho ho ho. Maybe dia pelik nama ena ada tiga huruf yang berulang kottt iaitu 'I' 'N' dan 'A'.


BISNES CARD BERWAJAH BARU INA AINAA

Warna tema masih tak berubah iaitu pink dan putih. Dua warna ni memang favourite ena. So, untuk design kali ini ena tempah kat kawan ena iaitu Yazid Yahya. Dia pilih mata ena kerana nama ena, INA AINAA bermakna 'mata'




Untuk print out bisnes card ni, ena tempah kat blogger Zaza Zehra. Murah dan sangat berpuas hati dengan kualiti kertas yang digunakan. Proses untuk card ni siap pun pantas, tidak perlu tunggu dalam tempoh yang lama. fats and furious gittew. Ahaks. Cuma kawan ena yang designkan bisnes card ena tu terlupa nak tukarkan color ke CMYK, so warna agak lari sedikit dan tak berapa sharp. Tak mengapalah, nasib baik dah tukar. Next time boleh print out lagi. 

Oleh itu, kepada mereka yang sedang mencari tempat untuk print out bisnescard, boleh lah hubungi, Zaza Zehra.



More Nyummy Here

Friday, February 13, 2015

TEMPAT BUAT HENNA YANG KEMAS | TELUK CHEMPEDAK


TEMPAT BUAT HENNA YANG KEMAS | TELUK CHEMPEDAK | Henna atau lebih dikenali 'INAI' merupakan salah satu kegemaran ena sejak kecil lagi. Difahamkan, sesetengah orang tak berapa gemar untuk pakai henna tapi ena sebaliknya. Turutkan hati ena, kalau boleh setiap hari ena nak pakai henna. Dan lagi ena suka dengan henna yang bercorak corak tu di tangan tu.




Oleh itu, baru baru ni, ena pergi buat ukiran henna di tangan kiri kat Teluk Chempedak Kuantan, Pahang. Kawan ena yang sarankan buat kat situ sebab murah dan cantik. Memang betul betul cantik dan kemas je kakak Melayu tu buat. Hanya RM10 untuk segala jenis design. Kalau nak buat sampai ke siku, mahal sedikitlah. 


Apapun, berpuas hatilah dengan hasil ukiran henna dia. By the way, kat Teluk Chempedak tu ada dua tempat boleh buat ukiran henna, seorang Melayu dan seorang India.




So kalau you all nak buat, sila pergi kat kakak Melayu sebab kat orang india tu, buruk gila dia buat. Mahal pula tu. Ena cakap sebab ena pernah buat kat india tu. Serius hodoh dan tak kemas. Macam budak budak kecil conteng kat tangan ena ni je. Menyesal sungguh buat kat India tu. Melayang duit ku. Sobs!



More Nyummy Here

Thursday, February 12, 2015

MOVIE REVIEW | INTO THE WOODS DISNEY


MOVIE REVIEW | INTO THE WOODS DISNEY | Alhamdulillah, diberi peluang kepada ena untuk tengok cerita Into The Woods keluaran Disney di Golden Screen Cinema East Coast Mall, Kuantan. Ena dari dulu lagi suka semua movie yang dikeluarkan oleh Disney, termasuklah cerita katunnya. So, agak excited bila nak pergi tengok movie ni

Sebelum ni, ena ada nampak ketidakpuashatian atau komen negatif terhadap cerita ni. Pada mulanya, ena tak percaya dengan komen yang lain, so ena pergilah tengok cerita ni memandangkan kawan kawan ena ajak. Nak tahu best ke tak?? Haaaa.. sila teruskan pembacaan anda.


INTO THE WOODS DISNEY



Malangnya, ena sedikit kecewa dengan movie Into The Woods sebab jalan ceritanya agak tak berapa best bagi ena. Boleh pula prince charming jadi curang. Charming la sangat kan. Hurmm. Oleh sebab itu, ena percaya dengan komen negatif orang lain terhadap movie ni bahawa jalan ceritanya kurang awesome gitteww. Tambahan pula, banyak bernyanyi daripada bercakap dan menyebabkan ena kurang menjiwai. Kalau sekali dua menyanyi tak mengapa, ini memanjang menyanyi, agak annoying sedikit. Maybe pengarahnya nak buat lain dari yang lain. 

So ena bagi ranking 5/10 untuk movie Into The Woods ni.



SINOPSIS

Cerita ni ena tak tahulah nak buat sinopsis macam mana tapi movie ni mengisahkan sepasang suami isteri yang inginkan anak dan mengembara di dalam woods atau hutan banat untuk mencari segala yang diminta oleh ahli sihir yang telah menyihir mereka menjadi mandul. Kalau mereka dapat fullfill segala kehendak ahli sihir tu, sihir tersebut akan musnah dan mereka akan memperolehi anak. Jalan cerita ni mengenai kisah ketika proses percarian tu berlaku.

Banyak movie yang digabungkan dalam satu cerita seperti Rapunzel, Cinderella, Little Red Riding Hood dan The Magic Beans. Bagi yang belum tengok tu, cerita ni dah lama keluar di pawagam sebenarnya. So you all boleh download melalui internet.

Sebelum tu, tengok dulu trailer Into The Woods.





More Nyummy Here

ICESCAPE ICE RINK MALAYSIA | IOI MALL PUTRAJAYA



ICESCAPE ICE RINK MALAYSIA | IOI MALL PUTRAJAYA | Baru baru ni, ena ke Putrajaya dengan seorang kawan blogger ena iaitu Nyna Nieyna untuk cuba try test main ice skate di IOI Mall Putrajaya. Sengaja nak try main kat sini, nak tengok servisnya bagaimana dan harga kat sini berapa. Selalunya ena main di Sunway Pyramid dengan kawan kawan blogger yang lain, dah bosan dah kat situ. So, ena main kat sini pula.


Bagi ena yang bukan seorang skater yang pakar atau yang dah boleh luncur laju laju, mana mana tempat sama je sebab ena wajib akan tergolek dan tertonggeng macam ayam golek. Huaaaaa. Sebaik boleh cover cepat. Kah! *Bukan orang kisah sangat pun sebab depa pun jatuh lagi teruk.. ehhhh kah!* Tapi kali ni ada improvement pada diri ena sebab dah boleh main kat tengah tengah. Dulu ni, seolah seolah budak kecil baru belajar nak berjalan. Hahaha. 



LOKASI ICESCAPE ICE RINK  IOI MALL PUTRAJAYA



Seperti yang ena sudah mention, ice skating ni terletak di dalam IOI Mall Putrajaya. Dan juga terletak di tingkat 1 dalam mall ini. Tempatnya terbuka, so you all pasti boleh cari punyalah.



HARGA ICESCAPE ICE RINK IOI MALL PUTRAJAYA

Mengenai harga dan bayaran, boleh rujuk kat bawah ni.


Kalau you all nak berjimat, lebih baik bawa gloves dan stokin sendiri daripada rumah. Tak adalah kena charge nanti. Kat sini tiada had limit masa. You all boleh main dari pagi sampailah ke malam kalau you all larat. Har Har Har.



HARI ICESCAAPE ICE RINK DIBUKA

Isnin hingga Ahad tempat ni dibuka. Masanya pula sama dengan IOI Mall Putrajaya buka setiap hari, dalam jam 10am plus minus. Standard masa mana mana mall buka.



Ena kalau pergi lepak dengan member, ena lebih suka buat aktiviti sebegini rupa daripada pergi karoke atau pergi tengok wayang. Sebab tu ena jarang tengok wayang kalau keluar dengan kawan kawan atau dengan buah hati. Mada cerita orang putih yang best best atau keinginan nak tengok wayang tu datang membuak buak. Baru ena pergi tengok. Ahaks.

Itu sahaja dari ena, so bagi mereka yang stay berdekatan dengan Putrajaya, boleh la ke mari. Tak perlu susah susah pergi jejauh dah. Kalau tak reti main, at least ambillah pengalaman.


More Nyummy Here

Monday, February 09, 2015

REVIEW BLOG | NILAM HIMAWARI YANG COMEL



REVIEW BLOG | NILAM HIMAWARI YANG COMEL | Haa, untuk entri kali ni ena nak review seorang blogger iaitu Nilam Himawari atau nama yang lain bagi si comel ni adalah Nilam Syapina. Nilam ni dah lama juga terjebak dalam dunia blogger ni dan ena juga dah lama kenal dia melalui facebook dia. Selalu tengok dan like status status Nilam di facebook. Comel betul orangnya, macam ada kacukkan arab arab gitu. Hehe.

Salah satu ena tertarik nak review blog dia sebab newface blog Nilam sangat sangat cantik. Bila masuk dalam blog Nilam, wow! Gila lawa! Ada kepak rama rama gitu. Warna pink pula tu, my favourite colour ever! Aishhh tetiba rasa nak tukar baju untuk blog ena pula. Tapi hold dulu la sebab duit diperlukan sangat sangat sekarang.



BIODATA NILAM HIMAWARI


Seperti yang ena baca biodata Nilam di blog dia, umur baru 20 tahun dan genap pada 7 Mei 2015. Bermakna Nilam ni 3 tahun lebih muda dari ena. Tua dah ena ni, huaaaaa!~ Nilam berasal dari Penang, orang utara dan memang seorang anak jati dari sana. Patutlah muka dia ada kacukkan sedikit. Hehehehe. Difahamkan, Nilam ni berharap menjadi novelis suatu hari nanti dan karang novel sebagai hobi dia. Perrgghhh! Ni mesti Bahasa Melayu masa zaman sekolah dulu selalu dapat markah tiptop kan kan. Hehehe. Ena memang fail lah bab bab bahasa ni. Otak bukan jenis otak sastera. Ahaks. Tabik spring sama Nilam Himawari.


FANPAGE NILAM HIMAWARI




You all, jom beramai ramai like fanpage si comel ni untuk berkenalan dan menambah kenalan dalam dunia blogger. Dan juga you all dialu alukan untuk pergi terjah blog personal Nilam iaitu di http://nilamhimawari.blogspot.com/ . Sure you all akan suka dengan corak blog dia. 

Okay itu sahaja dari ena. Jangan lupa tau terjah blog si Nilam yang comel ni. Sayang you all.



FACEBOOK NILAM:

TWITTER NILAM:

INSTAGRAM NILAM:

WEBSITE NILAM:
More Nyummy Here

Thursday, February 05, 2015

KOREAN CUISINE DUBU DUBU | NU SENTRAL




KOREAN CUISINE DUBU DUBU | NU SENTRAL | Kali ni ena pergi makan makanan Korea pula. Sebelum ni ena makan makanan Jepun di SINI. Ena boleh masuk dengan semua jenis makanan dari pelbagai jenis bangsa dan negara, sudah semestinya wajib HALAL. Ena difahamkan ada sesetengah antara kita tak boleh masuk dengan makanan Korea atau Jepun atau dua dua. 

Urban Korean Cuisine Dubu Dubu adalah tempat makan pilihan ena untuk jadi FoodHunter kali ini. Memandangkan ketika itu berada di NU Sentral, so ena ke Dubu Dubu untuk cuba try test makan kat sini untuk pertama kalinya. 



LOCATION DUBU DUBU DI NU SENTRAL


Dubu Dubu mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan antaranya adalah di Sunway Pyramid, Gurney Paragon Mall, Berjaya Times Square, One Utama, Mid Valley Megamall, Quill City, NU Sentral, dan IOI City Mall. Kebanyakkan ada di sekitar area Kualan Lumpur dan hanya satu di Pulau Pinang.

Dan kali ini, seperti yang ena sudah perkatakan, ena try makan Dubu Dubu di NuSentral. Dubu Dubu ni terletak di aras second last bangunan Nu Sentral. Kiranya bawah dari Golden Screen Cinema iaitu di level 4.

You all boleh rujuk di sini : Click Sini



URBAN KOREAN CUISINE DUBU DUBU 

Ini merupakan kali pertama ena cuba try test di sini dan ena juga jarang mentelaah makanan Korea ni, selalunya makan makanan Jepun. Favourite ena makanan Jepun ni. Selalu kalau makan kat FoodCourt, ena akan pilih bibimbap sahaja. So kali ini ena nak cuba makanan Korea yang lain pula.



Ena agak terkejut sedikit dengan rasa makanan Korea ni sebab mungkin tak biasa. Mula mula rasa je terkejut, lama lama rasa sedaplah pula. Terutama menu Soondubu Jigae Beef. Perrrggghhh! Licin licau Soondubu Jigae ni ena dengan kawan ena makan. Harga kat sini agak mahal bagi tapi mungkin ini standard harga bagi makanan Korea. HuwaAllahuAlam sebab ena tak survey lagi tempat makanan Korea yang lain.

 Itu kualiti makanan. Kualiti tempat ni pula ena nak komen. Kedudukan, keselesaan udara dan kebersihan tempatnya okay. Ena berpuas hati dengan semua itu cuma ena kurang berpuas hati dengan pelayan perempuan kat sini sebab pemakaian kurang kemas dan communication agak kasar sedikit dengan pelanggan. Lepas tu, tiada senyuman diberikan, muka masam mencuka. So ena harap pihak Dubu Dubu Nu Sentral ambil tindakan dengan sewajarnya.



MENU YANG ENA MAKAN DI URBAN KOREAN

Berikut adalah menu yang ena order, set untuk dua orang makan dan bukan set untuk kawan ena seorang lain. Ena pergi bertiga ketika ini.


1) All- Day Sets : RM49
- Soondubu Jigae Beef
-Korean Spicy Wings
-Dubu dubu Rice
-Roasted Barley Tea (Drink)
- 2 Desserts
- Free Flow Banchan (side dishes).


Dubu Dubu Rice with Soup Seaweed

Flow Banchan

Roasted Barley Tea

Korean Spicy Wings


2) Set Single

Spicy Seafood Ramyeon : RM 18.90 (set) , RM16.90 (Ala Carte)



DETAIL DUBU DUBU NU SENTRAL

Dibawah ni alamat, nombor telefon dan laman web Dubu Dubu di cawangan Nu Sentral.

ALAMAT:
Dubu Dubu Nu Sentral
Unit L4.04, Level 4,
NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur.

WEBSITE:

TELEFON / FAX:
03 22722116





More Nyummy Here

Tuesday, February 03, 2015

CERITA PERCINTAAN NARUTO | NARUTO THE MOVIE : THE LAST


CERITA PERCINTAAN NARUTO | NARUTO THE MOVIE : THE LAST | Baru baru ni, ena pergi menonton Naruto The Movie : The Last ada di pagawam Golden Screen Cinema (GSC) NU Sentral. Sebenarnya mana mana GSC ada cerita ni tetapi memandangkan GSC NU Sentral dekat dan mudah sedikit ena nak meet dua orang lagi kawan ena iaitu Yazid dan Halim Brothers.

Ena memang seorang yang suka tengok anime atau kartun berbanding tengok drama Melayu mahupun Korea. Ramai yang pelik dengan minat ena ni tapi dah nak buat macam mana kan. Minat ena memang dah menghala ke situ. Nak kata ena ni tak feminine, eeerrmm sedikitlah tapi jiwa ena memang sangat ngam dengan benda benda yang berfantasi ni. So, bila cerita Naruto The Movie ni keluar, terus ena nak pergi tengok dan diteman oleh dua jejaka yang dikenali. 





NARUTO THE MOVIE THE LAST

Bagi ena cerita ni boleh tahan jalan ceritanya. Best juga jalan ceritanya cuma bab lawan lawan agak kurang sedikit. Namun, bab cinta antara Naruto dengan tetttt ada banyak. So bestlah bagi ena yang berjiwakan sedikit keperempuanan ni yang meminat dengan cerita bercintan bercintun. Tapi mostly jiwa ni nak tengok mereka berlawan lawan, itu lagi syokkk sebenarnya. 

So, berapa bintang ena nak bagi??? Emmm emmm ena bagi 7/10 .





SINOPSIS NARUTO THE MOVIE THE LAST

Kisah cerita Naruto The Movie mengenai hal Hyuuga Hinata dengan Reincarnation Of Eyes. Ada seorang ninja dari Bulan ni menyerang puak Hyuuga dan culik Hinata serta berhasrat untuk mengahwini Hinata. Semua disebabkan mata oleh mereka. 

Oleh itu, misi Naruto and the geng adalah untuk menyelamatkan Hyuuga Hinata dan menyelesaikan hal masalah yang bakal ditimpa oleh Konoha Village. Masa ni semuanya watak watak dalam cerita Naruto dah besar besar. Lain betul rupa mereka. 

Ada diselit selit juga perjalanan kisah percintaan Naruto dengan tetttt juga. So, nak tahu Naruto dengan siapa akhirnya, adakah dengan Sakura yang diminatinya sejak kecil lagi atau dengan Hinata yang menaruh harapan kepada Naruto sejak kecil?? Haaa kalau nak tahu, kenalah tonton cerita ni sendiri ye.


More Nyummy Here

Sunday, February 01, 2015

ANTARA CAFE TERSEDAP DI TANJONG MALIM | LAMPUNEON CAFE


ANTARA CAFE TERSEDAP DI TANJONG MALIM | LAMPUNEON CAFE | Dah lama juga ena mencari peluang untuk makan kat Lampuneon Cafe sejak pihak mereka follow Instagram ena. Kawan kawan ena yang lain pun satu persatu kata tempat ni memang sedap dan selesa untuk makan santai santai waktu petang. So, baru baru ini ena ajak parents ena untuk try makan kat sini memandangkan ayah ena ketika ini dia nak makan kat luar.

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat hati untuk jadi foodhunter di Lampuneon Cafe, Tanjong Malim sebelum pulang ke Kuantan. 


LAMPUNEON CAFE TANJONG MALIM


Di cafe ini, you all boleh makan makanan barat seperti burger, chicken chop, sizzling dan lain lain lagi. Selain itu, masakan panas pun ada seperti nasi goreng, mee goreng, benda yang bergoreng goreng la. Sebab itulah ena kata kat sini memang makan makanan yang santai santai je. Ada juga makanan yang macam rare sedikit seperti Tapai Aiskrim dan Burger Berkuah. Bagi ena itu salah satu makanan yang unik kat sini.

Selain itu, tempat ni akan pasang lagu lagu terdahulu yang tak pernah didengari oleh orang zaman sekarang. Mungkin ada yang tahu dan ada yang layan lagu lagu macam ni, tapi bagi ena semuanya lagu lagu vintage gittew. Memang bersesuaian dengan nama tempat makan ini iaitu 'Lampuneon'


LOKASI LAMPUNEON TANJONG MALIM



Lokasi Lampuneon Cafe ini berhampiran dengan Elite Futsal Tg.Malim dan turut berhampiran dengan stesen keretapi Tg.Malim. Kalau you all naik komuter ke mari, jalan kaki sedikit dah sampai tempat makan ni. 

Alamat cafe ni you all boleh rujuk pada gambar di atas ye. Peta pun ada.



MENU YANG ENA MAKAN DI LAMPUNEON TANJONG MALIM

Ena datang kemari dengan mak dan ayah ena. Well, ena sebagai anak bongsu mereka for sure akan ke sana ke mari dengan parents ena. Dan orang yang dah berumur ni for sure nak makan makanan yang mereka biasa makan. So, ayah ena pilihlah Chicken Grill Black Pepper. 

Ena pula jenis suka rasa makanan yang tak pernah ena rasa lagi. Selak punya selak buku menu  Lampuneon Cafe ternampak "Dimmu Burger".  So ena terus order yang itu dengan limau bali ais. 


Limau Bali. Lega tekak minum air ni. 

Dimmu Burger, burger berkuah. Jatuh hati dengan kuahnya.

Chicken Grill Black Pepper. Macam Chicken Chop Sizzling dah. Ke memang sizzling?? entah ler.


INSTAGRAM LAMPUNEON TANJONG MALIM

You all dialu alukan untu terjah instagram Lampuneon Cafe di www.instagram.com/lampuneoncafe. Cafe ni baru dibuka, so masih lagi yang belum tahu akan kewujudannya. So, bagi mereka yang dah tahu bila baca entri ni, apa lagi jom terjah instagram mereka beramai ramai.





Bagi ena makanan kat sini rasa semuanya cukup dan boleh dikategorikan sebagai sedap. Layanan mereka pun sangat mesra dan baik, buat kita rasa selesa sangat makan kat sini. Senyum manis tak pernah lepa dari raut wajah pelayan di cafe ni. Kita makan pun rasa best je.

Oleh itu, kalau you all ada kat area Tanjong Malim ni, marilah cuba try test makan kat sini. Harga pun sangat murah. Macam Dimmu Burger tu, RM6 je. So, selamat mencuba ye! Jangan lupa baca doa makan sebelum makan. Amalkannya ye. 


More Nyummy Here