Monday, January 12, 2015

ZOO NEGARA | MALAYSIA




ZOO NEGARA | MALAYSIA | Dah lama ena tak jejak kaki kat Zoo Negara ni sejak umur 11 tahun, now dah umur 23 tahun. Tuddiiiaaa dah 12 tahun tak mai sini. Apapun, alhamdulillah, baru baru ni ena diberi kesempatan untuk datang ke sini demi menenangkan pemikiran melihat binatang ciptaan Allah. 

Dalam 12 tahun ni, sudah pastinya banyak perubahan berlaku. Serius ena cakap, dahulu zoo negara tak semegah sekarang. Tak berbaloi pergi masa tahun tu. Now, walaweeehhhhh puas! Macam macam binatang ada dan semuanya debab debab belaka. Rakyat Malaysia pun ramai yang debab debab, haiwan pun tidak ketinggalan. Hahahaha. Okay jangan terasa haaa, gurau je.




DETAILS MENGENAI ZOO NEGARA MALAYSIA

Zoo Negara berdekatan dengan Taman Melawati dan timur laut Kuala Lumpur. Kalau nak kemari, jangan risau WAZEkan je. Ena kemari pun dengan bantuan waze. Heheheh. Okay, selain itu Zoo Negara telah dibuka pada 14 November 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Pergghhhh, sebelum ena lahir dah wujudnya Zoo Negara ni. 


HARGA MASUK


Maaf, gambar di atas ni ena ambil dari Incik Google. Lupa nak snap gambar harga masa hari tu. Apapun, ini baru bayaran untuk masuk. Parking pun kena bayar tau tau. Masa ena haritu kena RM7.50 dan hari weekdays. Kalau weekends tak tahu pula berapa dichargenya. Cara nak bayar adalah guna mesin AutoPay. Alaaa macam kat shopping complex tuuu. Tak susah nak cari, nanti keluar ke parking nampaklah mesin Autopay tu.

Okay seterusnya ena nak share gambar gambar haiwan yang ada kat Zoo Negara ni. Ada yang ena tak snap sebab terlampau banyak haiwan haiwan yang ada kat sini. Tapi tak sempat nak tengok Panda sebab tak bayar pun untuk panda. Nanti nantilah tengok.


GAMBAR GAMBAR HAIWAN

1) Haiwan mamalia

Monyet ni time ena nak tangkap gambar dia, dia tunjuk bontot kat kita. Ingat seksi lettew. Kah!

Ada orang tu cakap kat ena bila ternampak badak air ni, " Eh eh Awaklahhh Ainaaaaa dalam air tu" Kkkrrrooohh.

Redbull! Ehhh! Hahaha Besar gila dia ni. Maybe ketua kat sini sebab layan feeling sengsorang je.

Yang tengah baring tu dah tak larat agaknya tengok kawan dia dok kesana kemari. Restless apasal tak tahu.

Binatang tertinggi di dunia, Zirafah. Serius binatang yang sangat unik dan cantik bagi ena.

Konon dapat peluk aaaa. Kalau dapat peluk pun, tahap kaki zirafah tu je kot. Ekekekekeke


2) Reptilia

Tak tahulah apa nama Kura kura ni tapi nampak tulang belakang dia. Yang scarynya sebab besar yang amat sangat. Nampak je dalam gambar ni kecil.

Yang tengah meniarap dan merangkak tu, Kura kura Gergasi. Nampak dalam gambar nampak kecil, tapi hanya Allah jelah tahu besarnya macam mana.

3) Burung


Kawasan rumah Penguin. Comel la hai. Berenang renang. Ada yang tengah tidur tersengguk sengguk.


Sedap dia tidur. Hahahaha.

Merak. Yang jantan punyalah lawa tapi yang betina cokolat je. Sebaik laku. Hahahaha.

Rasanya ni bukan Flamingo tapi bulunya warna pink bulu kat bontot. Cantik! Bebas berkeliaran.


4) Ikan 

Ini kawasan ikan sungai yang besar tahap MAX! Serius, scary tengok.

Akuarium

Suasana dalam akuarium. Macam macam jenis ikan ada. Dari saiz kecil sampai la ke besar godang.

Besar sungguh Toman ni. Selalu nampak yang kecil je. Ni lah ikan digelar suka tumbuk dada orang guna kekuatan dibahagian muka dia.


5) Serangga dan Rama rama

Di dalam taman rama rama

Rama rama yang saiz kecil dan sederhana semuanya lawa, yang besar godang kurang menyerlah. Warna pun cokolat, putih, hitam je. Scary pula ena tengok rama rama yang bersaiz besar.

You all boleh pegang rama rama kat sini. Bagi yang alergik dengan kepak rama rama, dinasihatkan tidak memasuki tempat ni sebab terlampau banyak rama rama yang ada.

Tempat makan rama rama. Baunya usah dikatalah. Busuk masam. 

Rama rama yang paling besar. Dan pernah jumpa kat depan rumah ena dahulu. 

Tak tahulah ini sejenis rama rama atau kupu kupu. Saiznya agak besar.

Serangga yang menyerupai daun. Kalau sekali pandang memang tak nampak penyamaran serangga ni dan serangga macam ni yes ena gerun sedikit. Lipas ena tak takut. Har har har.


Itu sahaja ena nak share. Sememangnya tengok binatang ni boleh menenangkan hati yang tengah resah. Dan banyaklah ena jumpa fauna yang belum ena tahu sebelum ini. Selain itu, terdapat banyak flora yang ditanam kat sini. So, kita boleh pelajari nama nama flora kat sini.

Kepada yang ingin datang ke mari, ena galakkan sangat sangat. Semuanya keselamatan di sini sangat terjaga, jangan risau. Tambahan pula, elok untuk anak anak kecil yang sedang mengembang otak mereka mengenali dunia.




Itu sahaja perkongsian dari ena. You all juga dijemput untuk melawat website Zoo Negara Malaysia. Dibawah ni ada ena letakkan link. 


WEBSITE:


Share

Other Article

ZOO NEGARA | MALAYSIA
4/ 5
Oleh

13 Comments

Comments
avatar
12.1.15

lama gak tak p zoo,tetiba rasa nak p,actually tahun lepas lagi nak p,tapi tak berkesempatan,hukss

Reply
avatar
12.1.15

Tak pernah lagi p zoo negara. Selalu p zoo taiping tapi tu pun dah berkurun tak p hehe.

Comel la zirafah haha

Reply
avatar
12.1.15

Wawa belm pernsh sampai lg zoo negara.. best gak klu bawak kank2 ni..

Reply
avatar
12.1.15

memang lama gile tak pergi Zoo ni..lagipun banyak haiwan yang dah hampir pupus pun ada..huhu tapi yang seronoknya pergi zoo dapat tengok haiwan yang comel comel dan boleh pegang macam kuda padi tu..heee

Reply
avatar
12.1.15

bestnyaa. last pergi zoo masa sekolah dulu. hehe

Reply
avatar
14.1.15

mahal betul nk tengok panda. huhu

Reply
avatar
15.1.15

whoaaa dah lama tak pegi situ .. ena berani ek pegang keldai tu ninak tak berani takut dia sondol :'( rama2 pn nina geli sbb kaki dia macam spider :'(

Reply
avatar
16.1.15

takyah g zoo dah.. tgk sini jea :)

Reply
avatar
19.1.15

Dah lama tak g zoo negara..

Reply
avatar
19.1.15

Dah lama tak g zoo negara

Reply
avatar
20.1.15

walaupun rumah dekat dengan zoo tapi tak jejak lagi..last pun sebelumkawin tu pun umur berapa ntah

Reply
avatar
20.1.15

Hmm cantiknya gambar. Dalam banyak2 gambar dalam Zoo Negara ni ... gambar yang warna pink je menarik hati ...hoho.

Nak buat entri gak la pasal Zoo Negara.

Reply
avatar
24.1.15

dah lama teringin nank g zoo negara..lum brpeluang lagi..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)