Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, January 28, 2015

UMI SUSHI JAPANESE RESTAURANT | TANJONG MALIM


UMI SUSHI JAPANESE RESTAURANT | TANJONG MALIM | Sekarang ni makin banyak pula kedai makan baru buka di area Tanjong Malim terutama di kawasan Taman Universiti. Mungkin kawasan ini adalah tempat yang paling strategik untuk berniaga sebab Taman Universiti tempat kunjungan para mahasisqa mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Yela bersebelahan je dengan UPSI. 

Malam baru baru ni, tetiba rasa bosan menerpa diri. Apa lagi, start enjin kereta, terus angkut kawan seorang dan ajak pergi makan malam di kedai makanan Jepun yang baru buka pada tahun lepas, 2014 iaitu Umi Sushi. Umi Sushi dengan kata taglinenya, Always Fresh Always Delicious! sememang membuat diri ini senang hati untuk meng'review' tempat makan ini di blog ena. Hal ini kerana  bagi ena memang tiptop makanan Jepun kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut sila teruskan pembacaan you all ye.


LOKASI UMI SUSHI TANGJONG MALIM


Umi Sushi terletak di Taman Universiti Tanjong Malim seperti yang ena perkatakan diatas dan juga berhampiran tempat IPTA UPSI. Pelajar UPSI boleh jalan kaki kemari dalam 10 minit dah sampai. Kalau berjalan kakilah. Okay, bagi orang luar yang tak tahu kemari, boleh wazekan saja. Di bawah ni ena sharekan alamat Umi Sushi.


UMI SUSHI JAPANESE RESTAURANT
No, 33, Ground Floor, 
Jalan U1, Taman Universiti,
35900 Tangjong Malim.



BAGAIMANA KEADAAN RESTORAN UMI SUSHI TANJONG MALIM

Alhamdulillah, keadaan Restoran Umi Sushi sangat kemas, teratur dan macam kedai sushi yang lain, ada benda yang gerak gerak tu yang kat atasnya ada beberapa sushi dan harga mengikut warna pinggan. Ena makan pun sangat selesa, udara nyaman, lightning pun okay sesuai untuk snap gambar dan yang penting sangat bersih serta halal. Ena memang sangat pentingkan kebersihan kalau makan kat kedai makan. Mesti akan check bawah meja, atas lantai dan atas meja. 






MENU YANG MENJADI PILIHAN HATI

Memandangkan ini merupakan kali pertama ena makan di Umi Sushi, ena tak makanan Jepun yang terlampau banyak. Takut terlari bajet nanti. Lagipun makan berdua je, ambil banyak banyak nanti tak habis la pula. So kami ambil menu utama kami dengan beberapa pinggan menu samping.



1) Menu Utama




Ini menu pilihan hati ena, Tori Shogayaki & Tempura Bento Set. Ada sekali dengan air dan airnya mestilah favourite ena, Japanese Green Tea. Set Bento ini hanya disediakan untuk dinner sahaja dan harga untuk set ini adalah RM 22.90.




Yang ini pula pilihan hati kawan ena. Kaisen Yaki Meishi atau dalam bahasa Malaysia, Nasi Goreng Seafood. Ini baru betul betul seafood. Semua ada. Udang, sotong, tiram dan yang lagi satu macam logo kedai isi minyak Shell tu ena tak tahu apa nama. Nasi yang diguna sudah tentu Japanese rice. Rasa berpulut sedikit. Nampak sikit tapi kenyang hoi. Dan harga untuk yang ini RM13.90.


2) Menu Sampingan







Sementara tunggu makanan menu utama siap, boleh makan sushi sushi yang bergerak gerak tu. Harganya ikut warna pinggan. Ada ena letak gambar kat atas tu. Ena ambil dua warna hijau dan satu warna kuning. Serius memang sedap dan fresh rasanya. Kalau makan yang ni pun dah cukup bagi ena sebab mengenyangkan.



DETAIL UMI SUSHI TANJONG MALIM

Kat bawah ni ena kongsikan kepada you all detail detail Umi Sushi


FACEBOOK:

EMAIL:

TEL:
05 4582606




ATTENTION!

Ada berita gembira untuk you all yang ingin merasai makan makanan Jepun di Umi Sushi. Mulai 25 Januari 2015 hingga 31 Januari 2015, start pukul 6PM ada harga promotion untuk you all. 10% diskaun akan diberikan kepada you all. So apa lagi, jom terjah makan malam kat sini. Bila lagi nak merasai makanan Jepun yang murah dan sedap.




Share

Other Article

UMI SUSHI JAPANESE RESTAURANT | TANJONG MALIM
4/ 5
Oleh

12 Comments

Tulis Comments
avatar
28.1.15

waa. bestnya. nmpak smuanya sedap.

Reply
avatar
28.1.15

sedap layan sushi tu..kalau dah teringin nak makan :)

Reply
avatar
28.1.15

SERIUS TERLIUR....hheheh

Reply
avatar
28.1.15

Rajin adik akak ni buat review...wahhh sushi syok yer...ada promosi tu...adeh adeh..kalau la dekat kan heheheh...nice la interior dlm ni...cun!

Reply
avatar
29.1.15

waaa.. ada sushi kat tanjong malim??
ni menarik ni.. hahaha..
boleh bawak Mr. Akoy kaksu dtg sini ni.. dia peminat sushi tegar.. hoho..

thanks ena! ada jugak tempat mkn baru boleh terjah.. hehe..

Reply
avatar
29.1.15

nak cari sushi nak cari sushi. hahaha. terliurnya tengok padahal baru awal tahun hari tu makan. adehhh :D

Reply
avatar
1.2.15

sedapnya. tak pandai nak makan sushi kat kedai. selalu makan kt uma beli yang murah dekat giant tu je. huhuu tu pun da blurr nak pilih yang mana satu,

Reply
avatar
1.2.15

lamanya tak makan sushi...memang boleh terliur tengok semua ni...adehhh :D

Reply
avatar
3.2.15

sedapnya lahaiii. BV penggemar sushi. jelesnya tgk awak dapat makan banyak2. . T^T

Reply
avatar
19.2.15

Macam best je. Buka jam 6pm? Ingat nak p makan tengahari.

Reply
avatar
7.4.15

baguslah diorang letak color coding dengan harga....so pelanggan boleh plan perbelanjaan...

Reply