Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, January 06, 2015

SATE TULANG & PISANG GORENG CHEESE BOMBASTIC | KUANTAN



SATE TULANG & PISANG GORENG CHEESE BOMBASTIC  | KUANTAN  | Gambar di atas ketika ena lunch di Jungle Foodcourt Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Dan berkenaan di tempat makan ini, ena nak share food yang diburu oleh ena pada malam Ahad yang lepas setelah otak penat mentelaah buku . 

You know what I got??? Sate Tulang dan Pisang Goreng Cheese. Ena nak paling teruja nak cerita pasal sate tulang tu sebab itulah pertama kalinya ena merasai dan melihat rupa benda serta rasa sate tulang yang selama ini digembar gemborkan bahawa sate tulang lebih sedap dan asyukkk untuk dimakan. Selain itu, mengenai pisang cheese pula ena dah lama cari kat Kuantan dan akhirnya jumpa juga di kawasan yang sama dengan tempat jual sate tulang ni. Tapi ini kiranya second time ena beli pisang cheese dekat Jungle ni.


SUASANA JUNGLE FOODCOURT

Tempat yang ena beli dua makanan ini adalah di Jungle Foodcourt Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Nama pun 'foodcourt' oleh itu tempat Jungle ni boleh dikirakan syurga makanan serta minuman. Pada waktu malam nampak tempat ni sangat meriah dan banyak gerai gerai makan yang di buka. Burger Bakar Abang Burn Cawangan Kuantan pun ada di area Jungle ni. Pilihlah nak beli yang kat mana, ikut selera anak tekak masing masing. Pada waktu tengah hari atau siang, kurang sedikit bagi ena.


BAGAIMANA RASA SATE TULANG DAN PISANG CHEESE JUNGLE


Komen ena untuk Sate Tulang adalah SubhanaAllah sangat sedap rempah ratus yang diperap dan juicy, cuma kurang puas ketika makan sebab isi ayam kurang. Well, nama pun sate tulangkan. Walaupun ada kerentungan sedikit, tetapi berpuas hati kalau nak gigit tulang ayam sambil hisap air rempah ratus pada sate tersebut.




Komen untuk Pisang Goreng Cheese. Okay I loikeeee! Sebab buah pisang yang digunakan sangat lembut dan manis. Hal ini kerana banyak tempat yang menjual Pisang Cheese gagal memikat hati ena atas sebab pisang yang gunakan adalah pisang muda. Fail! Tapi makan kat Jungle ni memang sangat puas hati. Boleh pilih nak letak topping apa, oreo, kacang, strawberry dan lain lain lagi.


HARGA

Untuk Sate Tulang, satu cucuk : RM 1
Untuk Pisang Cheese, satu : RM 5 


Apapun, ena bersyukur sebab dapat merasai sate tulang ni kat Kuantan walaupun teringin nak makan sate tulang kat Negeri Sembilan yang sedap diperkatakan oleh rakyat jelata. Apa boleh buat, masih belum ada rezeki nak ke sana. Ketika ni beli sedikit sahaja sebab takut tak sedap. Rupa rupanya, fulamakkkk! Sedappp hoi hoi hoii! Oleh itu, next time boleh ke sini beli sate tulang kalau tekak ni tetiba craving nak sate tulang. 

Kepada yang stay area Kuantan tu atau telah berada di sini, bolehlah jenguk dan terjah kemari. Kena cari molek molek sebab takut tak jumpa. Ena nak terangkan pun tak reti tapi gerainya satu satunya jual sate. So insyaAllah boleh jumpa.

Okaylah, jangan lupa cuba try test yeee~


Share

Other Article

SATE TULANG & PISANG GORENG CHEESE BOMBASTIC | KUANTAN
4/ 5
Oleh

12 Comments

Tulis Comments
avatar
6.1.15

alahaiii....sedap sedap je ena ni makan....ttbe plak teringin

Reply
avatar
6.1.15

nani kalau pergi kuantan mesti singgah dekat jungle foodcourt tu makan tengah hari :D

Reply
avatar
6.1.15

nani kalau pergi kuantan mesti singgah dekat jungle foodcourt tu makan tengah hari :D

Reply
avatar
6.1.15

sate tulang tak penah makan... mesti tak puas sebab tulang je... ;)

Reply
avatar
8.1.15

tak pernah mmkn lagi untuk satey tulang tuu.lepas ni hope meluas laa pasaran satey tulang. huhu

Reply
avatar
8.1.15

Sate tulang? Ini rare nih.. First time dengar.. Mesti nak kena cuba cenggini.. Macam menggiurkan je tgk pic tu.. hehhe..
RosmizaAliDotCom™

Reply
avatar
9.1.15

Wah wahhh kak Ena makan je ehh hihi tapi tak mok mokk takpee :D

Reply
avatar
10.1.15

tak pernah makan lagi.. sedap ke ainaa

Reply
avatar
12.1.15

sate tulang pun famous jugak kat senawang,seremban tapi tak berkesempatan lagi nak rasa.memang sedap katanya..

Amboii pisang cheese tu meleleh tak hengat...dah lama pulak tak pekena pisang cheese ni

Reply
avatar
20.1.15

sate tulang..ade isi je..hehehe..nampak sedp

Reply
avatar
25.1.15

perghhh.. betoi2 teliuq.. heheh

Reply
avatar
7.4.15

sate tulang nie pernah rasa yang dekat area senawang jee....kalau pisang cheese yang best ikut selera adalah kat damansara

Reply