Thursday, January 22, 2015

MEMILIKI WAJAH SIHAT DAN BERSERI | ZARRA RED SINAR PUTERI


MEMILIKI WAJAH SIHAT DAN BERSERI | ZARRA RED SINAR PUTERI | Ena bukanlah seorang yang memiliki wajah muka licin licau bebas daripada segala blackheads dan jerawat. Oleh sebab itu, ena teringin sangat nak memiliki wajah sihat dan berseri macam orang lain. Nak pergi rawatan mahal mahal, masih tak mampu lagi. Yela, ena student lagi so mana ada kemampuan untuk semua tu.

Namun, dengan izin Allah, diketemukan ena dengan satu produk skincare yang sedang meletop namanya di pasaran iaitu Zarra Sinar Puteri. Pada mulanya ena agak ragu-ragu untuk mencubanya tapi setelah menepekkannya di muka selama sebulan lebih ni, Alhamdulillah, ena dapat rasakan muka ena makin sihat dan berseri. Tiada lagi kulit kusam masa sebelum sebelum ni. Oleh sebab itu, ena ingin share produk Zarra Sinar Puteri demi pembaca ena yang sedang menghempas pulas mencari produk muka yang sesuai untuk digunakan.


PENGENALAN ZARRA SINAR PUTERI




Produk Zarra Sinar Puteri adalah produk kecantikkan yang sesuai untuk semua golongan dan terdapat pelbagai jenis set Zarra Sinar Puteri disediakan bagi memuaskan hati pengguna. Kalau nak tahu, boleh rujuk di link bawah ini:-





Produk ini diasakan oleh Datin Zamzarina Zambri dan beliau juga pernah menjadi hos Apa Kata Wanita di RTM. Selain itu, produk Zarra Sinar Puteri ini telah disahkan status halal dan status keselamatannya. Oleh itu, you all tak perlu risau untuk menggunakan produk ini.

Dan ena menggunakan Set Zarra Red / Zarra Zaria Red kerana produk ini bersesuaian dengan kulit wajah ena. Tambahan pula, satu set Zarra Red ini hanya RM78 sahaja. Mampu dimiliki sebab tidak mahal sampai beratus ringgit.



APA KANDUNGAN SET ZARRA RED SINAR PUTERI

1) Cleanser / Pembersih 



Kelebihan:

- Membersih kekotoran yang terdapat pada wajah
- Menyegarkan kulit muka yang kepenatan
- Mencerahkan bukan memutihkan kulit muka
- Sesuai untuk digunakan pada semua peringkat usia



2) Toner / Penyegar



Kelebihan:

- Menyamankan dan menyegarkan kulit wajah
- Memelihara dan memastikan kulit sentiasa sihat


3) Day Cream / Krim Siang



Kelebihan:

- Mengelakkan kulit daripada menjadi kering
- Melindungi wajah daripada sinaran UV berbahaya
- Mengekalkan kelembapan dan kesegaran pada kulit wajah



4) Night Cream / Krim Malam



Kelebihan:

- Membentuk dan membina ketegangan pada rauk wajah
- Memperbaharui cel kulit muka yang sudah mati
- Mengelakkan muka menjadi kering dan tidak bermaya selepas bangun dari tidur 



CARA ENA GUNAKAN ZARRA RED SINAR PUTERI




1) Basuh muka dengan Cleanser Zarra Red selama 3 / 4 minit. Amalkan urutan muka dengan betul supaya zat khasiat dalam kandungan pencuci tersebut dapat meresap ke dalam muka dengan baik.

2) Lepas cuci muka, biarkan muka keringan dengan sendirinya. Jangan lap dengan kain ke apa. Bila dah kering, baru tepek muka dengan toner atau penyegar Zarra Red. Ikutlah nak letak kat tangan ke atau sebur terus kat muka. Ena sembur terus sebab takut tangan kotor. Lepas tu sapu ke sekeliling dengan kapas muka.

3) Kalau waktu malam, ena tepek krim malam Zarra Red selepas sapu muka dengan toner.

4) Kalau waktu siang, tepek pula dengan krim siang Zarra Red.


Haaaa, mudah je dan yang pasti ena suka bau semua produk set Krim Zarra Red ni. Wangi je. terutama pencuci muka Zarra Red, bau macam yogurt. Rasa nak ngap ngap je. Kalau cuci muka, rasa tenang je pemikiran sebab bauannya yang sedap dan tidak menyeksakan deria bau ena. 



TAMBAHAN PRODUK ZARRA SINAR PUTERI YANG ENA GUNA

1) Zarra BB Cream + Collagen




2) Zarra Collagen Mask




BAGAIMANA HENDAK MENGHUBUNGI?

Kalau you all berminat untuk mencuba atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Zarra Sinar Puteri, dibawah ni ena sertakan medium yang menyenangkan you all untuk menghubungi pihak mereka



FACEBOOK:


INSTAGRAM:





Share

Other Article

MEMILIKI WAJAH SIHAT DAN BERSERI | ZARRA RED SINAR PUTERI
4/ 5
Oleh

6 Comments

Comments
avatar
22.1.15

wangi kan bau die.. perfect.. and suke sgt

Reply
avatar
22.1.15

baguskan..lengkap untuk penjagaan kulit muka :)

Reply
avatar
23.1.15

Macam zarra jer..

Reply
avatar
23.1.15

Kalau kesan dia best, teruskan. Pilih yg terbaik untuk kulit sis :)

Reply
avatar
23.1.15

Ena, cantik yer pakaging...comel tgk ena tempek2 kt muka tu hehhehe...akak suka cara ena buat review la...puas hati...

Reply
avatar
23.1.15

wahh untunglah dapat set lengkap ^_^

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)