MASAKAN CINA | RESTORAN RIVERBANK ALOR SETAR
MASAKAN CINA | RESTORAN RIVERBANK ALOR SETAR | Seminggu ena stay kat Alor Setar ni, naik sungguh berat badan ena. Tambahan pula, dua hari kat Hatyai, bertambah tambah lagi la kemontelan badan ku ini. Makan kat Alor Setar ni memang sedap sedap belaka. Namun pada suatu hari, dah puas makan masakan Melayu dan India, dan kali ini ena makan di sebuah restoran yang menyediakan makanan masakan Cina iaitu Restoran Riverbank Alor Setar.
Ini merupakan kali kedua ena makan di Restoran Riverbank. Dulu pernah makan kat sini satu family, makan daging rusa. Tapi masa tu ena bukan seorang foodhunter lagi, badan pun cekeding. Eheks.
BAGAIMANA RASA MAKANAN KAT RESTORAN RIVERBANK
Bagi ena makanan kat sini memang semuanya cukup rasa, sedap dan tersenarai dalam restoran kegemaran ena. Kat sini menyediakan makanan Cina yang halal untuk dimakan. Jangan risau tentang status halal di sini.
Tapi ada juga makanan masakan Melayu disediakan di Restoran Riverbank ni seperti Kangkung Goreng Belacan. Tapi cara membuatnya mestilah mengikut resepi masakan Cina, so adalah sedikit lainnya berbanding yang pure Melayu punya resepi. Namun, memang sedaplahhhh. Rasa lagi sedap dari Melayu buat. Ahaks. Maybe kurang pedas kot, sebab ena ni tak berapa boleh makan pedas.
MENU YANG KAMI MINTA
Dibawah ni ena nak share sedikit menu yang ena cuba kat sini. Abang dan kakak ipar ena makan nasi bersama lauk lauk sampingan. Ena je bukan makan nasi. Haaaa, kalau nak tahu, jom teruskan pembacaan anda.
1) Char Hor Fan
![]() |
Pilihan hati ena. Ku rindui kuah ni. Mantoplah rasanya. |
2) Chicken Plum Sauce
![]() |
Lembut je daging ayam ni. Tak liat dan tak keras. |
3) Kangkung Goreng Belacan
![]() |
Makan terus hidung rasa gatal. Tapi aku kisah hapeeeee. Belacannya memang tiptop. |
4) Nasi Goreng Cina
![]() |
Ini baru betul betul nasi goreng Cina. Plain tapi sedap. Sesuai makan dengan lauk lauk seperti diatas. |
5) Kari Ayam Masakan Cina
![]() |
Ena tak berapa gemar kari. Tapi hirup juga sedikit kari ni sebab nak rasa bagaimana rasa kari masakan Cina ni. Hehehehe. Not bad! |
6) Vanilla Milkshake dan Chocolate Milkshake
![]() |
Ena punya mesti yang Chocolate sebab I am Chocolate Lover bebeh! Yeahh! |
Itu sahaja dari ena. Maaf gambar kurang menarik sebab lightning tak berapa bagus kat restoran ni. Walaupun lightning tak berapa cun, tapi makanan kat sini sangat berpuas hati bagi diri ena. Teringin nak makan daging rusa lagi tapi harganya mahal juga. So next time ada lagi, InsyaAllah.
RESTORAN RIVERBANK
Jalan Limbong Kapal,
05100 Alor Setar,
Kedah
9 Comments
terliur nya tengok. lama dah tak makan makanan china muslim macam ni :D
ReplyDeletewahhhh akak baru je pi alor star baru2 ni...syok yer restoren ni mcm2 menu unik...
ReplyDeletedrooling je masok blog awk nie tau. T^T
ReplyDeletenak makan gak. . hehehe
Char Hor Fan tu lauk ke ataupun ada mee dalam tu Ena? Nampak sedap je...
ReplyDeleteyang best kat sini daging rusa la eh?
ReplyDeleteboleh la gi lepas ni. tapi nape nasi dia nampak sikit. hehe price dia pulak macam mana
ReplyDeletechinese style punya masakan nie biasanya kena lauk yang sesuai baru syok makan kan....
ReplyDeleteade contact number riverbank restauiran?
ReplyDeletecheff nya muslim atau non muslim ya
ReplyDelete