Tuesday, January 20, 2015

AYAM TANDOORI PALING MANTAP | KAPITAN PENANG


AYAM TANDOORI PALING MANTAP | KAPITAN PENANG | Sekian lama ena tak makan kat Restoran Kapitan ni sejak kakak ipar ena konvo di USM tiga tahun yang lepas kalau tak silap ena. Lepas balik dari Thailand, esok harinya ena ke Penang pula membeli belah kat sini.

Nasi briyani ayam tandoori kat sini memang paling terbaik bagi ena setakat ini. Ada lagi satu tempat yang buat ena tertarik di area Kuala Lumpur tapi yang kat situ tak ada Ayam Tandoori la just nasi briyani dia je yang special. Ena memang suka sangat makan nasi briyani berbanding jenis nasi yang lain. 


APA YANG SPECIAL AYAM TANDOORI DI KAPITAN PENANG


Restoran Kapitan Penang ni diperkenalkan oleh abang ena yang sulung, Dia pun jenis foodhunter macam ena, so sudah merata tempat dia pergi makan dan bagi dia di sinilah nasi briyani ayam tandoori paling mantap. Lepas tu, ena pula datang dan rasa keenakan ayam tandoori di sini, memang ku setuju seratus peratus dengan kata kata abang ena. Torbaekkk hoii!

Mantap sebab ayam tandoori di sini sangat lembut dan tidak terlampau rentung. Sikit sikit je hitam tu. Kalau ena makan kat tempat lain, ayam tandoori kat tempat lain agak keras dan ada banyak hitam legam rentung tu. Tak sedap bila nak makan. Sekadar untuk alas perut boleh la.

So, bagi ena ayam tandoori Kapitan Penang memang meletop struktur dan rasanya pun superb! Kalau beli bawa balik pun daging ayamnya still lembut. Oleh kerana daging ayamnya yang lembut, ayam tandoori kat sangat sesuai dimakan untuk golongan orang tua yang sudah lemah keupayaan rahang dan gigi mereka. 



MENU YANG SELALU DIPILIH

Kami kemari menu yang wajib diminta adalah...

Nasi Briyani Ayam Tandoori

Cheese Nan Ayam Tandoori

Haaa! Lagi satu ena nak sarankan you all rasa Cheese Nan Ayam Tandoori kat sini. Rasa Cheese Nan kat sini, SubhanaAllah!! Tak tahu nak gambarkan macam mana kesedapannya. Lembut, sedap dan tak liat bila nak makan. Cheese Nan Ayam Tandoori adalah wajib menu ada setiap kali datang makan kat sini. Rugi kalau tak order. Torbaek hoi hoi!



LOKASI AYAM TANDOORI KAPITAN PENANG

Kalau you all ada di area Penang ni, wazekan je alamat Restoran Kapitan ni. Di bawah ni ena sharekan alamat. So jika ke Penang, jangan lupa merasai kemantapan ayam tandoori Kapitan Penang!



ALAMAT RESTORAN KAPITAN PENANG

93, Lebuh Chulia,
Georgetown,
Pulau Pinang.


Share

Other Article

AYAM TANDOORI PALING MANTAP | KAPITAN PENANG
4/ 5
Oleh

13 Comments

Comments
avatar
20.1.15

Makan banyak.. habis ke tuu?

Reply
avatar
20.1.15

Hmmm tak tahu pasal apa bro tak suka ayam tandoori ... sbb kaler dia kot .. merah sangat.

:) anak bro kalau nampak isi ayam ada merah2 .. memang tak makan dah dia.

Reply
avatar
20.1.15

mane air teh tarik 2ringgit tu.. ce lah update.. nk tengok..

Reply
avatar
20.1.15

tetiba teringin nak makan ni camne ni Ena..sedapnya..

Reply
avatar
21.1.15

sedapnya. ssh nk cari ayam tandoori kena dgn tekak. . :D

Reply
avatar
21.1.15

woot woot from new neighbour ;)
Kapitan memang best.
having lunch here few years ago but the taste buat rindukan penang. :D

Reply
avatar
21.1.15

memang mengancam tgk gambar tu . blm merasa lagi dah terliur . boleh cari bila tetiba sampai kat penang ...

Reply
avatar
23.1.15

Mintak sikit. Hehehhe.

Reply
avatar
26.1.15

alaaaaaaaa alaaa akak suka review ena ni...kt penang...kg nenek sis juju tau...nak book mark entry ni..balik kg nak cuba hehehhe..

Reply
avatar
29.1.15

kalau kaksu ke penang memang wajib singgah sini.. kadang2 tu hanya outstation ke kedah pun, singgah penang semata-mata sebab nak makan cheese nan dia je.. perghhhh.. memang sedap..

dah la makan sepinggan kat situ, pastu konfem tapau bawak balik KL.. kekekekeke..

Reply
avatar
7.4.15

kalau makan ayam tandoori nie memang best dengan roti naan...konfirm kennyang punya kan...

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)