Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, January 28, 2015

APABILA PENAT KU DIUJI | GAGAL


APABILA PENAT KU DIUJI | GAGAL | Kali ni ena gagal lagi mengawal amarah ku ketika dalam kepenatan. Nak dijadikan cerita, hari ini ena ke Perodua Service Rawang untuk tukar timming belt kereta viva ena. Appointmentnya pada jam 8.30 pagi. Ena drive la dari Tanjong Malim ke Rawang awal pagi supaya tiba sebelum waktunya.

Sebelum tu, kakak kat Perodua Servis tu dah cakap kat ena yang tukar timming belt ni ambil masa setengah hari untuk siap. Ena sanggup je tunggu dan estimation masa yang tertera dari 8.30am until 11.17am.

Tunggu punya tunggu lagi, makan tak minum tak, intai tengok tak ada seorang pun yang jenguk kereta ena tengah ternganga tu. Maksudnya tak ada kerja pembaik pulih dijalankan. Ena pergi tanyalah, lama lagi ke nak siap. They said, barang sampai dalam jam 5 pm. Perrgggghhhh, ena dah buat muka ketat masa tu. Penat gila dah tadi. Bayangkan ena kena tunggu kat situ dari 8.30am sampai 3.30pm. Sabar sabar. Haisshhh.

Last last ena ambil keputusan tinggalkan je kereta kat situ, lepastu balik naik komuter. Pendam je rasa marah yang dah bersarang kat dada ni.


Kisah kat komuter ni tragis sikit. Tragis sebab ena mengamuk kat seorang pemuda yang sangat kurang ajar dengan my mom. Mak ena teman ena hari ni.

Masa sampai tadi, kat jejantas laluan penumpang train, my mom terserempak dengan kawan dia. Kami pun stop, sembang apa semua. Ena pula masa tu tak perasan ada orang nak lalu dan terlanggar sedikit bahu dia. Of course la ena cakap "sorry" kat dia. Banyak kali pula tu.

Yang ena panas hati sangat ni, lepas ena cakap "sorry", dia cakap macam ni kat kami..

"GAMPANG ke apa sembang tengah tengah jalan."


Hokalohh dia ni. Melebih lebih mamat ni. Percakapan dia tu nak tuju kat mak ena yang tengah bersembang tu. Ena memang pantang orang kurang ajar macam ni. Meruap gila. Apa lagi, segala marah yang bersarang kat dalam dada ni, ku lempar sedas sedas kat muka pemuda tu. Kurang ajar betul. Budak budak belasan tahun lagi ni.

Kalau dia nak cakap macam tu kat ena tak apa lagi tapi jangan kat my parents. Memang kaki makannya. Memalukan bangsa Melayu. Dah la kawan mak ena bukan muslim tadi. Haishh hilang macho ena tadi. Har har har.


Share

Other Article

APABILA PENAT KU DIUJI | GAGAL
4/ 5
Oleh

7 Comments

Tulis Comments
avatar
28.1.15

laa. kesian ena tunggu lama sngt. yg part budak kurang ajar tu mmg tak patut. hish kita pulak jd emosi baca entri ina. huhu

Reply
avatar
29.1.15

ok. memang entry hangit ni :)
sabar2 :)

Reply
avatar
29.1.15

patutnya staff situ beritahu lah pukul berapa barang samapai . taklah customer dok menunggu kan ... budak muda camtu mmg layak perambat je ... dgn cikgu pun kaki melawan tu gamaknya ...

Reply
avatar
29.1.15

hurmmmm.. memang patut bagi je sedas kat budak tu..

kalau kak su mmg hangin la org buat macam tu kat my parents.. memang nahas la budak tu..

hilang la macho kaksu kalau gitu.. hahaha.. kaksu dah la garang.. -_-"

Reply
avatar
29.1.15

memang kurang asam betullah budak macam tu. dia ingat bagus lah buat perangai macam tu kann

Reply
avatar
29.1.15

setakat fiza servis kete kat rawang dulu takde masalah pula tunggu lama..maybe ada problem brg takde lah tu kan..supposed dorang bgtau awal² sebab masa nak buat appointment dia akan tanya mileages kan..so dorang tahu apa yang nak dibuat sepatutnya..yang bab budak kurang ajar tu memang tak patutu..cubalah kalau orang cakap kat mak dia macam tu kan..ish ish..takpelah Ena, hari untuk diuji.bersabarlah

Reply
avatar
1.2.15

gagal memang sedih, namun ia adalah asam garam kejayaan.

Reply