Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, November 26, 2014

CARA NAK HIDE BLUE TICKS | WHATSAPP PLUS


CARA NAK HIDE BLUE TICKS | WHATSAPP PLUS | Semenjak sistem aplikasi WhatsApp di naiktarafkan dengan menyediakan 'Blue Ticks' sebagai penunjuk kepada message seseorang itu sudah dibaca oleh pihak penerima. Bagi ena, ena tak kisah pun pasal benda tu tapi bagi sesetengah pihak, boleh jadi gaduh dek kerana blue ticks ini.

Namun baru sekejap tadi ena dapat salah satu jalan penyelesaian untuk hide blue ticks. Walaupun ena tak hide, tapi ena nak share dengan yang lain manalah tahu benda ni dapat membantu you all menyelesaikan masalah yang berpunca daripada blue ticks ni. Apapun, terima kasih ena nak ucapkan kepada kak blogger Meeya Techik dan blogger Cik Hani kerana berikan pendedahan dengan benda ni. Caranya adalah dengan menggunakan Applikasi WhatsApp Plus.

Haaa, tapi ena bukan install melalui Play Store. Nak tahu caranya, jom teruskan pembacaan you all ye..


CARA NAK INSTALL WHATSAPP PLUS

1) Backup Conversation dalam WhatsApp yang lama (WhatsApp Warna Hijau) terlebih dahulu.

2) Uninstall WhatsApp yang lama.

3) Click link ini untuk download : WhatsApp Plus



4) Follow segala steps yang terpampang dalam phone pintar masing-masing. Namun, baca terlebih dulu ye, jangan main click pula. Lepas tu, pergi ke Download > Click Bahagian File WhatsApp Plus > Install



5) Taddaaaa. Nanti keluar lambang WhatsApp Plus berwarna biru. 

6) Lepas tu, nanti you all register macam biasa. Guna nombor telefon yang sama semasa you all daftar untuk WhatsApp yang lama.



CARA NAK HIDE BLUE TICKS

1) Pergi kat bahagian Setting > Hide Blue Ticks




CARA UNTUK CUSTOMIZE WHATSAPP PLUS


1) Pergi kat bahagian Setting > PLUS > Appearance



2) Conversation Screen : Untuk customize bahagian ruang chat 



Customize ikut warna kegemaran masing masing. Ena punya jadi macam ni.




3) Main/Chats Screen: Customize tempat home WhatsApp Plus



Customize ikut warna kegemaran masing masing. Ena punya jadi macam ni.



4) Contacts Screen: Customize bahagian contact lists dalam WhatsApp Plus



Customize ikut warna kegemaran masing masing. Ena punya jadi macam ni.




Memang leceh sedikit nak edit warna tu semua. Perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Banyak kena try and error. Itu sahaja serba sedikit daripada ena. Selamat mencuba ye. Tata titi tutu.


More Nyummy Here

Monday, November 24, 2014

MUKA BERTAMBAH BERSIH SELEPAS SEMINGGU


MUKA BERTAMBAH BERSIH SELEPAS SEMINGGU Alhamdulillah, pada entri ena yang INI, ena telah janjikan bahawa ena akan review bagaimana kulit wajah ena selepas lebih kurang seminggu menggunakan produk Nurraysa Beauty Skincare. So ena nak kongsikan serba sedikit perubahan pada raut wajah ena. 

Walaupun baru seminggu lebih penggunaan, ena dah nampak perubahan pada raut wajah ena bila menggunakan produk skincare dari Nurraysa Beauty Skincare. Dulu ena memang ada banyak jerawat yang jenis besar besar, lepas tu dah elok hilang yang besar-besar, jerawat pasir pula yang nail. Oh! Memang sadis bila muka ni jadi tempat perkampungan mereka. Salah diri sendiri juga sebab jarang nak jaga muka. Tambahan pula, kulit ena ni jenis cepat sensitif terutama bila perubahan hormone berlaku. Bila stress, datang bulan, cuaca panas..haaa hamek kau! Mulalah jerawat pasir ni beranak pinak. 



Rasa sangat tak bersih muka ni bila semua tu hadir tanpa diundang. Namun sekarang, semua itu sudah berjaya ena musnahkan setelah menggunakan produk ini. Jerawat pasir sudah bye bye, hye hye pula kepada kulit muka yang lebih sihat. Parut jerawat masih ada tapi makin lama dah makin berkurangan sejak guna produk dari Nurraysa Beauty Skincare. Terutama bahagian dahi ena. Alhamdulillah! 


Dua benda ni ena selalu tempek kat muka selepas basuh muka dengan Sabun Nurraysa Beauty Skincare . Ena amalkan 5 kali sehari basuh muka dengan sabun ini tapi untuk serum dan whitening spray, ena guna 3 kali sehari. Muka ena banyak perubahan disebabkan oleh dua benda ni lah. 


Yang ini pula, UV Cream. Ena jadikannya sebagai bedak asas pada muka. Ena cuba kurangkan pakai bedak compac sebab ena teringin nak kembalikan seri muka tanpa menggunakan sebarang mekup. Krim ni ena pakai untuk menghalang sinaran UV yang berbahaya terus ke sel-sel kulit muka yang boleh mengundang barah kulit. So, krim ni sedikit sebanyak membantu sebagai penghalang dan perlindung pada kulit wajah ena.

Apapun, kalau nak memiliki kulit yang lebih sihat jangan bergantung sangat pada krim dan pencuci sahaja. Kita hendaklah pastikan pemakanan kita juga terjaga, lifestyle kita, dan juga consistency cuci muka kita ni. Cara ena, minum banyak air mineral dan makan makanan yang sihat. Elak makan junk foods terlampau banyak. Selain itu, rajin bersenam supaya segala toksik dalam badan dapat keluar melalui peluh.

Bab consistency, ena masih gagal mengamalkannya. Sekejap rajin nak cuci muka, sekejap malas. Ena masih belajar merajinkan diri untuk semua ini. Apapun, ena sarankan kepada yang masih belum jumpa produk yang sesuai untuk muka masing-masing, you all bolehlah cuba produk dari Nurraysa Beauty Skincare.


FACEBOOK:



More Nyummy Here

Tuesday, November 18, 2014

RAHSIA AWET MUDA | WONDER GLOW SUPREMACY



RAHSIA AWET MUDA | WONDER GLOW SUPREMACY | Masih mempunyai masalah kulit muka walaupun telah menggunakan pelbagai jenis produk? Sudah berputus asa?  Oleh itu, hari ini ena ingin sharekan satu produk yang boleh membantu dan menjadi harapan kepada mereka yang sudah berputus asa mencari produk yang sesuai untuk kulit wajah masing-masing. Produk tersebut adalah Wonder Glow dari syarikat Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn.Bhd.

Syarikat Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada empat tahun yang lepas iaitu pada tahun 2010. Syarikat ini juga telah berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Rahsia awet muda ada terdapat dalam setiap produk Wonder Glow ini dan keselamatannya telah diluluskan untuk digunakan oleh semua golongan. So, tak perlu lagi risau dari segi keselamatan dan status halal untuk produk ini. Semuanya sudah diperiksa dan didaftar dengan teliti.

Antara produk Wonder Glow yang tengah hot sekarang adalah seperti berikut:-


1) WONDER GLOW DIAMOND LIGHT SERIES

Sila Click gambar di atas untuk ketahui harga!


Kelebihan:

- memberi 10 kali ganda  pencerahan pada kulit wajah dan juga mempunyai vitamin C
- mengandungi  45++ SPF yang boleh menapis dan mengawal cahaya matahari sebanyak 45 kali
  anda dan sangat sesuai bagi mereka yang acapkali terdedah kepada cahaya matahari
- Dapat menghilangkan pigmentasi yang tebal pada wajah
- Merawat wajah yang ada masalah jerawat dengan berkesan
- Liang pori pada wajah juga dapat dikecilkan
- Menghaluskan dan melembutkan kulit wajah
- Anti penuaan dan rahsia awet muda yang terunggul
- Mengandungi kombinasi glutathione vitamin C infusions dan collagen yang berfungsi
  mengembalikan kulit yang kusam bertambah sihat.
- Kaya dengan AHA yang berfungsi untuk memperbaharui sel kulit mati dan memastikan kulit
  menjadi bermaya

Kandungan Set:

- Wonder Glow Day White Diamond Series
- Wonder Glow Night White Diamond Series
- Wonder Glow Bar Soap Diamond



2) WONDER GLOW GOLD LIGHT SERIES

Sila Click gambar di atas untuk ketahui harga!


Kelebihan:

- memberi 5 kali ganda  pencerahan pada kulit wajah dan juga mempunyai vitamin C
- mengandungi  35++ SPF yang boleh menapis dan mengawal cahaya matahari sebanyak 35 kali
  ganda dan sangat sesuai bagi mereka yang acapkali terdedah kepada cahaya matahari yang tidak
  terlampau terik
- Dapat menghilangkan pigmentasi yang tebal pada wajah
- Merawat wajah yang ada masalah jerawat dengan berkesan
- Liang pori pada wajah juga dapat dikecilkan
- Menghaluskan dan melembutkan kulit wajah
- Anti penuaan dan rahsia awet muda yang terunggul
- Mengandungi kombinasi glutathione vitamin C infusions dan collagen yang berfungsi
  mengembalikan kulit yang kusam bertambah sihat.
- Kaya dengan AHA yang berfungsi untuk memperbaharui sel kulit mati dan memastikan kulit
  menjadi bermaya

Kandungan Set:

- Wonder Glow Day Gold Series
- Wonder Glow Night Gold Series
- Wonder Bar Soap Goal


3) WONDER GLOW SILVER LIGHT SERIES

Sila Click gambar di atas untuk ketahui harga!


Kelebihan:

- membantu 3 kali ganda  mencerahkan kulit wajah dan juga mempunyai vitamin C
- mengandungi  25++ SPF yang boleh menapis dan mengawal cahaya matahari sebanyak 25 kali
  ganda dan sangat sesuai bagi mereka yang acapkali terdedah kepada cahaya matahari
- Dapat menghilangkan pigmentasi yang tebal pada wajah
- Merawat wajah yang ada masalah jerawat dengan berkesan
- Liang pori pada wajah juga dapat dikecilkan
- Menghaluskan dan melembutkan kulit wajah
- Anti penuaan dan rahsia awet muda yang terunggul
- Mengandungi kombinasi glutathione vitamin C infusions dan collagen yang berfungsi
  mengembalikan kulit yang kusam bertambah sihat.
- Kaya dengan AHA yang berfungsi untuk memperbaharui sel kulit mati dan memastikan kulit
  menjadi bermaya

Kandungan Set:
- Wonder Glow Day Silver Series
- Wonder Glow Night Silver Series
- Wonder Glow Bar Soap



4) WONDER GLOW V-SHAPE SERUM

Sila Click gambar di atas untuk ketahui harga!


Kelebihan:

- Membentuk rauk wajah lebih tirus dan cantik. Tiada lagi lemak berlebihan di bahagian muka
- Kulit akan akan lebih bersinar, sedap mata memandang dan bermaya
- Dapat menghilang parut yang tidak diingini pada wajah
- Mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menjadikan kulit lebih anjal, tegang dan lebih  
  menjadikan wajah lebih awet muda




AMARAN KERAS!!!!

PASTIKAN PELEKAT HOLOGRAM DI BAHAGIAN BELAKANG KOTAK UNTUK MEMASTIKAN PRODUK ORIGINAL DARI WONDER GLOW COSMETICS.



Ketiga-tiga produk Wonder Glow; selain V-Shape Serum, mempunyai kelebihan yang sama cuma yang berbeza adalah pada efek pencerahan dan kadar SPF++. Memang sangat terbaik produk ini, kulit akan memberi  tindakbalas yang sangat positif dan memberangsangkan. Pasti you all tidak akan menyesal kalau menggunakan produk dari Wonder Glow ini.

Selain itu, produk Wonder Glow ini sangat selesa untuk digunakan dengan bau yang wangi dan tidak melekik apabila diterapkan pada kulit wajah. Tambahan pula, kulit muka akan menjadi lebih segar setiap kali selepas menggunakan produk kesihatan kulit, Wonder Glow. Bagi ena, harga untuk produk ini sangat berpatut dengan keberkesanan pada kulit wajah kita kerana produk ini bukan sahaja mengembalikan kecantikkan pada rauk wajah tetapi turut mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan kita. Sangat berpuas hati apabila menggunakannya.

Kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dari keluaran Wonder Glow ini, you all boleh rujuk kepada laman social Wonder Glow:-


FACEBOOK:

TWITTER:

YOUTUBE:

INSTAGRAM:

WEBSITE/BELI SECARA ONLINE:



Kepada mereka yang ingin dan teringin menjadi agent yang sah untuk produk Wonder Glow, you all boleh rujuk kepada link di bawah ini. Di page ini akan menerangkan cara dan bagaimana you all untuk menjadi agent untuk produk ini.







More Nyummy Here

Monday, November 17, 2014

ADAKAH KUANTAN AKAN DILANDA BANJIR???


ADAKAH KUANTAN AKAN DILANDA BANJIR?? Nostalgia kembali semula apabila dalam beberapa hari ni hujan turun tanpa henti dari pagi sampailah ke petang. Cuma waktu petang tu hujan dah mula renyai di sekitar Kuantan ni. Nostalgia kembali ketika Kuantan dilanda banjir yang agak teruk pada tahun lepas.

Masa tu hostel ena berada di luar dari kawasan kampus UIAM, so memang takut sangat kalau kawasan hostel tu dilanda banjir, dah la berdekatan dengan Taman Tasik Bandar. Nasib baiklah tak banjir cuma masa tengah kalut hujan lebat, elektrik terputus dan line pun tak ada. Memang terseksa juga ketika itu. Kedengaran helikopter berlegar-legar di atas bangunan hostel. 



Itu kes masa tahun lepas. Dan tahun ni, ena dah berpindah masuk ke dalam kampus dan bilik pun kat tingkat 7. Kira lega sedikit hati ni, cuma masih risau dengan kereta ena yang ada kat bawah. Takut tetiba banjir kat hostel yang baru ni, tenggelam kereta kesayangan ena tu pulak. 

Apapun, ena mampu berdoa sahaja supaya sekiranya terjadi lagi banjir, jangan la seteruk dulu. Dan ena berharap hujan ni dapat berhenti sebab ena dah rindukan kehangatan sang suria. Baju baju kat ampaian pun dah rindukan sang suria. 



*Errrrr ena tak pasti kejadian banjir besar berlaku kat Kuantan tu berlaku pada tahun lepas atau awal tahun ni. Maaf! Dah tak berapa ingat~*



More Nyummy Here

Sunday, November 16, 2014

KEYAKINAN DIRI ITU PERLU


KEYAKINAN DIRI ITU PERLU | Hari ni hari kemalasan ena. So ena tetiba rasa nak meluahkan perasaan dekat sini. Bukan selalu pun ena buat entri luahan perasaan. Uhuks. Hantam sahajalah labu. Daripada buat kerja yang bukan bukan, lebih baik ena menulis something kat blog ena ni.

Yakin. Ye yakin. Mak dengan ayah ena selalu mengatakan bahawa "Kita kena sentiasa yakin apabila melakukan sesuatu perkara". Sejujurnya, ena ni bukanlah seorang yang memiliki keyakinan yang sangat tinggi. Malah ena ni mudah menggelabah apabila ingin melakukan sesuatu. Kadang-kadang ena termenung atas katil dan bermonolog sendiri, "bagaimana hendak hapuskan sifat gelabah dan kurang keyakinan aku ni??"

Ena sangat jeles melihat mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebagai contoh my lecturers. Mereka berdiri di hadapan anak didik dengan penuh keyakinan dan semangat mengajar anak anak didikan mereka sehingga berjaya. Ena ni kalau ada presentation kat depan kulliyyah mula la habis ketaq habis satu badan. Bila dah menggelabah, mulalah idea habis melayang entah kemana.


Namun, semua itu hanya dilemma. Sekarang ini, bukan nak bangga diri tapi rasa gembira dengan perubahan pada diri sendiri. Bila ena diberikan tugas, ena menjadi lebih yakin dan tenang. Yakin dengan keputusan sendiri dan berani berhadapan dengan kesalahan diri. Disamping dorongan dari kawan kawan yang sentiasa membantu ena, ena menjadi bertambah yakin untuk menghadapi dunia ni.

Sebagai contoh la, ena selama ni memang teringin sangat nak pandai berenang kuak rentang. Ala, seolah olah kita tengah baring di atas air tu.  So, dalam berapa tahun ni ena cuba belajar kuak rentang tapi tetap gagal. Gagal disebabkan takut tenggelam dan tiada yakin dengan diri. 


KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, AKU PUN BOLEH BUAT
KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, AKU PUN BOLEH BERJAYA
MALAH I CAN BE THE BEST AMONG THE BEST


Baru baru ni, dengan bantuan beberapa kawan ena yang lain, Alhamdulillah ena berjaya buat kuak lentang yang diidamkan selama ini. Dari situ, ena sedar bahawa keyakinan diri itu sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Namun, elakkan diri dari yakin yang melampau lampau kerana yakin jenis ini boleh memakan diri sendiri.

Gembira sangat apabila kita dapat melakukan apa yang kita tak boleh buat selama ini. Syukur sangat ke hadrat Illahi. Itu sahaja luah dari ena. Apapun, ena nak jemput para pembaca untuk follow Instagram ena:-


INSTAGRAM ENA:
More Nyummy Here

Friday, November 14, 2014

PRODUK SKINCARE NURRAYSA BEAUTY | KEKALKAN KECANTIKKAN


PRODUK SKINCARE NURRAYSA BEAUTY | KEKALKAN KECANTIKKAN | Kali ini ena nak perkenalkan kepada you all satu produk kecantikkan yang ena baru sahaja cuba try test semalam. Dengar dari mulut orang, produk ni sangat bagus dan juga sangat berkesan. Bukan seorang dua yang cakap, tetapi ramai juga yang memberi feedback yang positif. Memandangkan ena ni jenis sukar untuk percaya dengan gambar gambar testimoni yang ada, banyak yang guna kamera 360 la filter la. Oleh demikian, ena ingin mencubanya pada kulit wajah ena sendiri. Baru puas hati.

Selama ni asyik pakai pencuci sahaja (bukan dari produk yang sama ye), so kurang berkesan sangat pada kulit wajah ena. Makin lama dah tak lut dah. Now ena nak try yang satu set pula yang ada sekali dengan krim malam apa semua tu dan kali ini ena memilih produk Nurraysa Beauty Skincare. Nak kasi kesegaran pada wajah muka ena yang semakin lama semakin tak bermaya ni. Busy dengan hal Kulliyyah sampai tak sempat nak jaga muka dengan rapi. Kesian kulit muka ena.

Dengan harapan, produk ini dapat memberikan hasil yang memuaskan pada diri ena. Memandangkan ena baru hari pertama guna, so ena nak reviewlah sedikit mengenai produk Nurraysa Beauty ni. Keberkesanannya masih tak nampak lagi.


SET NURRAYSA BEAUTY

1) Nurraysa Collagen Soap


Pertama kali ena try basuh muka dengan sabun Nurraysa Collagen ni, muka rasa bersih sangat sangat. Sebab masa tu muka tengah berlengeh gila gila. Muka ena ni memang ada masalah minyak yang berlebihan sejak azali lagi. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi, hope produk ini dapat mengurangkan minyak tersebut. Bau sabun ni pun berbau wangi herba. Mungkin herba herba yang digunakan pun sangat berkualiti.

Kelebihan sabun ni, berdasarkan apa yang ena baca antaranya adalah membantu membersihkan dan mencerahkan kulit, membuatkan kulit muka lebih pluffy dan tegang, mengurangkan jerawat dan sebagainya lagi.


2) Treatment Serum


Lepas cuci muka dengan sabun tadi, kasi muka tu kering dulu ye. Dan kalau boleh biar muka tu kering dengan sendiri, jangan lap dengan tisu ke tuala ke. Itu yang ena amalkan selama ini. Okay, bila dah kering, ena sapu pula Treatment Serum ni pada rauk muka ena. Memang selesa pakai sebab tidak melekit dan bau pun menyenangkan. Rasa segar je.

Kelebihan treatment serum ini pula adalah sebagai anti septik dan anti mikrobik yang berfungsi sebagai melindungi kulit dari diserang jerawat dan selain itu membantu menjadikan kulit lebih berseri dan lembut.


3) Miracle Whitening Spray


Step ketiga, spray muka dengan Miracle Whitening Spray. First spray benda ni kat muka ena, serius agak sedikit sakit. Lepas tu rasa dingin je kat muka, rasa fresh. Maybe sebab salah satu fungsi whitening spray ini adalah untuk menutup liang-liang roma pada kulit wajah. Terutama pada hidung dan pipi. Macam ena lah tu ada masalah dengan liang roma.

Okay, selain kelebihannya untuk menutup liang roma yang membesar secara tidak normal, whitening spray ini berfungsi memutihkan, mencerahkan dan menegangkan kulit wajah. Tambahan pula, garis garis halus pada wajah juga dapat berkurangan.


4) UV Krim


UV krim ni ena belum try lagi sebab krim ni digunakan pada waktu siang. Nama pun UV protection, so seeloknya digunakan pada waktu siang sebagai perlindung pada kulit wajah dari sinaran matahari yang terik. 



Itu adalah serba sedikit review mengenai produk ini. Ena mesti cuba dahulu baru boleh buat review dan berikan sedikit gambaran bagaimana perasaan ena ketika mengguna produk ini. So bagi ena, produk skincare dari Nurraysa Beauty ini sangat selesa untuk digunakan. Tiada rasa gatal atau ketidakselesaan selepas menggunakan produk ini.

Namun, ini baru sehari ena guna. Impaknya tidak berapa nampak lagi. So kena tunggu lebih kurang dalam seminggu, baru ena boleh kasi tahu keberkesanannya pada kulit wajah ena. Tunggu tau untuk entri ena seterusnya!




Di belakang kotak produk Skincare Nurraysa Beauty ini sudah diberikan panduan kepada kita bagaimana dan bila untuk menggunakan produk ini. So tak perlu ena terangkan kat sini ye. Kepada mereka yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai Nurraysa Beauty Skincare ni, bolehlah lawat atau hubungi pihak mereka di :-



FACEBOOK:






More Nyummy Here

Tuesday, November 11, 2014

LAMAN SENI SEKSYEN 7 | SHAH ALAM | SELANGOR



LAMAN SENI SEKSYEN 7 | SHAH ALAM | SELANGOR | Alhamdulillah, dengan izin Allah, ena diberi kesempatan untuk pergi ke Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam. Ena memang dah lama teringin untuk pergi ke sini, selalu tengok kawan kawan update post bergambar di sini, ena pun nak juga. So, gembira jugalah hasrat di hati selama ni tercapai juga.

Laman Seni Seksyen 7 ini terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UITM Shah Alam), I-City dan betul betul di lorong belakang kedai Jakel. Boleh guna waze kalau tak tahu jalan ke sini. Ena kenal tempat ni pun sebab berdekatan dengan rumah kawan blogger ena, iaitu kak Meeya Techik dan selalu juga ke rumah kak Meeya ni. 



Apa yang menarik di Laman Seni Seksyen 7 ini adalah di setiap dinding belakang lorong ini terdapat lukisan lukisan yang unik, kreatif dan juga ada yang berbentuk 3D. So, sebagai seorang yang gemar bergambar, you alls tidak perlu segan silu untuk berposing dan bergambar di sepanjang lorong Laman Seni ini. Terutama di lakaran 3D, kalau pandai posing dan pandai ambil sudut ketika ambil gambar, hasil gambar tersebut pasti akan nampak cantik dan nampak seolah olah itu adalah gambar yang 'REAL'

Ena juga turut berposing serta bergambar apabila berada di sini. Rugilah datang ke sini tapi tak mahu bergambar. Walaupun ena tak berapa reti sangat nak posing posing ni dan tambahan pula baju yang ena pakai ketika itu agak mudah ikut bentuk badan, so ena tak boleh la over posing. Namun, terima kasih kepada juru gambar a.k.a my ehem ehem, sebab tolong snapkan gambar yang agak menarik. Ngeeee.

Jom tengok gambar gambar ena yang tak seberapa ni ketika di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam











Tiada bayaran dan tiada had masa untuk berada di sini. Nak stay dekat sini dari pagi sampai ke petang pun boleh. Kalau tak jemulah. Har har har. Tak silap ena Laman Seni ni bukan sahaja terdapat kat sini sahaja malah turut ada di negeri Kelantan dan Penang, kalau tak silap ena. Tang celah mana ena dop tahu lerr. Ehhhhh~


Itu sahaja dari ena. Jom beramai ramai mai ke sini.




ALAMAT:

LAMAN SENI SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Jalan Plumbum R7/R, 
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor
More Nyummy Here

Thursday, November 06, 2014

MINI ZOO TAMAN TERUNTUM | KUANTAN | PAHANG


MINI ZOO TAMAN TERUNTUM | KUANTAN | PAHANG | Baru-baru ni ena diberi kesempatan untuk pergi melihat haiwan liar di Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan, Pahang. Sudah sekian lama ena tak pergi ke zoo dan pada kali ini dapat pergi mini zoo pun jadi la. Ena pergi ke sini bersama-sama dengan family abang ena. Dapatlah juga mereleasekan tension dekat kepala ni setelah seminggu mentelaah ilmu di kulliyyah.

Taman Teruntum adalah taman rekreasi dan juga terdapat mini zoo di sini. Mini Zoo Taman Teruntum terletak di Kuantan dan berhampiran dengan Royal Pahang Golf Club dan Taman Gelora atau sebelum sampai ke Teluk Chempedak. 





Tiada bayaran untuk masuk ke dalam Mini Zoo ini, terbuka untuk semua golongan untuk beriadah atau cuci mata melihat keindahan fauna di sini. You all juga boleh beli makanan haiwan untuk bagi haiwan haiwan kat sini makan tapi masa ena pergi ni tak sempat nak bagi makan kat binatang tu semua. Ingat tak boleh bagi makanan, rupanya boleh. Tapi kena belilah makanan untuk binatang binatang di Mini Zoo ni.

Namun, malangnya, masa ena pergi ke sini, mostly binatang tengah tidur dan bermalas-malasan. Hanya beruk, monyet dan burung sahaja yang cergas bermain-main dalam sangkar masing-masing. Hentam jelah labu, janji dapat cuci mata tengok mereka ni.





Tak tahu pula ada berapa species binatang yang terdapat dalam Mini Zoo Taman Teruntum ni. Tapi boleh tahanlah kuantiti binatang yang ada, puas jugalah tengok. Nama pun Mini Zoo kan kan kan. Ekekeke. Di bawah ni ena nak share gambar gambar binatang yang ena sempat snap. Ada yang ena tak dapat snap sebab macam ena katakan tadi, mostly mereka sedang nyenyak tidur.










Tengok haiwan ni semua serius dapat menenangkan sedikit sebanyak jiwa walaupun mereka ni tengah dibuai mimpi mimpi yang indah. Alhamdulillah, terima kasih kepada abang ena sebab bawa ena ke sini. Lepas ni boleh ena  bawa kawan kawan seperjuangan lepak kat sini pada setiap minggu. Dari kediaman ena, dalam 20 minit kalau tak silap ena untuk sampai ke sini.

So, bagi mereka yang telah penat bekerja apa semua, boleh bawa orang yang tersayang merehatkan minda di sini sambil menimba ilmu pengetahuan. Memandangkan di setiap sangkar haiwan di sini, akan di terang sedikit sebanyak tentang haiwan tersebut. Menarik apabila baca satu persatu.

Selamat bergembira.


More Nyummy Here