Wednesday, October 29, 2014

MYNY CAFE | PUTRA SQUARE 3 | KUANTAN



MYNY CAFE | PUTRA SQUARE 3 | KUANTAN | Minggu lepas, ena dengan kawan-kawan ena pergi makan tengah hari di sebuah kedai makan yang diberi nama, MYNY Cafe. "MYNY" ini singkatan untuk Malaysia NewYork. Popular juga cafe ini dikalangan pelajar UIAM Kampus Kuantan. Oleh itu, ena pun nak cuba try test merasai makan di cafe ini.

MYNY Cafe terletak di Putra Square 3, China Town, Kuantan, Pahang yang berhampiran dengan East Coast Mall (ECM)iaitu sebuah shopping complex yang paling gah di area Kuantan ini. Selain itu, menu simbolik untuk cafe ini adalah pizza dan kek. Makanan yang lain seperti pasta, burger dan sebagainya lagi turut juga ada disediakan. So, jangan risau bagi mereka yang tidak gemar akan pizza dan kek.

Entri kali ena ingin kongsikan serba sedikit menu yang kami order di MYNY Cafe. Kepada mereka yang baru sahaja ingin mencuba makan makanan di cafe ini, bolehlah try makanan yang ena cuba pada minggu lepas.



Ribena Longan dan Iced Honey Lemon

Set Aglio Olio, ada Garlic Bread dan Air (Ribena Longan) 

Set Panna, ada Garlic Bread dan Air ( Iced Honey Lemon ) 

Pizza: Yankee Stadium Slices dan Hawaiian Slice


Bagi ena, pizza kat sini boleh tahan rasanya. Cheese pun banyak dan ketebalan roti pizza pun senang untuk dimakan. Rasa pastanya pun boleh diterima oleh anak tekak. Sedap tapi masih ada kekurangan di setiap rasa pasta tersebut. Apapun, ena puas hati dengan harga di sini, murah dan berpatutan. Sesuai untuk student makan di sini.

MYNY Cafe ini baru buka cawangannya di hadapan Hotel Sri Manja, Indera Mahkota 7 yang berhampiran dengan universiti ena iaitu UIAM Kampus Kuantan. Bila beroperasi ena tak pasti tapi lepas ni tak payah lagi ena hendak ke bandar Kuantan lagi untuk menikmati lagi makanan di MYNY Cafe.



Kepada mereka yang ingin lagi kepastian, boleh lah pergi sendiri ke sini ataupun usya usya laman social cafe ini. 



Alamat:

MYNY CAFE SDN.BHD
Putra Square 3,
No 13, Jalan Putra Square 3,
China Town, Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang


Facebook:



Website:




More Nyummy Here

Friday, October 24, 2014

KEINDAHAN PANTAI KELANANG I BANTING


KEINDAHAN PANTAI KELANANG | BANTING | Pantai Kelanang ini berhampiran dengan Pantai Morib. First time ena tahu wujudnya Pantai Kelanang di negeri Selangor, selama ni asyik dengar Pantai Morib orang dok mai cerita. Hehehe. Okay, Pantai Kelanang terletak di Banting, Selangor dan kalau hendak ke sini, boleh ikut jalan menghala ke Pantai Morib. Nanti ada simpang menghala ke Pantai Kelanang ini. Kena pandai cari la. Senang cerita guna waze je. InsyaAllah, ada line kat sini.

Walaupun Pantai Kelanang adalah kawasan bakau tetapi masih ada pasir kat tepi pantai ini macam pantai pantai yang lain. Ena pergi satu port dekat area pantai ini, memang sangat cantik kawasannya. Ada batang bantang pokok yang menjadi perhiasan di situ. Pasirnya pun berwarna putih, bersih. Memang terbaiklah kalau nak shooting dengan sini.




Ena tak sempat hendak pergi keseluruhan Pantai Kelanang ni memandangkan cuaca agak terik dan menyilaukan. Sampai nak buka mata pun agak terseksa. Yela, ena ni silau kuat. Sobs. Oleh itu, untuk entri kali ini, ena nak jamah you all dengan gambar gambar ena bersama permandangan indah di sini. Terima kasih diucapkan kepada tukang pengambil gambar ye. 

Guna kamera handphone cikai je, so kualiti gambar agak kurang cantik dan menyerlah. Maaf~








I love the view so much! Kayu kayu mati tu yang menyebabkan permandangan dekat sini bertambah cantik. Kalau guna kamera DSLR ni mesti nampak lagi lawa. SubhanaAllah! Indah sungguh ciptaan Allah, tenang je pemikiran apabila berada di sini.

Kepada mereka yang berada berdekatan dengan Banting, bolehlah pergi ke sini melihat keindahan alam atau beristirehat di sini dengan keluarga tersayang setelah penat bertungkus lumus mencari rezeki di ibu kota. 



More Nyummy Here

Tuesday, October 21, 2014

TAMAN REKREASI I TAMAN TASIK BANDAR I KUANTAN



TAMAN REKREASI | TAMAN TASIK BANDAR | KUANTAN |  Pada suatu ketika dahulu, di sini lah tempat ena menenangkan pemikiran pada waktu petang apabila sudah habis kelas. Tapi lately ni, kemalasan mula melanda diri, so memang jarang la jejak kaki kat sini. Macam mana lah tak jadi makin gemuk. Hewhewhew.

Taman Tasik Bandar Kuantan ini terletak berhampiran dengan hostel ena, Mahallah Tabari IIUM Kuantan dan juga berdekatan dengan Hotel Sri Manja. So kalau ena ke sini, ena jalan kaki je dengan rakan rakan yang lain. Sebab dekat sangat.

Baru baru ni, ena dengan roomate, Nadia bercadang untuk bermain badminton di sini. So, alang-alang kami ke sini, ena nak snap beberapa permandangan menarik di sini. Sejak kebelakangan ini, ena memang suka tengok permandangan semulajadi tak kira kat mana sekali pun. Rasa sayu je hati melihat kebesaran dan ciptaan Allah SWT. SubhanaAllah~

So ada beberapa gambar permandangan yang ena snap ketika di sini. Jom tengok.






Lepas main badminton, kami pergi round satu tasik ni sambil menghayati permandangan di sini. Kami mengambil masa selama 15 minit untuk habiskan satu round. Sebab jadi lama adalah kerana asyik berhenti dan mengambil gambar mana mana sudut yang menarik bagi pandangan mata ena. Ada banyak view yang sempat diambil, tapi hanya tiga gambar di atas ini sahaja yang menarik bagi ena. Hehehe.

Gambar ena dengan roomate ena pun turut ada. Mana boleh tak tangkap gambar bersama. Memandangkan lagi beberapa hari dah nak pindah ke hostel yang baru dan roomates pun bakal bertukar nanti. Kiranya ini adalah kenangan terakhir antara ena dengan roomate ena. Roomates yang lain, tak sempat nak snap bersama sebab mereka busy dengan hal masing-masing. Nanti kalau ada kesempatan, adalah gambar kami bersama nanti.








Oleh itu, kepada yang masih belum pernah pergi ke Taman Tasik Bandar ini, boleh lah datang sambil menenangkan pemikiran bersama sama dengan orang yang tersayang. Rasanya penduduk di Kuantan ramai yang dah yang tahu taman rekreasi ni kan kan. Hehehehe. Ena ni bukan penduduk Kuantan, ena hanyalah orang luar yang datang dari jauh semata mata untuk menuntut ilmu di sini.


Itu sahaja perkongsian dari ena pada hari ini. Memandangkan esok cuti bolehlah ena beri tumpuan pada blog ena ini.





More Nyummy Here

Tuesday, October 14, 2014

VECTOR DAN HEADER INA AINAA I AZHAFIZAHDOTCOM



VECTOR DAN HEADER INA AINAA | AZHAFIZAHDOTCOM | Hello my readers, miss you all. Fiuhhh, lebih kurang sebulan jugalah ena tak menggerakkan blog ena ni. Nasib baik traffik tak menurun dengan secara mendadak. Maaflah dah lama tak muncul dalam dunia blog, hari ni baru nak kembali semula dengan misi dan visi yang baru. InsyaAllah, ada masa ena rajinkan diri blogwalking semula ye.

Kalau you all perasan, ada sedikit perubahan pada blog ena terutama pada domain, nama blog serta header blog. Well, ini namanya new spirit. Semua dah bertukar. Tiada lagi 'ROSEBERRY', kali ini ena menggunakan nama original ena. So, oleh sebab ena tukar domain baru, maka blog ena ni kena start daripada zero balik. Huuuuuu~

Okay, cukup cukup sudah. Entri kali ini ena nak share mengenai dimana ena tempah untuk header dan vector ena. Kalau nak, check it out bebeh!

Vector

Header


Cantikkan!! Serius, ena suka sangat hasil dari sentuhan kak blogger AzhafizahDotCom. Kemas, menarik dan sangat mengikut citarasa ena. Auuuuummmm. Memang tidak sia-sia ena minta dia editkan untuk ena, dah lama sebenanrnya ena teringin nak kak Fiza ni designkan something untuk ena. Akhirnya dapat juga tempah something kat dia.

Turutkan hati nak suruh dia editkan semua blog ena tapi tak mengapalah. Tukar header je dahulu buat setakat ini. Suka terjah blog kak Fiza ni sebab sangat kemas dan ringan untuk ena masuk. Tambahan pula, warna blog dia adalah warna kegemaran ena. 

Oleh itu, kepada mereka yang sedang mencari blog designer untuk keinginan masing-masing, bolehlah deal dengan kak AzhafizahDotCom. Dibawah ini ena letak details dia. Jemput terjah ye~


More Nyummy Here