Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, September 18, 2014

INSTAGRAM DAN WEBSITE RASMI | KELABBLOGGERBENASHAARI



INSTAGRAM DAN WEBSITE RASMI | KELABBLOGGERBENASHAARI | Alhamdulillah beberapa hari yang lepas website rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari telah ditubuhkan dengan jayanya oleh abang Hafiz Rahim. Ena sangat gembira dan berbangga apabila Kelab Blogger Ben Ashaari sudah ada website rasmi.

Mengenai Kelab Blogger Ben Ashaari, kelab ini ditubuhkan oleh abang Ben Ashaari sejak tahun 2009 lagi. Dengan slogan "Bukan Sekadar Blogger", ena bersatu dengan kawan kawan yang lain membawa network ini hingga ke puncak kejayaan tanpa ada sebarang paksaan dari mana mana pihak. Semua ini atas kerelaan hati kami masing masing, tanpa mengutamakan wang, nama dan job semata mata. 




Kelab Blogger Ben Ashaari akan diusahakan oleh kami bersama. InsyaAllah, segala aktiviti yang dilakukan dan dijalankan akan kami tampilkan pada website tersebut.  Terima kasih juga kepada abang Ben Ashaari sebab terima ena untuk sertai dalam community ini. Ena dengan berbesar hati akan cuba sedaya upaya untuk tingkatkan network Kelab Blogger Ben Ashaari

Selain itu, ena ingin perjelaskan di sini bahawa kami tidak berpuak dan juga tidak mengabaikan kawan kawan yang lain. Kalau ada yang menjauhkan diri daripada kami sebagai ahli Kelab Blogger Ben Ashaari ni, anda sebenarnya yang suka hidup berpuak. Kami kat sini wat lek wat peace je sambil minum kopi. Ehhh~
Disamping itu, Kelab Blogger Ben Ashaari ini juga mempunyai instagram rasmi dimana kami akan update segala gambar gambar aktiviti kami bersama di ruang medium tersebut.


Link: http://instagram.com/kelabbloggerbenashaari / @kelabbloggerbenashaari


Oleh itu, ena menjemput you all untuk terjah website dan instagram rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari. Marilah support dan kenali kami dengan lebih rapat. InsyaAllah, seperti yang ena katakan tadi, kami hidup tak berpuak. Semua orang kami layan kecuali manusia yang berhati busuk. Oh yeahhh!

Terima kasih! Jangan lupa follow sekali instagram Kelab Blogger Ben Ashaari ye.




More Nyummy Here

Wednesday, September 17, 2014

CABARAN 30 HARI | 5 PERKARA YANG DIRINDUI AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | 5 PERKARA YANG DIRINDUI AINAA ROSEBERRY | Bertemu kembali kita dalam Cabaran 30 Hari. Pada hari ini, bersamaan 17/9/2014,  menandakan sudah tujuh belas hari cabaran ini telah berlangsung. Ada yang sudah tewas dan ada yang masih teruskan perjuangan untuk cabaran kali ini. Ena masih belum tewas dan masih belum ada rasa untuk berputus asa. Dan untuk cabaran hari ini pula, ena perlu senaraikan lima perkara yang dirindui oleh ena.


Untuk pengetahuan you all, perkara perkara yang ena rindui ini adalah perkara yang membuatkan ena terfikir "Alangkah wujudnya mesin masa yang boleh putar balik masa pada zaman ena muda mudi dahulu". Andai kata ena dapat patah balik masa, ena nak perbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang pernah ena lakukan. Namun semua itu mustahil. Yang perlu ena lakukan sekarang hanyalah teruskan kehidupan ini, berubah ke arah yang lebih baik dan bertaubat.

Okay, jom baca 5 perkara tersebut..




5 PERKARA YANG DIRINDUI

1) Diri Ena Pada 14 Bulan Yang Lepas.
Ena rindu diri ena pada waktu itu. Seorang yang ceria, peramah dan bebas dari rasa sakit hati. Tapi sejak diri ini banyak kali dikecewakan, terus perangai ena berubah. Mudah tertekan, mudah marah, mudah melenting dan mudah membenci. Sekarang ni ena cuba untuk kembalikan semula perangai ena yang dulu dulu.

2) Zaman Kanak Kanak Ribenna
Majoriti yang buat cabaran untuk hari ini akan mengatakan bahawa mereka rindukan zaman kecil kecil mereka. Tak terkecuali juga dengan ena. Ena sangat rindu pada zaman kanak kanak dimana diri ini tak perlu fikirkan masalah. Bebas bermain main dengan alat permainan.

3) Rumahku Syurgaku
Rindu rumah! Homesick! Rindu mak dan abah. Tapi kalau balik rumah pun, asyik tidur je. Hurmmm. Bila berjauhan baru terasa rindu bagai. Aduyaiiii!

4) Badan Kurus Melidi
Huarrrghhhhh! Ena memang nak badan ena masa zaman sekolah dahulu. Kurus melidi je dulu. Sekarang ni rasa dah gemuk. Lemak melebih lebih dah sekarang ni. Walaupun nampak agak kurus sekarang tapi kalau rasa lemak kat bahagian perut, bahagian peha ni, Astagfirullah! Itu yang tengah usaha untuk kempiskan.

5) Dunia Blogger Yang Dahulu
Entahlah kenapa ena rindu sangat zaman blogger dulu dulu ni. Zaman sebelum ena mejadi blogger yang aktif. No hard feeling, no cemburu cemburu, no masam masam muka antara blogger. Everything nampak happy je. Tapi sekarang ni, tak tahulah ena nak cakap. Hurmmm. Yang dulu kamching, sekarang ni jadi musuh. Ena pun dalam situasi sama. Banyak juga terasa hati dengan blogger yang lain dan akhirnya ena terpaksa membawa diri sendiri. 



CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI



More Nyummy Here

TUTORIAL PING ENTRI | APPS EDISI BLOG



TUTORIAL PING ENTRI | APPS EDISI BLOG | Kepada para blogger di luar sana, ada satu berita terbaik untuk you all bagi pengguna Android 4.3 dan ke bawah. Satu application a.k.a app Beta telah tercipta untuk para blogger ping atau share entri masing masing di app tersebut. Nama app tersebut ialah Edisi Blog

Edisi Blog bertujuan untuk memudahkan para blogger untuk kongsikan entri terbaru dan juga memudahkan you all untuk terjah ke blog kawan kawan blogger yang lain. Hanya dengan menggunakan telefon bimbit canggih you all, dah boleh blogwalking entri terbaru kawan kawan yang lain. Selain itu, app Edisi Blog juga turut bertujuan untuk satukan dan gabungkan semua para blogger di Malaysia ini.

Baru baru ini, ena ada share hal ini di Facebook dan ada yang bertanya pada ena bagaimana untuk ping entri di situ. Okay, jangan risau, kali ini ena akan buat tutorial bagaimana untuk ping entri di Edisi Blog.



1) Klik 3 Titik yang menegak yang terletak di sebelah kanan atas sekali.




2) Lepas tu akan keluar seperti dalam gambar rajah dibawah. So, you all klik bahagian 'PING'




3) Di sini, akan keluar tajuk entri terbaru you all. Hanya entri terbaru sahaja yang akan terpapar. So bagi entri yang telah setting back dated, tak akan terkeluar. Kalau macam tu, jangan setting terlebih dahulu. Dah publish dan dah ping di Edisi Blog, baru you all setting tarikh semula.




4) Pilih kategori entri yang ingin di share 




5) Klik 'Ping Entri Ini'. Tadaaaaa! Bila dah berjaya, akan keluar seperti entri ena di bawah ini.



Senangkan?? Bukan nak ping entri sahaja yang senang, nak install Edisi Blog pun mudah dan cepat sebab file tak besar sangat. Oleh itu, ena ingin jemput blogger di luar sana untuk install app ini. Jom sama sama usaha menaikkan traffik blog masing masing.

Namun pastikan telefon android you all 4.3 dan kebawah. Untuk 4.3 dan ke atas, insyaAllah akan diupgradekan tak lama lagi. Untuk pengguna Iphone, masih belum ada untuk app ini. InsyaAllah akan datang mungkin ada, so harap bersabar ye.

Di bawah ini gambar baru lepas update untuk Edisi Blog.





LINK:






More Nyummy Here

Tuesday, September 16, 2014

CABARAN 30 HARI | AINAA ROSEBERRY PADA 10 TAHUN LAGI



CABARAN 30 HARI | AINAA ROSEBERRY PADA 10 TAHUN LAGI | Alhamdulillah, sempat juga ena kejar untuk cabaran 30 hari ni. Harap esok dan hari seterusnya ena dapat update mengikut hari yang betul. Tak perlu setting bahagian tarikh lagi. Yeahhhh.

Okay ena nak tulis laju laju dan simple sebelum masuk hari ke tujuh belas. Lagi setengah jam nak masuk hari yang baru. Tanpa membuang masa, untuk cabaran hari ini iaitu hari ke enam belas, ena dicabar untuk sharekan bagaimana ena 10 tahun akan datang lagi.

Dengan izin Allah, InsyaAllah sekiranya dipanjangkan umur, 10 tahun akan datang kehidupan ena adalah...


1) Sudah semesti dah tamat pengajian ijazah dan mungkin akan sambung lagi

2) Sudah bekerja

3) Sudah mampu membina keluarga sendiri

4) Sudah tentu 10 tahun akan datang umur ena 32 tahun. 3 series dah.

5) Sudah menjadi ena yang lebih matang mengharungi kehidupan.



CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI




More Nyummy Here

ROCK IT FRIES | BURGER KING ONE SURIA



ROCK IT FRIES | BURGER KING ONE SURIA | Baru baru ni ena pergi makan tengah hari di Burger King, One Suria yang berhampiran dengan asrama ena. Memandangkan tempat One Suria ni baru sahaja buka pada tahun ni, so ena tak mahu lepas peluang untuk cuba makan di sini. 

Tambahan pula, ena dah lama tak makan melantak kat Burger King. Yela kat Tanjung Malim mana ada Burger King, KFC, Pizza Hut, OldTown White Coffee jelah ada. Terpaksa tahan nafsu bila tengok iklan iklan Burger King keluar dekat TV atau kat surat khabar. Ena lebih suka makan burger di Burger King berbanding burger di McD. Dulu je layan McD, sekarang dah stop makan McD, dah tak bernafsu tengok McD



Rock It Fries. Rock It Fries ialah kentang goreng yang dibubuh serbuk kari dan dimakan bersama dengan sos special. Sudah lama ena teringin nak merasai Rock It Fries dan bila dah ada kat Kuantan ni, dapat juga akhirnya ena makan fries ni.

Harga Rock It Fries ni ena tak berapa nak ingat sebab ena beli sekali dengan set burger. So, kalau sekali set dengan burger dan air, hanya tambah RM 1 sahaja untuk tukarkan dari kentang biasa kepada Rock It Fries.


Mengenai rasa pula, urmmmm agak kurang sedap bagi ena. Mungkin sebab rasa serbuk kari terlampau pekat dan ena pula jenis yang kurang minat makan kari. Hurmmm. Tapi sos special untuk Rock It Fries ni memang sedap bagi ena. Rasa sos special ni pedas pedas manis.

Namun, walaupun tak sedap, ena balun juga sampai habis. Dan dah dua kali ena beli Rock It Fries ni. Dari terbuang kentang kalau beli kentang yang biasa, baik add on RM 1 untuk Rock It Fries. Walaupun tak berapa sesuai dengan tekak ena, janji kentang tu ada perisa. Sambil tu, boleh jadi kudap kudap bila tengah layan movie di lappy kesayangan ena.

Kepada yang berhampiran dengan area Kuantan ni, boleh lah terjah makan kat Burger King di One Suria. Tempat pun cantik, selesa dan tidak berbau. Selain Burger King, Ayam Penyet pun ada. Ayam Penyet tu ena tak rasa lagi la, nanti ena pergi buat review ye. Nantikan review untuk Ayam Penyet pula.

Bawah ni alamat Burger King One Suria



ALAMAT:
Lot A, One Suria,
Jalan Sultan Ahmad Shah,
Bandar Indera Makhota,
25200 Kuantan, Pahang
*Opposite International Islamic University Malaysia Kampus Kuantan*

NO TEL:
016 3300646

MASA:
Monday to Sunday
7am - 12am

KEMUDAHAN:
Free Wifi
Drive Thru
Breakfast




More Nyummy Here

Monday, September 15, 2014

CABARAN 30 HARI | SURAT KEPADA JODOH AINAA ROSEBERRY


CABARAN 30 HARI | SURAT KEPADA JODOH AINAA ROSEBERRY | Tudia main surat menyurat pula untuk cabaran hari ke lima belas ni. Ahaks. Masa zaman sekolah dahulu selalu juga main surat menyurat dengan kawan kawan. Tulis surat lepas tu masukkan kat bawah laci meja kawan atau selitkan dalam buku kawan. Kah! Macam macamlah aktiviti zaman dulu dulu ni.

Sekarang ni pakat pakat dah ada teknologi moden seperti komputer, internet, handphone dan sebagainya lagi. So kalau nak sampaikan maklumat atau kata kata, hanya melalui benda tu je. Uuurrrgghhhh! Tetiba teringin nak kembali zaman surat menyurat ni. Rindunyaaa!

Okay tak mahu buang masa, ena nak teruskan ke Cabaran 30 Hari. Dibawah ini ena lampirkan surat kepada jodoh ena. Kiranya benda ni doa jugalah. Namun tak tahula siapa jodoh ena nanti, dengan si polan itu ke atau dengan si polan yang ini ke. Hurmmm, namun ena berharap sangat bahawa si dialah yang akan menjadi imam kepada ena dan anak anak ena suatu nanti. Ena disini hanya mampu doakan yang terbaik.

Surat ini bukanlah rekaan diri sendiri tapi ena suka sangat dengan kata kata a.k.a doa jodoh ni. Jom baca~





CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI


More Nyummy Here

Sunday, September 14, 2014

CABARAN 30 HARI | CERITA KASUT AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | CERITA KASUT AINAA ROSEBERRY | Hari ini sepatutnya dah masuk cabaran ke 16 tapi ena masih terhegeh hegeh buat cabaran untuk hari ke empat belas. Ini pun terpaksa setting tarikh supaya setiap entri Cabaran 30 Hari ni terletak pada hari dan tarikh yang betul.

Okay untuk cabaran kali ini pula, cerita tentang kasut ena. Tsk tsk tsk. Apa ye ena nak cerita pasal kasut ena ni, pening dah memikir. Dah la ena ni jenis bukan suka beli kasut. Beli satu, pakai sampai lunyai baru beli yang lain. Selain itu juga, warna kasut pun ena tak pernah pilih yang warna warni. Putih, hitam, kelabu itu jelah. Nak melawa sedikit, pinjam dari kakak ena. Alamatnya, memang tak kisah sangat pasal kasut ni.

Cuma ada satu kasut ni je buat ena rasa happy dan sayang sangat iaitu kasut pemberian seseorang yang sentiasa ada di sisi ena. Rasa happy bila dia bagi kasut dalam gambar di atas kepada ena. Masih tersimpan cantik dalam kotak kasut. Cadangnya nak pakai pergi ke kuliyah, tapi tetiba rasa sayang pula nak pelasah kasut tu. Takut rosak cepat. Huaaaaaaaaaa.

Tunggu la dua tiga bulan lagi, lagipun kasut yang sedia ada masih elok lagi. Hehehehe. Itu jelah cerita kasut ena. Ena tak ada cerita menarik mengenai hal ini. Maaf sebab tak fullfil sangat cabaran kali ini.



CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI




More Nyummy Here

Saturday, September 13, 2014

CABARAN 30 HARI | 5 BLOG KEGEMARAN AINAA ROSEBERRY




CABARAN 30 HARI | 5 BLOG KEGEMARAN AINAA ROSEBERRY | Fiiuuuhhh hari ni ena marathon update blog tentang Cabaran 30 Hari yang makin hari soalannya makin tercabar mencabar dan dicabar. Inilah padanya bila malas nak mengupdate entri, sekarang dah tak terkejar kejar pulun tulis mengenai cabaran 30 hari. Harap para pembaca tidak bosanlah ye sebab hari ini ena memanjang update entri pasal Cabaran 30 Hari.

Okay, pada cabaran hari ke tiga belas, tugasan ena untuk kali ini ialah senaraikan 5 blog kegemaran ena. Hurmmm. Cabaran agak tercabar jugalah kali ini sebab tak tahu nak ambil blog yang mana pilihan hati ena. Banyak blog yang ena suka terjah setiap hari tapi kali ini ena hanya perlu senaraikan lima blog sahaja. 




5 BLOG KEGEMARAN















Kenapa ena suka baca blog mereke?? Silalah terjah sendiri dan you all akan tahu kenapa ena suka. Tapi aspek paling penting yang boleh buat ena tertarik ialah kemas, ayat sempoi dan tak berat bila nak loading.


Dan blog yang kelima yang ena suka, sudah tentu blog ena sendiri, Ainaa Roseberry. Mesti kena suka dengan blog sendiri baru feeling nak berblog itu hadir. Walaupun masih ada banyak kekurangan, namun ena tetap adore dengan blog dari hasil titik peluh ena selama ni. Penat juga nak jaga blog ni tapi itulah satu kepuasan dalam diri ena. 




CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI



More Nyummy Here

Friday, September 12, 2014

CABARAN 30 HARI | 5 WISHLIST AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | 5 WISHLIST AINAA ROSEBERRY | Setiap orang memiliki impian masing masing. Begitu juga dengan diri ena yang serba kekurangan ini. Oleh itu, untuk cabaran pada hari yang ke dua belas, ena dikehendaki untuk menyenaraikan lima wishlist yang ena impikan selama ini. 

Ena ada banyak wishlist dalam matlamat kehidupan ena, namun yang lima ni adalah wishlist yang betul betul ena doakan supaya tercapai. Namun, kalau tak tercapai pun ena redha. Mungkin ada sebab disebalik semua yang Allah telah takdirkan untuk diri ena. Ena menerima dengan hati terbuka dan pemikiran yang positif.


5 WISHLIST AINAA ROSEBERRY

1) Dapat tamatkan Degree dengan lancar dan jayanya

2) Nak bebas untuk lakukan apa sahaja selagi tak melampaui batas

3) Hope dapat grab Iphone 5s atau 6 pada tahun ni

4) Semoga dapat melupakan perkara yang menyakitkan hati selama ini

5) Semoga menjadi seorang yang senang memaafkan kesalahan orang lain dengan ikhlas



CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI



More Nyummy Here

Thursday, September 11, 2014

CABARAN 30 HARI | KENANGAN LUCU ZAMAN KECIL AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | KENANGAN LUCU ZAMAN KECIL AINAA ROSEBERRY | Fiiuuhhh, terpaksa setting tarikh untuk entri ini memandangkan dah 5 hari ena tak update blog. So sekarang tengah gigih selesaikan entri Cabaran 30 Hari yang mana tertangguh. Chayok ena!

Untuk cabaran hari kesebelas, ena dikehendaki untuk menceritakan kenangan lucu pada zaman kecil ena. Huishhh! Pening juga nak ingat balik pengalaman lucu masa zaman kecil kecil dahulu. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Gambar kecil kecil dahulu pun tak ada sebab semua tertinggal kat rumah ena di Tanjung Malim. So, tempek jelah gambar yang mana nampak agak kebudak budakan di situ. Hehehe.

Jom baca tentang kenangan lucu zaman kecil ena.



KENANGAN LUCU ZAMAN KECIL

Main Kutu. Pernah tak you all dengar orang sebut sebut mengenai main kutu ni?? Surelah pernahkan. Okay ada cerita pasal benda ni masa ena kecil kecil dahulu. Ena tak tahu la benda ni adalah satu kenangan lucu ke tidak tapi bagi ena agak melucukan juga bila teringat balik.

Masa kecil kecil dahulu, ena selalu juga dengar mak dengan kakak ena sebut perkataan 'main kutu' ni. Sikit sikit borak pasal main kutu, sikit sikit cakap pasal duit nak bayar main kutu. Ena masa tu umur dalam 5 atau 6 tahun. Then, you all nak tahu apa yang asyik berlegar dalam kepala otak ni bila mak dengan kakak ena cakap pasal benda?? Main kutu bagi kefahaman ena msa tu adalah main lawan lawan kutu. Kutu yang ulat betul tu. Hahaha.

Pada zaman tu, ena macam pelik jugalah memikirkan macam mana mak dengan kakak ena ni cari kutu semua ni. Cabut kat badan kucing ke atau ada cara yang lain?? Bila cel cel otak bergabung begnilah jadinya. Mengarut ngarut je berimaginasi. Ahaks

Tak lama kemudian, baru ena tanya kat mak ena. Tanya macam mana dia cari kutu tu semua. Mak ena punyalah gelak besar bila ena tanya soalan macam tu kat dia. Nasib baik tak terkucil je mak ena masa tu. Hahahaha. Adeii, lepas mak habis gelak baru dia terangkan apa sebenarnya Main Kutu tu. Barulah ena tahu apa kebenda lah Main Kutu ni sebenarnya.

Itulah salah satu kenangan yang masih segar dalam kepala otak ni. Entah apa apa je ena masa tu. Boleh pula fikir Main Kutu tu adalah mainan laga laga kutu ni. Ni mesti terpengaruh baca buku Kampung Boy ni sebab ada cerita mengenai main lawan labah labah. 


CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI



More Nyummy Here

Wednesday, September 10, 2014

CABARAN 30 HARI | APA DI DALAM HANDBAG AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | APA DI DALAM HANDBAG AINAA ROSEBERRY | Dengan line internet macam hidup segan mati tak mahu ni, ena gigihkan juga diri mengupdate blog walaupun hati tengah menyumpah nyumpah kegeraman. Bila malam je slow, bila slow je malam. Haishhh. Okaylah, cabaran untuk hari yang seterusnya iaitu hari yang kesepuluh, ena dikehendaki untuk memberitahu  di entri ini apa yang terdapat dalam beg tangan a.k.a handbag ena.

Ena perhatikan, kalau perempuan ni macam macam benda nak disumbat dalam handbag masing masing. Selagi tak penuh, selagi tu sumbat sumbat dan sumbat. Termasuklah dengan diri ena yang agak tak berapa nak feminin ni. Eheks. Tapi itulah lumrah seorang perempuan. Bukan apa, sebenarnya semua barang tu sangat diperlukan bila dalam keadaan darurat. Kalau lelaki ni senang, tak payah nak macam macam sangat. Betul tak?? 

Okay jom ena nak bagitahu apa yang benda wajib kena ada dalam handbag ena.




BENDA  YANG WAJIB ADA DI DALAM HANDBAG AINAA ROSEBERRY

1) My Baby Phone!

2) My Dompet!

3) My Perfumes!

4) My Card Holder!

5) My Monopod!

6) My Camera Digital!

7) My Bisnes Card!

8) My Personal Laundry!

9) My Pen!

10) My Earphones!


Itulah 10 senarai barang yang wajib dan mesti kena ada dalam handbag ena. Kalau tak ada, rasa tak senang duduk kalau nak pergi ke mana mana. Tak kisahlah berat ke tak berat ke, janji ke semua benda yang tersenarai di atas mesti lengkap. Weeee~


CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI


More Nyummy Here

DOAKU UNTUK MU | ANAK SAUDARA | UPSR



DOAKU UNTUK MU | ANAK SAUDARA | UPSR | Pejam celik pejam celik, dah besar dah anak buah ena yang sulung ni, Muhammad Irfan. Gambar diatas, raya haji tahun 2013 kalau tak silap. Masa tu umur dia 11 tahun dan ena pun sedang kegemukkan. Uhuks. Pada hari ini, 9/9/2014, anak kepada kakak ena ni sedang menduduki peperiksaan UPSR untuk kertas Bahasa Melayu kalau tak silap ena.

Ya Allah, sekejap betul masa berlalu. Rasa macam baru je lagi dia masuk sekolah rendah. Now dah nak habis dah, berapa bulan lagi dah masuk tingkatan 1. Okay terasa diri ni tua dah. Ahaks. Umur je tua, tapi badan maintain muda okaaiiiii. 18 tahun gittew. Cewaahhh! Mohon muntah pelangi ye~

Tahun ni merupakan tahun terakhir UPSR kan kan?? Eh ke tahun depan???? Tak tahu tak tahu. Hehehe. Apapun, untuk entri kali ini ena nak ucapkan semoga maju jaya kepada anak saudara ena. Teruja sejenak bila ada anak buah nak UPSR dah sebab yela first time ena dapat fefeeling takut kekononnya fefeeling si kakak susah hati la dengan si adik yang nak exam. Ena ni anak bongsu, so dapat merasa semua ni dengan anak anak kakak atau abang jelah.




Tak mahu tulis meleret leret lagi. So, AcuNa sentiasa mendoakan yang terbaik! InsyaAllah, all the best ye wahai Irfan! Semoga Allah permudahkan segala urusan hari peperiksaan anak buah ena, Muhammad Irfan. Semoga dia boleh jawab soalan dengan tenang. Jumpa lagi ye bila AcuNa balik rumah nanti. Okay, I'm homesick already. Hurmmmmm.

Maaf ye you all, tak ada gambar yang terbaru dengan anak buah ena ni. Recycle je gambar yang lama lama. Ada je yang terbaru cuma malas nak transfer dari kamera ke lappy. 




More Nyummy Here

Tuesday, September 09, 2014

CABARAN 30 HARI | LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN AINAA ROSEBERRY | Tak tahulah apa motif ena letak gambar yang kat atas ni. Maybe mereka adalah lelaki dan juga bersesuaian untuk cabaran hari yang kesembilan  iaitu lelaki yang menarik perhatian ena. Hahaha. Maaf ye abang Shakiddo dan abang Jamar, terpaksa tempek muka kat sini.

Untuk jawapan kali ini, ena akan senarai sifat sifat lelaki yang boleh membuat ena tertarik dengan mereka. Ena tak akan mention siapa orangnya, cukuplah sekadar tahu sifat yang boleh buat ena tertarik. Sebenarnya ada banyak tapi ena kena senaraikan lima sahaja. So, point yang lain, biarlah jadi rahsia ena sendiri. 



5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN AINAA ROSEBERRY

1) Seorang Yang Kemas
Bukan bermakna lelaki tersebut suka mengemas rumah ke apa. Kemas di sini ialah penampilan lelaki tersebut. Berpakaian kemas, rambut terurus, tak berbau badan yang agak kurang menyenangkan dan pelbagai lagilah.  

2) Seorang Yang Tenang
Lelaki yang tenang menghadapi masalah yang menimpa. Sebab ena ni seorang yang cepat menggelabah, so ena memerlukan seorang lelaki yang boleh tenangkan ena dan turut tenang bila consult dengan masalah.

3) Seorang Yang Gila Gila
Gila di sini bukan gila seks. Tetapi gila disini ialah perangai yang flexible dan open minded. Tak terlalu ikut sangat baran di hati yang nak perfect je semua benda. Lagipun, ena ni otak gila gila tapi bertempatlah.

4) Seorang Yang Melihat Masa Depan
Lelaki yang akan menilai ena dengan masa depan ena, bukan masa lampau ena. Cukup tak suka lelaki menilai diri ena dengan menyamakan masa lampau ena. Jauhi lelaki macam ni sebab ena pernah jumpa lelaki sebegini.

5) Seorang Yang Berjaya Buat Hati Ena Tertawan
 Ini yang penting. Tak mahu cakap banyak, fahamkan sendiri ye.


CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI

More Nyummy Here

Monday, September 08, 2014

CABARAN 30 HARI | 5 LAGU CINTA KEGEMARAN AINAA ROSEBERRY




CABARAN 30 HARI | 5 LAGU CINTA KEGEMARAN AINAA ROSEBERRY | Pada hari kelapan, cabaran yang perlu ena lakukan ialah senaraikan 5 lagu cinta kegemaran ena. Ena memang seorang yang sukakan music dan lagu lagu. Mendengar lagu adalah salah satu hobi ena namun bukan semua jenis lagu ena melayan. Hanya lagu English dan lagu Japan sahaja. Lagu Melayu ena agak kurang layan dan kurang gemar. 

So kali ini, ena nak senaraikan 5 lagu cinta kegemaran ena. Sebenarnya ada banyak tapi cabaran kali ini diperlukan 5 sahaja. Dan yang pastinya hanya lagu English dan lagu Japan je yang akan tersenarai. Hehehe.



5 LAGU CINTA KEGEMARAN AINAA ROSEBERRY

1) HAPPY - NEVERSHOUTNEVER ( Seorang yang sangat special bagi diri ena bagi lagu ni pada ena. Terus ena jadi suka. Auuummmmm!)



2) CAN'T STAND IT - NEVERSHOUTNEVER (Ni pun orang yang sama bagi kat ena)



3) AISHITERU - MONKEY MAJIK



4) LOVE LIKE THIS - NATASHA BEDINGFIELD FT SEAN KINGSTON



5) LUV - JANET JACKSON



Selamat mendengar ye.


CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI


More Nyummy Here

Sunday, September 07, 2014

CABARAN 30 HARI | PENTING KE PENDIDIKAN BAGI AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | PENTING KE PENDIDIKAN BAGI AINAA ROSEBERRY | Alhamdulillah, selamat sampai juga ena di kampus yang dirindui. Errkk rindu ke???? Hahaha. Tak tahu tak tahu. Okay ena tak mahu buang masa, sebab ini pun curi curi masa yang ada. Tengah serabut nak settlekan macam macam mengenai kuliyah ena ni. Sobs!

Okay, cabaran untuk hari ketujuh pula adalah Penting Ke Pendidikan Bagi Ainaa Roseberry? Hurmmm, bagi ena pendidikan adalah sangat penting. Sejak dari kecil lagi ena dididik oleh kedua ibu dan bapa ena bahawa ilmu dan pendidikan itu tersangatlah penting bagi setiap manusia di atas bumi. Tak kisahlah macam mana bentuk ilmu tu sekali pun, carilah ilmu tu selagi masih bernafas di atas bumi ini dan manfaatkan dengan sebaik baiknya.

Alhamdulillah, dari UPSR, PMR, SPM, ASASI dan now ena sedang mengambil IJAZAH di sebuah IPTA, rasa macam tak percaya je dengan semua ni. Rasa macam mimpi. Maklumlah, ena ni bukan budak yang cerdik, bukan juga budak yang kuat study atau memiliki otak yang genius macam kawan kawan ena yang lain. Tapi disebabkan kata kata semangat dan nasihat dari orang orang yang ena sayang terutamanya ibu bapa ena, ena tanamkan azam dalam diri ena untuk perjuangkan semua ni sampai habis.




Turutkan hati, ena ni dah tak mahu teruskan pengajian tinggi ni dan nak bekerja sebab ena dah tawar hati sangat sangat dah dengan semua ni. Macam macam faktor la yang membuat ena jadi tawar hati. Ena pernah ceritakan Di Sini. Tapi fikirkan balik, sejak bila ena ni jadi seorang yang mudah mengalah??? You Must Fight Ina Ainaa.

So, dengan nekad dan azam yang baru, ena akan buktikan kepada ibu bapa ena bahawa ena boleh berjaya macam orang lain. InsyaAllah, amin. Nasihat ena, apa sekali pun, jangan putus asa dengan masalah. Tabah dan sabar menempuhinya. Timbalah ilmu, tak kiralah ilmu tu datang dari aspek yang macam mana. Janji, terus berusaha mencari ilmu yang baik.


CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI

Hari 3 : Sesuatu Menguatkan Ainaa Roseberry
Hari 4 : Buku Kegemaran Ainaa Roseberry
Hari 5 : 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Ex




More Nyummy Here

Saturday, September 06, 2014

CABARAN 30 HARI | APA YANG AINAA ROSEBERRY MAKAN HARI INI?



CABARAN 30 HARI | APA YANG AINAA ROSEBERRY MAKAN HARI INI? | Fiuuhhh! Rasa lega bila task untuk semalam punya dah selamat ena jawab. So, hari ini ena proceed pula untuk cabaran hari keenam. Cabaran untuk hari adalah Apa Yang Ena Makan Hari Ini?? Emmm Emmm. Apa je ena melantak hari ni ye?? Memikir

Hari ni ena makan, tadaaaaa.... The Bihun Sup! 




Sebenarnya, bihun sup ni juadah untuk pukul 1 pagi tadi. Bukan pukul 1 petang ye, 1 pagi. Harharhar. Sebenarnya hari ini ena tak berapa lalu nak makan sebab sedang sibuk mengemas semua baju, pakaian apa semua ke dalam bagasi. Hurmmmm.

Esok ena dah nak balik ke kampus dah dan bermulalah kehidupan ena sebagai seorang pelajar. Urrrgghhh! Tolong tolong!!! Tak mahu balik ke kampus! Malas nak study!!! Huaaaarrggghhhhh. Mood kurang sopan hari ni, asyik tidur je sebab malas nak packing barang dah.  Bila packing barang, hati sakit teramat amat sakit sebab mengenangkan diri ini akan berjauhan dengan mak dan abah. Malam ni merupakan malam terakhir ena tidur kat bilik kesayangan ena. 

Minum milo dengan ratah ayam je untuk juadah tengah hari. Bagi tenaga sedikit. Petang pula makan cendawan goreng beli kat pasar malam. Memang tak sentuh langsung nasi hari ni. Selera melayang layang terbang dek ditiup angin yang entah dari mana datang.

Okay tetiba rasa selera kembali balik. Jaaa, nak pergi melantak ayam rangka.


CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI

Hari 3 : Sesuatu Menguatkan Ainaa Roseberry
Hari 4 : Buku Kegemaran Ainaa Roseberry
Hari 5 : 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Ex


More Nyummy Here